Jan 14, 2009

Nabi SAW Yang Ummi

assalamualaikum

Saya nak tanya sikit ni..adakah nabi muhammad saw tidak tahu membaca dan menulis?kalau betul..adakah baginda tidak tahu membaca dan menulis sampai akhir hayat baginda?
-----

Salam

Maksud Ummi

Adakah ummi dimaksudkan dgn buta huruf dan tidak tahu menulis? Mari kita telerusi jalan-jalan ini.

Dalil-Dalil mengenai Ummi dlm AL-quran:

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلَّا أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
------------------

“Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab selain dari penerangan-penerangan bohong dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.” (Surah Al-Baqarah: ayat 78)

يَقُول تَعَالَى " وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ" أَيْ وَمِنْ أَهْل الْكِتَاب قَالَهُ مُجَاهِد : وَالْأُمِّيُّونَ جَمْع أُمِّيّ وَهُوَ الرَّجُل الَّذِي لَا يُحْسِن الْكِتَابَة .
--------------------

Allah berfirman, “di antara mereka yang ummiyun”adalah dari kalangan ahli kitab seperti yang dikatakan oleh Mujahid: Ummiyyun adalah jamak bagi perkataan ummi di mana ia membawa maksud lelaki yang tidak tahu menulis kitab,

قَالَهُ أَبُو الْعَالِيَة وَالرَّبِيع وَقَتَادَة وَإِبْرَاهِيم النَّخَعِيّ وَغَيْر وَاحِد وَهُوَ ظَاهِر فِي قَوْله تَعَالَى " لَا يَعْلَمُونَ الْكِتَاب " أَيْ لَا يَدْرُونَ مَا فِيهِ .

Telah berkata Abu Al-`Aliyah, Ar-Rabi`, Qatadah, Ibrahim An-Nakha`i dan lain-lain bahawa Allah berfirman, “..mereka yang tidak tahu al-kitab..” maksudnya mereka tidak sedar apa yg ada dlm al-kitab.

وَلِهَذَا فِي صِفَات النَّبِيّ - صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - : أَنَّهُ الْأُمِّيّ لِأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ يُحْسِن الْكِتَابَة كَمَا قَالَ تَعَالَى " وَمَا كُنْت تَتْلُوا مِنْ قَبْله مِنْ كِتَاب وَلَا تَخُطّهُ بِيَمِينِك إِذًا لَارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ "
--------------------------

Ini juga (ummi) adalah salah satu sifat Nabi S.A.W:- “Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).” (Surah Al-Ankabuut: ayat 48)

وَقَالَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى " هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ "
--------------

Dan Firman Allah S.W.T “Dialah yang telah mengutuskan Rasul dalam kalangan orang (Arab) yang Ummiyyin…”(Surah Al-Jumaah: ayat 2)

Jadi di sini dapat disimpulkan maksud ummi:

1. Imam Al-Raghib Al-Isfahani(مفردة الفذ القران التقدم العربي ) menafsirkan ummi dlm ayat surah Al-Ankabut, itu sebagai lelaki yang biasa dan tidak berpendidikan, tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca. Pendapat ini juga didokong oleh Al-Imam Ibn Katheer dlm menafsirkan ayat al-ankabut(48) spt berikut:

الْآيَة وَهَكَذَا كَانَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَائِمًا إِلَى يَوْم الدِّين لَا يُحْسِن الْكِتَابَة وَلَا يَخُطّ سَطْرًا وَلَا حَرْفًا بِيَدِهِ بَلْ كَانَ لَهُ كِتَاب يَكْتُبُونَ بَيْن يَده الْوَحْي وَالرَّسَائِل إِلَى الْأَقَالِيم
-----------------

Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W akan berkekalan sehingga hari pembalasan, tiada upaya utk menulis walaupun satu ayat ataupun satu huruf. Baginda selalunya melarikkan/melukiskan apa yang diwahyukan kpdnya atau menulis risalah kpd tempat lain.

أَيْ لَوْ كُنْت تُحْسِنهَا لَارْتَابَ بَعْض الْجَهَلَة مِنْ النَّاس فَيَقُول إِنَّمَا تَعَلَّمَ هَذَا مِنْ كُتُب قَبْله مَأْثُورَة عَنْ الْأَنْبِيَاء مَعَ أَنَّهُمْ قَالُوا ذَلِكَ مَعَ عِلْمهمْ بِأَنَّهُ أُمِّيّ لَا يُحْسِن الْكِتَابَة
--------------------------------

Sekiranya nabi seorang celik huruf/pandai membaca menulis, pasti orang jahil akan mempersoalkan yang mana mereka akan mengatakan kamu (nabi) belajar ini dari kitab para nabi sebelumnya. Sesungguhnya mereka berkata demikian juga walaupun mereka tahu bahawa baginda seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca atau menulis kitab." (Ruj: تفسير ابن كثير)

2. Penduduk tetap Ummul Qura

3. Orang Yahudi dan nasara yang tidak mengikut/mengamalkan kitab2 mereka. Ini menurut pendapat `Abdullah Ibn Abbas, Abu Ubaidah, Al-Zamakhsyari dlm Al-Kasysyaf, Fakhr Ad-Din Ar-Razi,

Wassalam

0 comments:

Post a Comment