Jan 23, 2009

ESQ Training

Assalamualaikum w.b.t,

Ana nak tanya sikit pd para panel al-ahkam.net dan sesiapa je yg tahu.

Tentang..

1. ESQ traning,
Adakah cara dakwah sebegini dibenarkan dalam Islam?.
Bahan yg disampaikan drpd ESQ training ini adakah bertepatan dgn manhaj ASWJ?
Dan, apa kita perlu lakukan terhadap GELOMBANG DERAS drpd ESQ Training yg sedang memski Malaysia skrg ini.?

p/s: Rasanya THTL tahu kot berkenaan ini, sebab ESQ Training ni dah menyusup masuk dlm badan2 spt petronas,puspakom, dll..tp telekom ana x tahu pula.

2. Quraish Shihab, apa pandangan ulama2' lain terhadap beliau/karangan beliau?.

3. Asmaul Husna, 99 nama Allah yg Maha Indah. Boleh ke kita cuba memaksa diri untuk "mencontohi" Asmaul Husna. Spt Allah Maha Pengasih, kemudian kita cuba untuk menjadi Pengasih. Ataupun..bagaimana ye yg sepatutnya??

_________________
thtl
Wassalam

al-Jawab:
[ESQ = emotional and spiritual quotient atau tahap kepintaran emosi dan keruhanian seseorang), idea ini dipopularkan oleh Daniel Goldman dari USA]

1. Benar sekali, saya pun sudah mengikuti kursus 3 hari ESQ di PWTC bulan April yg lepas. Masih terlalu awal untuk kita mengkaji arahtuju ESQ pimpinan Ari Ginanjar Agustian. Cuma saya agak impressed dengan penggunaan sistem bunyi JBL (macam THX) yang digunakan. Saya juga telah meneliti buku-buku ESQ tulisan Pak Ari dan mendapati ia banyak menggunakan ayat2 AQ dan mentakwil tanpa menyatakan rujukannya, begitu juga hadith2 yg digunakan tanpa takhrij dan bila saya teliti ada terdapat hadith2nya yg bertaraf lemah dan palsu, antaranya," siapa yg mengenali dirinya niscaya akan mengenali Allah." (ms 251). Rumusan: saya masih sangsi dengan metod 165 pak Ari Ginanjar, sebagaimana saya selalu sangsi dengan pembawaan dari Indonesia yang bercampur aduk. Dalam muqaddima bukunya ia berguru dengan ulama Bali (HS Habib Adnan) yang tidak dikenali dan juga pujian melangit beliau kepada tokoh Liberalis Indonesia, Cak Nur (Nurkholis Majid). Buat masa ni kita kena perhatikan dulu dengan waspada.

2. pak Dr Qurashi Shihab yg bersama Harian Republika adalah tokoh agamawan Indonesia yg beraliran sederhana (moderat), tidak terlalu tradisionalis atau terlalu salafi. Ia membawa aliran bebas madzhab dan menjurus kepada fiqh dalil. Boleh dijadikan rujukan dan perbandingan.

3. Betul begitu cara kita beriman dan beramal dgn Asma' ul Husna, bukan semata-mata hafalan, tapi menghidupkan sifat itu dalam kehidupan harian kita. (Lihat Ibn Qayyim, Asma'ul Husna) WA

--------------------------------------------------------------
Sambungan ESQ Syafiq ( ",)

Salam Ustaz...

Sy ada sedikit persoalan.. boleh ke kita cakap "Ayuh kita bergabung dengan alam sekitar dan hidupan2 lain seperti katak dan unggas berzikir seperti mana mereka berzikir"

Lagu satu, betui ke ucapan ni " sifat2 ALLAH ada dalam diri kita contohnya pemurah and so on "

Sy takut perkataan mcm tu ke arah percaya wahdatul wujud yang jelas haram..Sy ader senior yang mulanya kaji ESQ dan 99 nama ALLAH, last2 nampak2nya perkataan dan bahan bacaan dia ke arah tasawuf pulok...

************
thtl
Wassalam

al-Jawab:

1. Bergabung dengan alam sekitar dan hidupan2 lain sama-sama berzikir.
Jawab: Benar sekali. dalilnya

"langit yg tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah dan tak ada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekelian tidak mengerti tasbih mereka." AQT 17: 44

" dan Kami tundukkan gunung-gunung dan beburung, semuanya bertasbih bersama Daud.." AQT 21:79

Dalil hadith: " Tidak merembang matahari dan ada sesuatu makhluk yang ada ketika itu melainkan kesemuanya bertasbih kepada Allah.." [HR Ibn Sunni, al-Nawawi, al-Azkar/40] sanadnya sahih, al-Albani, silsilah al-Sahihah, 2224

2. Sifat Allah dalam diri kita
Jawab: Benar sekali ungkapan itu sebagai metafora atau simbolik sahaja. Adapaun akidah yang batil ialah Dzat Allah berada dalam diri manusia (Wehdatul Wujud). Sifat Allah berada dalam diri kita bermaksud kita mencontohi dan berakhlaq dengan sifat2 tersebut. Dalilnya:

" ALlah Maha Lembut tadbir-Nya kepada hamba-hamba-Nya.." AQT 42:19

Kata Syaikh as-Sa'di (ulam' tersohor KSA) Tafsir as-Sa'adi, Yang Maha Lembut kepada orang2 beriman, memberi kemaslahatan kepada orang2 beriman dengan kelembutan dan kebaikan-Nya. Maka dengan menghayati sifat al-Lathif, maka kita juga akan berbuat baik, ramah, dan berlembut sesama manusia khususnya kepada orang2 beriman.

3. ESQ (emotional spiritual Quotient atau kepintaran emosi-keruhanian) memang banyak menggunakan tawhid Asma' was Sifaat dalam pendekatannya dan memang membawa tasawwuf menggunakan kaedah dan peralatan canggih ICT. kita masih memantau dan mengkaji pendekatan dan kesan pendekatan sistem ESQ 165 dari Bali Indonesia ini. WA

pengkhususan dlm ibadat

------------------------------------------------------------
Salam

adakah kita dibenarkan utk mengkhususkan ibadah pada waktu tertentu dgn tujuan utk mendisiplinkan diri.

cth: setiap jumaat melakukan qiamualail. dan tidak pada hari2 lain. sebabnya seperti yg ana sebutkan td.

jika tidak keberatan sertakan dalil utk persoalan ini.

sekian.

**********
thtl
Wassalam

al-Jawab:

Bid'ah ni adalah sesuatu yang tiada contoh sebelumnya. Sedangkan qiamullail itu ada contoh, bahkan dituntut pula

" Hai orang yg berselimut, bangunlah di malam hari, kecuali sedikit daripadanya." AQT 73: 1-2

Ayat itu umum, tidak disebut hari, maka anda bebas menetapkan utk diri anda, hari Juma'at saja ke, selang seli ke, isnin khamis saja ke..gaya bebas, yang penting anda mengamalkan sedaya mungkin sunnah itu. Mungkin cara yg terbaik buat anda ialah paksa diri buat seminggu sekali dan anda pilih malam Juma'at. Orang lain lain pulak ada cara masing2 nak amalkan sunnah ni...Cuma yg dimaksudkan bid'ah ialah spt baca Yasin malam Juma'at, sebab kita menggunakan hadith dha'if dan dilakukan secara beramai-ramai dan mempercayainya ia sebagai tuntutan agama. Dalam kes anda, jika mesjid X mengadakan majlis qiamullail berjama'ah setiap malam Juma'at (secara konsisten buat), itu baru bid'ah. Tapi utk anda sorang tak apa. WA

0 comments:

Post a Comment