Dec 27, 2008

Mikraj Adakah Rasulullah SAW Melihat Allah

Petikan dari..

http://www.isnet.org/~djoko/Islam/Haekal/Muhammad/Piagam2.html

"Kemudian lagi ia sudah berada di hadapan 'Arsy, sudah dekat
sekali. Ia sudah dapat melihat Tuhan dengan persepsinya, dan
melihat segalanya yang tidak dapat dilukiskan dengan lidah, di
luar jangkauan otak manusia akan dapat menangkapnya. Maha
Agung Tuhan mengulurkan sebelah tanganNya di dada Muhammad dan
yang sebelah lagi di bahunya. Ketika itu Nabi merasakan
kesejukan di tulang punggungnya. Kemudian rasa tenang, damai,
lalu fana ke dalam Diri Tuhan yang terasa membawa kenikmatan.


Jawab:

Petikan itu ialah dari kisah benar peristiwa Mi'raj arRasul saw.
Bab "Nabi saw melihat Allah SWT pada mi'rajnya", sahabat2 Nabi dan fuqaha' berpecah kepada tiga golongan:

1. aliran Aisyah, Abu Huraira dan Ibn Mas'ood (semuanya raa) berpendapat Nabi saw hanya melihat dengan mata hati

2. aliran Ibn Abbas ra, Nabi saw melihat dengan naked eye (mata kasar). Fuqaha ' yg menyokong pendapat Ibn Abbas ialah alMawardi, arRazi dan juga Syi'ah Imamiah.

3. Aliran ketiga: No comment.

Maka Haekal yg anda petik itu nampaknya mendokong pendapat Ibn Abbas. WaLlahu a'alam

1 comments:

Anonymous said...

42:51
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

Post a Comment