Jan 23, 2009

Apakah Zat Allah

Salam akhi thtl, ana rocker-salafian ni...ana ada satu persoalan, jika ada org yang baru nak faham Islam tanya APA itu zat ALLAH? Apa yang perlu ana jawab? Kalau ada pertanyaan,bagaimana zat ALLAh sudah pasti ada hadis dari Ibnu Abbas yang melarang bertanya bagaimana zatNYA..

************
thtl
Wassalam akhi rocker_s,

Pertanyaan itu termasuk dalam komponen ketiga Ilmu Tawhid: Tawhid Asma' was Sifaat. Zat dan Sifat2 Allah itu wajib diimani di atas tiga asas:

1. mensucikan Allah (Dzat dan Sifat2-Nya) dari menyerupai makhluk dari dari segala sifat kekurangan.

2. beriman dgn segala nama dan sifat yang thabit dari AQ dan asSunnah, tanpa mengurang, menokok-tambah (tahrif) atau penafian (ta'til)

3. mengenepikan perasaan ingin tahu akan bentuk atau kaifiat bagi Dzat. nama dan sifat-Nya

Dalilnya: Firman-Nya,

" Tiada sesuatu yang serupa dgn Dia" (42:asySyuura: 11)
" Tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia" (112: al-Ikhlas: 4

Tafsir al-Qurthubi (16/8), Fi Dzilal al-Qur:an (7/272)
al-Syinqiti, manhaj Dirasat li ayaat Asmaa' was Sifaat, ms 3
WA

1 comments:

Anonymous said...

Asslam,Nk tanya boleh?tq

Mcm nih, bukankah pada hakikatnya ilmu agama ini disusun ada 5 iaitu

- Makrifat
-Syariat
-Tareqat
-Tasawwuf
-Hakikat

Ok, bab kedua pula apakah benar Allah berzat,bersifat,berasma' dan berafal,dan tentunya ini sama dgn makhluk dn bertentangan dgn ayat Quran surah as-Syuara' 11.Maka,blh dptkan penjelasan dr Tuan?terima kasih.

013-6972180 W

Post a Comment