Dec 27, 2008

Adakah Ahli Kitab Itu Kaafir

ASSALAMU'ALAIKUM,
Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika soalan ini agak pelik bagi ahli panel. Menurut penjelasan ahli panel dalam SJ-1763 tentang ahli kitab itu memang cukup detail.

Soalan saya:

1. adakah golongan ahli kitab ini statusnya kafir di sisi Allah SWT. Saya pernah dengar yg ahli kitab ni tidak KAFIR disisi Allah tetapi KAFIR disisi Nabi Muhammad SAW.

2. Ada juga pendapat yg mengatakan bahawa ahli kitab TIDAK KAFIR kerana menyembah Allah, hanya pemeluk agama budaya (Cina, Hindu) sahaja KAFIR.

3. Ada juga pendapat yg mengatakan sembelihan ahli kitab halal buat muslimin dan perempuan mereka boleh dikahwini sebab itu mereka tidak jatuh KAFIR disisi Allah SWT.

4. Ada juga pendapat yg mengatakan ahli kitab ini KAFIR kerana lari dr prinsip yg dibawa oleh para nabi sejak dr dahulu lagi iaitu tauhid.

5. Ada juga pendapat yg mengatakan ahli kitab ini TIDAK KAFIR kerana mereka adalah bekas pemeluk agama samawi dan mereka ini lebih dekat dgn kaum muslimin kerana mempercayai Allah SWT dan nabi-nabi Allah kecuali Muhammad SAW.
Pendapat yg saya kemukakan diatas merupakan pendapat kebanyakan guru agama yg saya kenali. Saya tidak pasti dr mana sumber rujukan mereka. Saya minta ahli panel dapat memberi penjelasan yg terperinci tentang status mereka disisi Allah SWT.

_________________
Jawab:

Anda tidak perlu memohon ma'af, malah kami yg berterimakasih kepada anda kerana ingin mendapat penjelasan yg lebih meyakinkan dalam urusan agama kita. Pendapat yg anda terima dari guru-guru yg anda sebutkan itu adalah bercampur baur dan membawa banyak kekeliruan. Kita tidak pasti dari mana mereka mendapat ilmu yg begitu sedangkan isu Islam dan kafir ini adalah suatu yg IJMA".
Keyword: Kafir itu lawan Iman.

1. Ahlil Kitab tidak kafir di sisi Allah, cuma kafir di sisi Muhammad saw. Pendapat ini adalah batil dan tertolak secara otomatik. Pendapat yg ijma' ialah kafir ialah orang yg tidak beriman kepada Allah dan apa yg dibawa oleh Muhammad saw (termasuk beriman dengan Muhammad sendiri) (Maratib alIjma' susunan Ibn Hazm # 177). Ulama' juga sepakat (ijma') bahawa orang Yahudi dan Nasrani hendaklah dinamakan orang kafir (Ibid # 119)

2. Ahlil Kitab tidak kafir kerana menyembah Allah, hanya pemeluk agama budaya yg kafir. Pendapat ini tiada asalnya kerana bercanggah dengan Ijma' di atas kerana syarat menjadi orang beriman ialah menyembah Allah dan juga menerima apa yg dibawa oleh Muhammad saw. Walaupun orang yahudi/nasara dipanggil ahlil kitab (people of the book) dan orang beragama budaya atau ardhi itu dinamakan Musyrikin, tapi kedua-dua golongan itu adalah golongan kafirin.

3. Keharusan memakan sembelihan ahlil Kitab dan menikahi wanita mereka menunjukkan mereka bukan kafir. Ini suatu kaedah mengeluarkan hukum yg tidak sah kerana dalil-dalil alQur'an menyebut dengan jelas hikmah dan rahsia dibenarkan lelaki Islam mengahwini wanita-wanita suci dari ahlil kitab. Tujuan utama ialah dakwah dan rahmat Allah ke atas ahlil kitab bahawa mereka ada hubungan yg istimewa dengan Islam dan Islam memberi mereka peluang yg luas untuk kembali bersama Islam, agama nenek moyang mereka jua. Lihat alMaidah: 82-83. Walaupun Islam membenarkan kita memakan sembelihan mereka dan menikahi wanita mereka yg suci, fuqaha' kita ada mengenakan syarat2 yg ketat terutamanya untuk menikahi wanita mereka (bukan suatu yg halal dan terbuka luas) Huraian yg mantap boleh didapati dalam fatawa Mu'asirat oleh Prof Qardhawi dan yas-aluunak oleh Prof Ahmad Syarbasyi.

4. Ahli kitab menjadi kafir kerana lari dari prinsip yg dibawa Nabi. Kita menyetujui pendapat ini kerana sifat ahlil kitab ialah merubah ajaran nabi2 mereka.

5. Ahlil Kitab tidak kafir kerana bekas agama samawi, mempercayai nabi2 kecuali Muhammad saw. Pendapat ini batil kerana syarat keluar dari kekafiran ialah wajib mempercayai Muhammad saw. Ini tiada kompromi. Jika sebagai umat Islam mesti kuat berpegang dgn ayat "Agama yg sah di sisi Allah ialah Islam" dan syarat menjadi Islam ialah syahadah kepada Allah dan Muhammad. Jika mereka hanya menerima Allah saja dan ingkar kepada Muhammad atau salah satu ajaran yg dibawanya atau ingkar pada syari'atnya, maka kafirlah dia. Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment