Dec 29, 2008

Apa Sebenarnya Nur Muhammad

Salam

Minta tolong pada moderator Ahkam cerita sikit tentang Nur Muhammad. Tak faham lansung tentang bende tu. ok :confused:

Wassalam

-------------

Salam

Artikel ini diambil dari Web Al-Ahkam (terima kasih kpd AL-Ahkam).Ini mungkin bukan jawapan yg diinginkan. Tetapi mungkin boleh dijadikan panduan.Kita tunggu jawapan yg tepat dari Al Fadhil Ustaz2 Al Ahkam sekalian.

Soalan :

ما رأيك بهذا الحديث : " إذا لم يكن يوجد محمد صلى الله عليه وسلم فإن الله سبحانه وتعالى لم يكن ليخلق الكون" . بصراحة فأنا أشتبه بصحة هذا الحديث فهل يمكن أن تلقي بعض الضوء .

Apakah pandangan Tuan tentang hadith ini "Jika bukan disebabkan Muhammad s.a.w. maka Allah s.w.t. tidak menciptakan dunia."

الجواب:

Jawapan :

الحمد لله
Alhamdulillah

قد رويت أحاديث باطلة وموضوعة بهذا المعنى ، فمن ذلك :

Saya melihat hadith-hadith semakna ini adalah batil dan maudhu' (palsu), diantaranya

(لو لاك ما خلقت الأفلاك)
Kalau bukan kerana engkau (Muhammad) Aku tidak menciptakan planet-planet

ذكره الشوكاني في "الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة" (ص 326) وقال : قال الصغاني : موضوع اهـ
As-Syaukani menyebut di dlm "al-Fawa'id al-Majmu'ah fi al-Ahadith al-Maudhu'ah" (muka 326) dgn katanya : Telah berkata as-Son'aani : Maudhu' (hadith ini palsu).

قال الألباني في "السلسلة الضعيفة" (282) : موضوع اهـ
Berkata al-Albani di dlm "al-Silsilah ad-Dhoiefah" (282) : Maudhu' (hadith ini palsu)

ومنها : ما رواه الحاكم عن ابن عباس قال :
Dan diantaranya apa yg diriwayatkan al-Hakim daripada Ibn 'Abbas

أوحى الله إلى عيسى عليه السلام : يا عيسى آمن بمحمد ، وأمر من أدركه من أمتك أن يؤمنوا به ، فلولا محمد ما خلقت آدم ، ولولا محمد ما خلقت الجنة والنار ، ولقد خلقت العرش على الماء فاضطرب فكتبت عليه : لا إله إلا الله محمد رسول الله ، فسكن .
Allah mewahyukan kepada 'Isa a.s. : Wahai 'Isa berimanlah kepada Muhammad, dan arahkanlah kepada umatmu semua supaya beriman dengannya (Muhammad). Kalau bukanlah kerana Muhammad tidak aku ciptakan Adam, dan kalaulah bukan kereana Muhammad aku tidak ciptakan Syurga dan Neraka, dan telah aku ciptakan 'Arasy itu di atas air, ianya bergegar maka Aku tuliskan di atasnya : Laa ilaha illalLah Muhammadur rasululLah. maka ia tetap.

قال الحاكم : صحيح الإسناد !! وتعقبه الذهبي بقوله :
Berkata al-Hakim : Soheh Isnadnya !! manakala az-Zahabi memberi komen dengan katanya

أظنه موضوعاً على سعيد اهـ .
Aku percaya ianya Palsu kerana adanya Sa'id

يعني : سعيد بن أبي عروبة (أحد رواة هذا الحديث) ، وقد روى هذا الحديث عنه عمرو بن أوس الأنصاري وهو المتهم بوضع هذا الحديث ، وقد ذكره الذهبي في "الميزان" وقال : أتى بخبر منكر ، ثم ساق هذا الحديث ، وقال : وأظنه موضوعاً. ووافقه الحافظ ابن حجر كما في "اللسان" .
Iaitu : Sa'id bin 'Aroobah (bersendirian meriwayatkan hadith ini), dan telah diriwayatkannya dari 'Amru bin Aus al-Ansori dan ianya didapati telah memalsukan hadith ini. Az-Zahabi telah menyebut tentangnya di dlm "al-Mizan", katanya : Dia mendatangkan khabar yg mungkar, dan katanya : Aku percaya ianya palsu dan dipersetujui oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dlm "al-Lisan"

وقال الألباني في "السلسلة الضعيفة" (280) : لا أصل له اهـ .
Berkata al-Albani (tentang hadith di atas) di dlm "as-Silsilah ad-Dhoiefah" (280) : Tiada asal padanya.

وسئل شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله :
Dan ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h.

هل الحديث الذى يذكره بعض الناس : لولاك ما خلق الله عرشاً ولا كرسياً ولا أرضاً ولا سماء ولا شمسا ولا قمرا ولا غير ذلك صحيح هو أم لا ؟
Apakah hadith yg di sebutkan oleh sebahagian manusia iaitu : Kalaulah bukan kerana engkau (Muhammad), tidak Allah ciptakan 'Arasy, Kursi, bumi, langit, matahari, bulan dan selainnya, adakah ianya soheh atau tidak.

فأجاب :
Maka jawab (Ibn Taimiyyah)

محمد صلى الله عليه وسلم سيد ولد آدم ، وأفضل الخلق وأكرمهم عليه ، ومن هنا قال من قال : إن الله خلق من أجله العالم . أو أنه لولا هو لما خلق عرشا ولا كرسيا ولا سماء ولا أرضا ولا شمسا ولا قمرا .
Muhammad s.a.w. Sayyid (tuan) anak2 Adam, dan seutama-utama ciptaan dan yg paling mulia, dan dari sini telah berkata sebahagian org : sesungguhnya Allah menciptakan alam kerananya, atau (kata mereka) Kalau bukan kerananya (muhammad) Allah tidak menciptakan 'Arays, Kursi, langit, bumi, matahari dan bulan.

لكن ليس هذا حديثا عن النبى صلى الله تعالى عليه وسلم لا صحيحا ولا ضعيفا ، ولم ينقله احد من أهل العلم بالحديث عن النبى صلى الله تعالى عليه وسلم ، بل ولا يعرف عن الصحابة بل هو كلام لا يُدْرَى قائله اهـ. مجموع الفتاوى (11/86-96) .
Akan tetapi ianya bukan hadith dari Nabi s.a.w, tidak yang soheh tidak juga yg dhoief. dan tidak seorgpun di kalangan ahli Ilmu yg menyebutnya sebagai hadith dari Nabi s.a.w. bahkan tidak juga diketahui dari sahabat bahkan ianya adalah perkataan yg tidak diketahui siapakah pengucapnya. (majmu' al-Fatawa 11/86-96)

وسئلت اللجنة الدائمة :
Dan telah ditanya kepada al-Lajnah ad-Daa'imah

هل يقال : إن الله خلق السماوات والأرض لأجل خلق النبي صلى الله عليه وسلم وما معنى لولاك لما خلق الأفلاك هل هذا حديث أصلا ؟
Apakah perkataan : Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi kerana diciptakan Muhammad s.a.w. dan apakah pula makna (hadith) "kalau bukan kerana engkau (Muhammad) tidak diciptakan bintang-bintang." apakah hadith ini ada asalnya ?

فأجابت :
maka jawapannya :

لم تخلق السماوات والأرض من أجله صلى الله عليه وسلم بل خُلقت لما ذكره الله سبحانه في قوله عز وجل
Tidak diciptakan langit dan bumi kerana Muhammad s.a.w. bahkan diciptakannya sepertimana yg disebut oleh Allah s.w.t. dlm firmannya :

الله الذي خلق سبع سموات ومن الأرض مثلهن يتنزل الأمر بينهن لتعلموا أن الله على كل شئ قدير وأن الله قد أحاط بكل شئ علما"
"Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwasannya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah , ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu."

, أما الحديث المذكور فهو مكذوب على النبي صلى الله عليه وسلم لا أساس له من الصحة اهـ . فتاوى اللجنة الدائمة (1/312) .
adapun hadith yg disebut itu ianya adalah pembohongan ke atas Nabi s.a.w. tidak diasaskannya dari yg soheh. (fatwa al-Lajnah ad-Daa'imah 1/312)

وسئل الشيخ ابن باز عن هذا الحديث فقال :
Dan ditanya kepada as-Syeikh Ibn Baz tentang hadith ini, maka kata beliau :

الجواب : هذا ينقل من كلام بعض العامة وهم لا يفهمون ، يقول بعض الناس إن الدنيا خلقت من أجل محمد ولولا محمد ما خلقت الدنيا ولا خلق الناس وهذا باطل لا أصل له ، وهذا كلام فاسد ، فالله خلق الدنيا ليعرف ويُعلم سبحانه وتعالى وليُعبد جل وعلا ، خلق الدنيا وخلق الخلق ليُعرف بأسمائه وصفاته ، وبقدرته وعلمه ، وليعبد وحده لا شريك له ويطاع سبحانه وتعالى ، لا من أجل محمد ، ولا من أجل نوح ، ولا موسى ، ولا عيسى ، ولا غيرهم من الأنبياء ، بل خلق الله الخلق ليعبد وحده لا شريك له اهـ فتاوى نور على الدرب (46) .
Ini adalah ucapan dari sebahagian org awam yang tidak mengetahui (tidak faham), sebahagian mereka mengatakan bahawasanya dunia diciptakan disebabkan Muhammad, kalaulah bukan kerana Muhammad, tidak diciptakan dunia, tidak diciptakan manusia, (perkataan ini) adalah batil dan tiada asal padanya, dan perkataan ini adalah perkataan yg jahat. Allah menciptakan dunia ini utk diketahui kesucian dan ketiggiannya dan utk beribadah kepadanya. diciptakan dunia dan ciptaan2 utk diketahui nama2nya dan sifat2nya, kudrahnya dan ilmuNya dan utk beribadah kepadanya, tiada sekutu baginya. Bukan disebabkan Muhammad, Nuh, bukan juga Musa, 'Isa dan bukan disebabkan para Nabi yg lain. bahkan diciptakannya utk diabdikan diri kepadanya sahaja tiada sekutu baginya. (fatawa Nur 'ala ad-darb, 46)

والله أعلم .
Wallahu a'lam.

Sumber Arab : http://63.175.194.25/index.php?

-------------

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara amrudiab yang mengajukan soalan di atas . Namun kami cukup heran , biasanya orang yang memakai nama “ Amru Diab “ adalah student di Mesir disebabkan nama tu adalah nama bagi seorang penyanyi yang sangat masyhur di negara Mesir dan Arab , amnya . Dan biasanya , masalah “ NUR MUHAMMAD “ ini adalah satu perkara yang maklum bagi students kita di Mesir , khasnya yang belajar di Fakulti Pengajian Usuluddin & Dakwah . ‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) kami akan melayan juga hajat saudara .

Kami juga berterima kasih kepada al-Fadhil Saudara semutapi al-Kalantani yang telah memberikan gambaran terhadap topik “ Nur Muhammad “ ini . Mudah-mudahan gambaran yang beliau berikan itu dan juga FATWA mengenainya ( yang dikirim oleh al-Fadhil Tuan Haji Kamin ) dapatlah “ menyejukkan “ hati para pengunjung al-Ahkam Online yang terpaksa menunggu beberapa hari jawapannya dijawab secara rasmi oleh pihak panelis al-Ahkam Online . :adus

Persoalan mengenai “ NUR MUHAMMAD “ sebenarnya sudah biasa dibincangkan di sini , sama ada melalui RUANGAN UMUM , BERITA , INFO & ISU SEMASA ( DISKUSI UMUM ) , ataupun di RUANGAN FATWA DAN KENYATAAN ULAMAK, ataupun di RUANGAN SOAL-JAWAB FIQH ( SJ ) yang menjadi tulang belakang web al-Ahkam Online itu sendiri .

Menurut pengalaman kami , apabila dibincangkan masalah ini , ia lama-kelamaan akan menjadi satu topik yang panas ( samalah apabila dibincangkan bab politik di sini ) . “ Kepanasan “ itu juga melahirkan muka-muka baru di sini , sama ada pihak yang pro ataupun yang kontra terhadap teori Nur Muhammad ini .

Oleh kerana topik ini sudah kerap-kali dibincangkan di sini ( walhal masih banyak lagi masalah-masalah lain yang masih belum disentuh secara serius ) , maka kami pun TIDAK INGIN lagi menjawab persoalan mengenainya secara panjang-lebar .

Inilah dia rumusan dan sikap kami di al-Ahkam Online terhadap isu Nur Muhammad :

1 ~ Baginda Rasulullah s.a.w adalah seorang manusia , bahkan makhluk yang paling mulia dan paling dicintai oleh Allah Ta’ala .

2 ~ Kecintaan Allah Ta’ala kepada Baginda s.a.w dan juga segala anugerah dan puji-pujian drp Allah Ta’ala terhadap kekasih-Nya ini SUDAH CUKUP meyakinkan kita bahawa kita tidak perlu mereka-reka dan mencipta kisah-kisah baru / teori-teori filsafat demi menyerlahkan lagi kemuliaan dan keagungan Baginda Rasulullah s.a.w .

3 ~ Menurut ayat-ayat al-Quranul Karim dan hadis-hadis yang sahih sendiri , Baginda Rasulullah s.a.w adalah MANUSIA yang dilahirkan secara tabi’e ( natural ) , iaitu melalui proses perkahwinan di antara kedua-dua ayahanda dan bonda baginda s.a.w .

4 ~ Umat Islam TIDAK PERLU ( BAHKAN DILARANG ) BERTAQLID BUTA kepada apa-apa teori rekaan yang berunsur ‘Aqidah dan Iman . Dan bertitik-tolak drp situlah maka kita tidak boleh sama-sekali beriktiqad bahawa Baginda Rasulullah s.a.w adalah dilahirkan daripada “ CAHAYA ALLAH “ ataupun “ PELUH ALLAH “ atau apa-apa unsur Zat Allah Ta’ala , bahkan Baginda s.a.w adalah lahir sebagaimana manusia biasa yang lahir dengan wasilah perkahwinan .

5 ~ Teori bahawa ada seorang manusia yang termulia yang dilahirkan daripada “ Cahaya ataupun Peluh Tuhan “ ini sebenarnya adalah CEDOKAN / UNSUR-UNSUR LUARAN yang menyerap masuk ke dalam pemikiran umat Islam .

Teori seperti itu wujud di dalam Konsep LOGOS yang diutakan oleh ahli Falsafah Greek Kuno ; Heroclitus ( 578 – 480 s.m ) . Ia juga wujud di dalam Konsep Ketuhanan Dewa Krishna yang diimani oleh masyarakat Hindu . Dan ia juga wujud di dalam ajaran sesat Batiniyyah yang mengemukakan teori “ Tuhan yang bersifat al-Sabiq dan at-Tali “ . Dan ia juga wujud di dalam ajaran Agama Kristian yang mengemukakan konsep al-Masih Nabi Isa a.s sebagai seorang “ ANAK TUHAN “ kerapa penyerapan ( incarnation ) Tuhan Yang Maha Besar ke dalam tubuh Baginda Nabi Isa a.s ( yang digelar sbg Jesus Christ oleh mereka ) .

6 ~ Adapun istilah “ NUR “ ( Cahaya ) yang dinisbahkan ( disandarkan ) kepada Baginda Rasulullah s.a.w di dalam ayat-ayat al-Quranul Karim dan Hadis-Hadis yang sahih itu BUKANLAH BERMAKNA Bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar diciptakan daripada unsur cahaya , ini disebabkan makhluk yang dicipta daripada cahaya HANYALAH para malaikat a.s .

7 ~ Teori “ NUR MUHAMMAD “ ini sendiri TIDAK PERNAH kami temui ~ sepanjang ilmu pengetahuan kami yang sedikit ini ~ di dalam kitab-kitab muktabar Ahlus Sunnah Wal Jamaah , sama ada drp kalangan pendokong Aliran Salafi , Aliran ‘Asya’irah , Aliran Maturidiyah dan aliran Sufi yang sahih itu sendiri .

Bukan itu sahaja , malahan kami sendiri tidak pernah menemui teori ini di dalam ajaran Para Sahabat r.a , Para Tabi’ien dan Tabie’ at-Tabi’ien r.a , dan ia sendiri tidak pernah dikemukakan oleh imam-imam kita yang tidak disyakki lagi keilmuan mereka berkenaan selok-belok ilmu-ilmu pengetahuan Islam ini . [/color]

Itulah dia ketujuh-tujuh rumusan dan sikap yang dipegang oleh kami di al-Ahkam Online ini berkenaan dengan teori NUR MUHAMMAD .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1~ AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiyah Saqr ha
{ Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif }
Jilid 1 , Bahagian 1 , Halaman 31 – 33
Jilid 3 , Bahagian 14 , Halaman 523 – 524
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

2 – AJARAN SESAT
Oleh : Al-Fadhil Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim
{ Pensyarah di Jabatan Usuluddin Dan Falsafah , UKM }
Terbitan : Dewan Bahasa Dan Pustaka ( 1993 )

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment