Dec 27, 2008

Allah Mencarut dan Samseng

Benarkah Allah itu mencarut dan samseng.Terdapat dalil yang mengatakan demikian menurut seorang ulama.Benarkah?

_________________

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

(01) – Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang mencela, mengeji, memaki dan mengherdik mereka yang engkar akan ajaran Allah Ta’ala. Di antaranya :

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـذَا مِنْ عِندِ اللّهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُمْ مِّمَّا يَكْسِبُون

( Ertinya : Maka KECELAKAAN yang besarlah bagi mereka yang menulis Al-Kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, lalu mereka dakwa : “ Ini datangnya dari Allah “ , dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka KECELAKAAN yang besarlah bagi mereka, dengan apa yang telah ditulis oleh tangan-tangan mereka sendiri dan KECELAKAAN yang besarlah lagi bagi mereka, dengan sebab apa yang mereka kerjakan “. ) - Surah Al-Baqarah : Ayat 79

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

Ertinya : ( “ BINASALAH kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan BINASA “ ) - Surah Al-Masad @ Al- Lahab : Ayat 1

# Orang-orang yang mempelajari selok-belok bahasa Al-Quran mengenali kedua-dua ayat ini sebagai “ Aayatut Tawbikh “ ( Ayat-Ayat yang turunnya untuk mencela dan memaki).

(02) – Sebagaimana diketahui sifat-sifat Allah Ta’ala , diantaranya ialah Al-‘Aziz ( Maha Mulia ) , Al-‘Adzim ( Maha Besar ) , Al-Qahhar ( Maha Gagah Perkasa ) , Al-Jabbar ( Maha Kuat ) , Al-Mutakabbir ( Maha Angkuh ) , Al-Qawiy ( Maha Kuat ) dan sebagainya.

Sifat-Sifat ini sememangnya layak dan sesuai sangat dengan Allah Ta’ala sebagai TUHAN, kerana Dialah Yang Maha Besar Lagi Yang Maha Mulia. Manakala makhluk pula, tidak sepatutnya bersifat takabbur dan angkuh kerana itu bukanlah sifat makhluk.

(03) – Perkataan-perkataan seumpama “ mencarut “ dan “ samseng “…..Apakah yang anda maksudkannya ?, kerana “ mencarut “ dan “ samseng “ menurut loghat Pantai Timur, khasnya di Kelantan dan Terengganu BERBEZA ( LEBIH LUAS PENGERTIANNYA ) dengan “mencarut “ dan “samseng ‘ yang difahami oleh orang-orang pantai Barat ( YANG SEMPIT PENGERTIANNYA ) !!!. Bukankah lebih baik anda bertanya sendiri kepada orang yang menuturkannya supaya segala kesangsian anda dan teka-teki anda terjawab. Silalah menziarahi orang ‘alim yang anda maksudkan itu dengan dada yang lapang dan jangan jadi taksub dan fanatik kepada media-massa dan propaganda sebelah pihak sahaja !!! ( Apatah lagi kalau sebelah pihak ini sahaja yang menguasai media-massa arus perdana tanpa memberikan sedikit ruang kepada pihak yang tidak sehaluan dengannya , walaupun pihak ini juga dipilih oleh rakyat secara terhormat ) .

***********************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

28 comments:

Anonymous said...

nih la dia puak2 murtad dan sesat... mentafsir Quran juga kepala otak sdiri. Sampai Allah pun berani dihina. Ko sembanh Allah ke sembah Nik Aziz?

Am said...

Allah nak samseng ke apa ke ikut suka Allah la.. sebab Dia Tuhan semesta alam. Kita ni hamba hina nak jadi samseng nak jadi pencarut apa ke hal? Kalau dah terlajak perahu, jgn la usaha cari nas dan dalil nak menghalalkan cara. Allah lain, manusia lain, janganlah cuba nak sama kan hak. Hak Allah ialah ke atas hamba2Nya. Tak gitu?

Anonymous said...

nik aziz mursyidul am PAS...satu Malaysia...

kamu tak boleh bagi alasan maksud nik aziz adalah dari sudut pengertian orang pantai timur...sangat dangkal tu...

harap jangan jadi assobiyah dengan menyokong perkara batil k...

salam

de.azhar said...

bkn alasan tp hakikat... nik aziz bercakap loghat kelantan.. spt org indonesia... kata2 nabi pun disebut 'firman'... sedangkan bahasa melayu kt malaysia mengkhaskan 'firman' hanya utk kata2 dari Allah saja.. so xkan sikit perbezaan pun nk jd isu... sila pahamkan konsep tauhid kpd Allah... Allah berkehendak utk buat apa saja sbb Dia adalah Tuhan kpd kita.. kita sbg hamba malah x layak lgsung nk persoalkan kalo Allah nak herdik/maki kita.. Allah memaki kpd manusia yg berlaku samseng kpd Nya n kpd Islam.. Allah pun membangga2kan kekuasaan diri.. menunjuk2 Dia mencipta sekelian alam sekelian makhluk... tp kita sbg manusia tak boleh bersifat begitu.. hanya Allah je layak... so nk bersifat manusia yg mulia.. kene contohi sifat Rasulullah sbb baginda manusia jgk.. bknnya ikut sifat Allah... hati2 dgn akidah.. jgn smpai tergelincir sehingga mensyirikkan Allah...

Anonymous said...

Suma umat Islam dunia tahu bhwa bhsa Al-Quran adalah bhsa Arab. Terjemahan pula adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca.

Jika terdpt pertikaian makna di dlm bhasa kita, hendaklah dirujuk semula kpd bhsa arab. Adakah di dlm bhsa arab ayat2 yg di dakwa Nik Aziz adalah di dlm kategori perkataan MENCARUT?

TIDAK!!! Sesungguhnya Quran adalah terdiri dr barisan2 ayat yg sungguh sempurna dan lengkap lg suci.

------------------------------------------------
Apabila Nik Aziz sudah terkena dgn kenyataan songgang sdiri. Dia dan puak2 PAS mula nk berdalil. Jadikan loghat Kelantan pula sebagai alasan. Sedangkan rakyat2 Kelantan sdiri mengakui bahawa MENCARUT adalah MENGGELUARKAN KATA2 KESAT.

Sebagai pemimpin juga, Nik Aziz WAJIB menggunakan bahasa yg difahami oleh semua rakyat apatah lagi rakyat. Di dlm Islam pun ada menyatakan, jika hendak menyampaikan ilmu agama hendaklah disampaikan scara jelas dan terang supaya pendengar tidak salah faham dgn apa yg hendak disampaikan.

ULAMAK SESAT, ULAMAK MURTAD PAS!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kwn aku org kelantan pun ckp mencarut tu ckp pkataan yg xelok, mencarut, maki hamun dll yg negatif. sng cite kalu dgr buat maksiat telinga jela.

pakai serban, jubah simpan jangut pjg2 blm tentu akidah dan iman tu btl. Al-Arqam yg sesat pun pemakaian dorg mcm tu hakikatnya dorg dh murtad. PAS pun sama je.

Anonymous said...

celakalah kedua2 belah tangan abu lahab... definasi celaka kamus kita salah satu kata2 makian atau keji... bila mereka tafsir ayat TGNA, mereka kata Allah mencarut dan memaki..

Anonymous said...

Kalu kat negara arab dh lama la makhluk ni kena tgkp sbb mghina Allah... xpala... kat dunia ni korg lepas kat akhirat korg tau la... jgn la korg ditempatkan skali dgn org2 yg terkeluar dr Islam yg kekal selamanya dlm negara sbb hina tuhan sdiri...

Org pantai timur terutamanya Kelantan dh naik muak sbb sikit2 puak2 PAS dok salahkan loghat Kelantan. mcm loghat Kelantan ni teruk sangat bahasanya smpai perkara2 perkataan keji pun dianggap perkataan biasa di dlm loghat Kelantan.

Anonymous said...

mgaku diri ulamak tp xde iktiraf, mgaku diri ustaz tp xde tauliah. tula org2 PAS. tlalu mudah mgangkat puak2 sdiri jd ulamak & ustaz asalkan berpakaian warak. org yg jahil mula la taksub. ikut melulu xde usul periksa. sbb tu berlaku pkara2 mcm ni.smpai hina Allah pun puak2 dorg sokong. Nauzubillah.

afif said...

Astaghfirullahalazhim... Jahil sungguh mereka2 yg komen.. Tiada siapa pn yg hina Allah di sini.. Yg menghina Allah ialah perdana menteri Malaysia,

"Undang2 Islam tidak realistik." - Najib Razak

Admin hanya memberikan penjelasan terhadap isu yg diputar belitkan oleh UMNO.. Sesungguhnya Ulama' adalah pewaris para Nabi.. Tapi sedihnya ramai Melayu2 UMNo sanggup memilih pemimpin JAHIL yg zalim daripada memilih para Ulama.. Mereka menghina pula Ulama'...

Nauzubillahiminza'alik

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Admin said...

Di sini bukan tempat menghina Nik Aziz...

kalau nak komen negatif pun tolong guna bahasa yang molek sikit... ini blog soal jawab solat bukan blog politik...

Musa Jumat said...

Allah tak mencarut... Dia pencipta kita.. Dia nak buat apa kat kita pun, itu hak Dia... Bila dikatakan mencarut, seumpama bagai menyamakan Dia dengan sesuatu yang negatif.. Wallahualam...

Musa Jumat said...

Apa definisi Samseng? Samseng adalah orang2 yang melakukan jenayah ataupun kerosakan... Kalau Allah itu samseng, maknanya kita telah menyamakan Allah dengan sesuatu yang baru... Apa maknanya? Dalam asmaul al husna ada ke sifat Allah tu samseng?

Ayahanda Mie said...

Firman Allah s.w.t: Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44]. Istidlalnya adalah jika kepada Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada org Islam. Mengapa hanya kerana hendak mempertahankan perkatan keji dlm novel shanon ahmad TGNA terpaksa kata Allah juga mencarut dan beritahu pd org awam dgn mengatakan boleh kita mencarut jika kena pada tempatnya? Takkan jika dlm firman Allah mengatakan yg Allah bersemayam diatas ArasyiNya bermakna Allah duduk seperti mana duduk manusia hanya kerana nak samakan sifat manusia dgn sifat Allah? Adakah Muttakabir Allah sama dgn samseng manusia? Tafsiran dangkal utk pertahankan kenyataan TGNA. Jika tak mampu nasihat TGNA, tak perlu pula pertahankan apa2 yg tdk benar. Itu baru assobiyah....

Anonymous said...

nik aziz gila...puii

Anonymous said...

Untuk mereka yg tidak mengetahui, mohon untuk click -> http://www.youtube.com/watch?v=iHxawZ9xiQM

Anonymous said...

Nik aziz tu mmang mulut dia mulut huduh,,,bukan setakat dia kata Allah mencarut n samseng,,,,nik aziz jgk secara tolonya memanggil Nabi saw dgn panggilan Mad Bin Abdullah,,, org2 di luar parti khawarij pas mmg dah lama meluat dgn perangai perasan ulamak muktabar si nik aziz,,cuma yg dalam linkungan parti pas shj yg masih buta hti dgn ketololan nik aziz,,,mgkin dia ingat nik aziz tu mulia suci bersih n murni dr segala kesilapan ndosa,,,sesetenga yg jahil tu anggap nik aziz wali lah apa lah,,,, haihhh

Anonymous said...

vvvvv

Anonymous said...

hadoyaii,,ni lo BAHANA bilo FUNGSI MEDIO DISONGSANGKAN!mnyuburkn KBNCIAN kkliruan umat d atas INFO2 yg brbezo DIMANIPULASI brkurun2 puok2 lordreid BACOL!!BILO ORG2 AGAMO pas rayu utok BRSMUKA MUZAKARAH di atas apo isu pown mula2la PUOK2 LORDREID ni MeNIKuSS!!bacoll!!!!spesis lempaq NAJIS smbunyi tgn!!LAST2 tempek muko sndiq!!fact!!bodoh,smpai wat DEBAT OLOK2,,hauaha,,MALU2!fact zmn brzman ouwhh!!yg ampo taww dok menyalak dlm kandang sndiqi tnpa PNJLSAN SBENAQ tkoh2 AGAMO yg dfitnah skian lamo!ampo igt PIHOK2 agama mufti JAHIL BODOH cm ampo keww huh smpai x amik apo2 tndakan pado tkoh2 pas??LEMBU2!MENYALAK x abeh2 cacai2 lordreid ni!,payah bilo dgn cacai2 yg PRASAN lbih brintgriti brilmu daqi BDN2 AGAMO BRTAULIAH ngaro ni!!LEMBU KAPITALIS!!!smpai gamak balun tiang2 agamo sndqi!lmbu2 sekularr,,

Anonymous said...

admin lebih menjawab soal jawab ini secara politik.. takut terkeluar dari landasan PAS agaknya.. steady la admin.. Tuan GARU nik ajis dah janji syurga.. :)

Unknown said...

kalau mengatakan ALLAH itu samseng boleh dam konteks

"Jika kamu Samseng, maka ALLAH SWT lebih Samseng"

maka kata2 begini juga boleh;

"Jika kamu kuat sex, maka ALLAH lebih kuat sex", atau

"jika kamu kuat makan, maka ALLAH lebih kuat makan"

kerana semua kata2 ini menunjukkan kebasaran ALLAH seperti mana alasan Nik Aziz

aqmy said...

hg berlebihan roslina shahri.
kalo hg org islam, hg tarik balik kata2 hg ni.

kalo nik aziz bersalah, kita just perlu betulkan dan beri penerangan. xperlu kita buat salah lagi

aqmy said...

hg berlebihan roslina shahri.
kalo hg org islam, hg tarik balik kata2 hg ni.

kalo nik aziz bersalah, kita just perlu betulkan dan beri penerangan. xperlu kita buat salah lagi

Anonymous said...

betul tu..klo pemimpin mereka kata apa pun xda yg berani tegur

ain said...

Roslina Shahri.. Allah xde nafsu, Allah xberpasangan, Allah tak buat seks, Allah xmakan, Allah xminum... jangan mensyirikkan Allah... belajar tauhid.. banyakkan istighfar.. semoga Allah ampunkan.. TGNA dah pergi bertemu Ilahi dalam keadaan yg baik.. kita dah nampak bukti yg TGNA memang kekasih Allah.. rasa kelakar bila baca komen2 yg memburukkan TGNA..

Didie said...

Setuju!!!

Post a Comment