Jan 20, 2009

Hadis Mengenai Makna Iman

assalamualikum..

ada ke hadith sahih yg mnrerangkan mngenai makna iman itu.?kebanyakan hadith mngenainya maudu' dan ada yg pernah saya belajar dalam buku teks dulu juga maudu'.jadi mana hadith sahih tersebut?

kedua;bagaimana tentang iman itu bertambah dan berkurang?ada hadith yg mngatakn
iman itu brtambah dan brkurang tapi ada juga yg mnyatakn ia tidak bertambah dan tidak berkurang.apbila saya check dalam salasilah hadith maudu' kedua2 hadith itu maudu'.jadi mana hadith sahih yg wajar dipegangi..?
sekian wassalam

***************
Salam

Anda begitu mudah membuat kesimpulan mengenai status hadis. Seolah2 anda mengatakan byk hadis maudhu'. Sedangkan byk hadis yg membincarakan soal iman ini. Walaupun begitu, sikap anda yg membuat semakan ke atas hadis2 itu adalah satu usaha yg baik. Namun, anda harus sabar dalam mencari sumber2 yg lain dan berusaha dgn lebih gigih lagi.

Berikut, saya huraikan secara ringkas mengenai persoalan sdr.

Apakah itu iman?

Sesungguhnya telah banyak dibincangkan dan dibahaskan perihal iman ini di kalangan ulama’. Ada yg bersepakat akan sesuatu hal dan ada juga tidak. Mereka membahaskan Iman dari pelbagai sudut termasuk di dalamnya cakupan Iman itu. Amatlah penting untuk menetapkan ruang lingkup iman. Agar ia tidak dipahami di luar batasan syara’. Al-Khaththabi juga berkata bahawa seharusnya masalah iman ini dibatasi dgn tegas, tidak boleh dibiarkan ia memiliki pengertian yg umum begitu saja.

Al-Imam An-Nawawi dalam Kitab Syarah Muslim mengatakan bhw seorang mukmin itu pasti muslim sedangkan setiap muslim tidak selalu mukmin. Beliau rhm telah membahaskan perihal iman dan Islam dgn baik sekali di bab permulaan Kitabul Iman. Pelbagai takrifan ulama’ mengenai iman telah dilampirkan. Namun, pada hakikatnya pangkal keimanan adalah tashdiq (membenarkan dgn hati bhw Allah Maha Esa), sedangkan pangkal Islam adalah berserah diri dan tunduk kpd Allah swt.

Tak’rifan jumhur ulama’ salaf dan khalaf, spt yg dikatakan oleh Imam Abu Husain Ali bin Khalaf bin Baththal al-Maliki al-Maghribi dalam kitab Syarah Shaih al-Bukhari adalah 'iman adalah perkataan dan perbuatan, bertambah dan berkurang'. Walaupun begitu, kadang2 seseorang itu pada zahirnya berserah diri, namun batinnya tidak, begitu juga sebaliknya.

Apakah iman itu berkurang dan bertambah?

Berlaku juga perbincangan di kalangan ulama’, apakah iman itu berkurang dan bertambah ataupun iman itu sentiasa tetap. Imam Bukhari dalam kitab sahih Bukhari telah membahaskan persoalan ini dgn panjang lebar. Beliau telah mengutarakan beberapa dalil megnenai turun naiknya iman seseorang itu.

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, (QS. 48:4)

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; (QS. 18:13)

Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amal-amal saleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu dan lebih baik kesudahannya. (QS. 19:76)

Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketaqwaannya. (QS. 47:17)

Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cobaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Alkitab yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Alkitab dan orang-orang mu'min itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan):"Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai perumpamaan" Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan tidak ada yang mengetahui tentara Rabbmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia. (QS. 74:31)

Dan apabila diturunkan suatu surat, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata :"Siapa di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?". Adapun orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, sedang mereka merasa gembira. (QS. 9:124)

Demikianlah antara dalil2 yg dipetik dari al-Qur’an. Dan inilah aqidah yg dipegang oleh Ahl Sunnah wal Jamaah. Tidaklah sptmana kepercayaan Murji’ah, yg mengatakan iman itu tidak berubah. Bahkan ia tidak ada kaitan dgn amal. Inilah satu penyelewengan amat bahaya yg boleh menyebabkan seseorang itu batal imannya.

Jelas dan nyata bhw iman itu boleh bertambah dan berkurang. Hanya saja ia bergantung kpd individu utk memelihara imannya. Adapun mereka yg menyangkakan imannya tidak berganjak, Ibn Baththal mengatakan itulah antara tanda turunnya iman.

sekian. WA.

Wassalam

****************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat diatas penerangan diatas.

(1) Bila ditanya mengenai makna iman, kemudian timbul pertanyaan, mana hadith shahihnya? Banyak juga hadith-hadith yang masyhur menceritakan tentang hal-ehwal iman. Dan disini kami akan memberi 2 contoh hadith pendek yang bersangkutan dengan Iman.

1. Dari Jaabir bin Abdullah ra : bertanya Rasulullah saw mengenai Iman, baginda bersabda :

الإيمان : الصبر والسماحة
"Iman adalah kesabaran dan toleransi". - [Silsilah Al-Shahihah #554, 2/86]

2. Dari Anas bin Maalik ra berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول الإسلام علانية ، و الإيمان في القلب . قال : ثم يشير بيده إلى صدره ثلاث مرات قال : ثم يقول : التقوى ههنا ، التقوى ههنا .
"Rasulullah saw bersabda bahawa Islam itu diucapkan secara terbuka, dan Iman itu didalam hati. Kemudian beliau menunjukkan kedadanya 3 kali dan bersabda : Taqwa dini, Taqwa disini" [Musnad Ahmad #11973].

(2a) Berkenaan dengan soalan "Iman itu bertambah dan berkurang", memang ada dikalangan mereka yang berpegang kepada Iman ini tidak berkurang dan tidak bertambah. Walaubagaimanapun, Ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendirian Iman itu bertambah dan berkurang. Pandangan ini juga dipegang oleh Imam-Imam Mazhab, contohya :-

1. Imam Malik bin Anas rh:- "Iman itu perkataan dan amalan, ia bertambah dan berkurang" (الإيمان قول وعمل يزيد وينقص).

2. Imam Syafie rh :"Iman itu perkataan dan amalan, ia bertambah dan berkurang" (الإيمان قول وعمل يزيد وينقص).

3. Imam Ahmad bin Hanbal rh :"Imam bertambah dan berkurang sebagaimana datang berita : Orang Mukmin yang sempurna ialah mereka yang memperbaiki akhlaqnya" (الإيمان يزيد وينقص كما جاء في الخبر ( أكمل المؤمنين إيماناً أحسنهم خلقاً )).

(2b) Mengenai taraf hadith "Iman itu bertambah dan berkurang", sejauh yang saya jumpa, tarafnya dha'if. Berikut adalah matan hadithnya :-

Dari Abu Hurairah dan Ibn Abbas ra

حدثنا أبو عثمان البخاري سعيد بن سعد قال ثنا الهيثم بن خارجة ثنا إسماعيل يعني بن عياش عن عبد الوهاب بن مجاهد عن مجاهد عن أبي هريرة وابن عباس قالا : (الإيمان يزيد وينقص).
"Iman itu bertambah dan berkurang" -[Sunan Ibn Majah #74]

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa hadith ini da'if dan terdapat lelaki yang mencacatkan periwayatannya, Kitab Abu Daud dan Kitab Al-Tirmudzi juga memberi pendekatan yang sedemikian terhadap lelaki/periwayat tersebut, dan diakhir kitab Ibn Majah juga menggunakan berpendekatan yang sama. Ini adalah kerana lelaki tersebut dituduh berdusta dan mencuri hadith-hadith. Hanya sebab-sebab diatas tadi yang lelaki tersebut dikenali.
--------------------------
Hadith ini dilihat daif dari segi teknikal hadith tersebut, akan tetapi matan atau teksnya isi kandungannya tidak diragui. Banyak juga ayat-ayat al-Quran sebagaimana yang dipetik oleh Ust. Gayat dan juga hadith-hadith yang shahih yang mendokong konsep 'Iman itu bertambah dan berkurang". Contohnya Imam Hanbal menyebut

الصلاة والزكاة والحج والبر من الإيمان والمعاصي تنقص الإيمان
"BerSolat, BerZakat, Melakukan Haji dan melakukan kebajikan adalah sebahagian dari (bertambahnya) Iman, dan maksiat akan mengurangkan Iman"

Tambah Imam Hanbal lagi :

نحن نقول : الإيمان قول وعمل يزيد وينقص , إذا زنى وشرب الخمر نقص إيمانه
"Kami berkata : Imam adalah perkataan dan amalan, ia bertambah dan berkurang, jika seseorang berzina dan minum arak maka akan berkuranganlah Imannya"

a. Contoh dari ayat Al-Quran :-

وَإِذَا مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ فَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ
. وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَى رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ.
"Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini? Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya). Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka maka surah Al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati, sedang mereka berkeadaan kafir." - [aL-Taubah : 124-125]

b. Contoh dari hadith Nabi saw :-

ما رأيت من ناقصات عقل ودين أذهب للبّ الرجل الحازم من إحداكن
"Aku tidak pernah seorang wanita yang berkurang aqal dan Iman (agama) yang mempunyai lebih banyak kesan negatif dari fikiran seorang lelaki yang serious daripada kamu" - [Al-Bukhaari, Kitab Zakat, #1393]
-------

Kesimpulannya, memang terdapat pelbagai hadith yang menceritakan mengenai Iman, dan diantaranya tidak terlepas dari pendustaan dan kecacatan dari periwayatannya yang menyebabkan sesuatu hadith itu di tolak (matruk). Walaubagaimana pun, seperti contoh hadith diatas, walaupun dari segi periwatannya menghadapi kecacatan, matannya (isi kandungannya) tetap tidak bercanggah. Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Shahih yang menerangkan tentang sifat Iman yang adakalanya bertambah dan adakalanya berkurang. Apabila seseorang itu melakukan amalan soleh dengan ikhlas, maka bertambahlah Imannya, dan jika seseorang itu melakukan maksiat, maka berkuranglah Imannya. Inilah pegangan mazhab Sunnah wa Al-Jamaah, Iman itu bertambah dan berkurang. WA.

wassalam
-----------------
Rujukan

1. Dr Muhammad bin Abdul Rahman Al-Khamis. Al-Aqidah Al-Amamah Al-Rabi'ah.

3 comments:

Anonymous said...

Hi suρeгb blоg! Does running a blog ѕіmilar
to this rеquіre a large amount
of wοrk? I haѵe absolutely no expertise in programming but I
was hoping to start mу own blog ѕoon. Anyway, іf
you have any ideаѕ oг tips foг nеw blog οωners pleaѕe share.
I know this is off subјeсt nevertheless I simply neеded tо
ask. Manу thаnκs!

Alѕo ѵіѕit my web blog hemroids

Anonymous said...

сeгtainly like your web-ѕіte
hоwever you nеeԁ tо teѕt thе spеlling on quite
а few of your posts. Ѕevеral of thеm аre rifе ωith ѕρelling issues
and I іn fіnding it very bοthersome tο inform thе truth on the other
hand I'll definitely come again again.

Look at my site :: Http://Www.Jenaplan-Weimar.De

Anonymous said...

Hey! Do уοu κnow іf they make аny pluginѕ to assіѕt
with Search Enginе Optimizаtion? Ι'm trying to get my blog to rank for some targeted keywords but I'm not seeing vеry
good succeѕѕ. If уоu knоw of аny
plеasе ѕharе. Kudos!

my wеb pagе; bodybuilding supplements

Post a Comment