Jan 20, 2009

Golongan Sesat

assalamualaikum..

golongan sesat terlalu banyak di malaysia. dalam hal ini keluarga saya juga tidak terlepas dari dipengaruhi mereka.datuk saya telah mngangotai fahaman AYAH PIN di batu 13 terangganu sejak 20 tahun yg lepas lagi. mereka mnyamakan ayah pin sama martabatnya dengan nabi saw. ayah pin dianggap boleh menolong org yg diseksa di alam barzah, dapat lihat syurga dan neraka dan sebagainya. antara fahaman lain ialah sembhyg hanya dgn niat dan ayah pin boleh kahwin ramai. dia juga tidak berdosa mlakukan maksiat seperti judi dan sebagainya.

selepas berdebat dgn datuk saya dia mngaku kalah ttapi tidak mahu mninggalkan fahamannya. adakah dia sudah kafir kerana akidahnya sudah rosak?
selepas dia mati adakah boleh sembahyg mayatnya sebelum dia bertaubat? sekian

*****************
Salam

Utk mengatakan bahawa seseorang itu terkeluar dari Islam atau tidak, perlu difahami apa yg dimaksudkan kafir itu. Ada juga perbuatan yg dianggap kafir ttp tidak menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam. Contohnya: “باب المسلم فسوق وقتاله كفر” – mencela muslim adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur. Perbuatan membunuh itu adalah perbuatan kufr ttp tidak menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agamanya.

Lantaran itu, al-hafiz ibn hajar al-asqalani menaqalkan perkataan dari alqurtubi:

ولهذا لما نقل الحافظ ابن حجر عن القرطبي قوله: حيث جاء الكفر في لسان الشارع فهو جحد المعلوم من دين الإسلام بالضرورة الشرعية.

“Apabila ditemui perkataan kufur dlm alquran atau hadith, maksudnya keingkaran terhadap hukum2 yg diketahui secara dharuri daripada agama.” (فتح الباري ج13 ص75 ط الحلبي)

Utk itu, alqaradhawi menggariskan bbrp perkara yg menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari agama Islam:

ومن المهم أن نعرف هنا، أن من أحكام الإسلام من الواجبات والمحرمات والعقوبات وغيرها من التشريعات، ما ثبت ثبوتا قطعيا، وأصبح من الأحكام اليقينية، التي لا يتطرق إليها ريب ولا شبهة، أنها من دين الله وشرعه، وهي التي يطلق عليها علماء الإسلام اسم "المعلوم من الدين بالضرورة".
وعلامتها أن الخاصة والعامة يعرفونها، ولا يحتاج إثباتها إلى نظر واستدلال، وذلك مثل فرضية الصلاة والزكاة وغيرها من أركان الإسلام وحرمة القتل والزنا وأكل الربا وشرب الخمر ونحوها من الكبائر، ومثل الأحكام القطعية في الزواج والطلاق والميراث والحدود والقصاص وما شابهها.
فمن أنكر شيئا من هذه الأحكام "المعلومة من الدين بالضرورة" أو استخف بها واستهزأ فقد كفر كفرا صريحا، وحكم عليه بالردة عن الإسلام. وذلك أن هذه الأحكام نطقت بها الآيات الصريحة، وتواترت بها الأحاديث الصحيحة، وأجمعت عليها الأمة جيلا بعد جيل، فمن كذب بها فقد كذب نص القرآن والسنة. وهذا كفر.
ولم يستثن من ذلك إلا من كان حديث عهد بالإسلام، أو نشأ ببادية بعيدة عن أمصار المسلمين، ومظان العلم، فهذا يعذر إذا أنكر هذه الضروريات الدينية، حتى يعلم ويفقه في دين الله، فيجري عليه بعد ذلك ما يجري على سائر المسلمين.

“Perlu diketahui bahawa hukum Islam samda wajib, haram, siksaan atau lainnya, terdapat hukum yg tsabit secara qat’ie tanpa keraguan dan syubhat. Hukum hakam ini diberinama oleh para ulamak sbg "Hukum yg sedia maklum secara daruri dlm agama."

Setiap org perlu mengetahuinya tanpa memerlukan penelitian dan dalil2. Umpamanya kefardhuan solat, zakat, pengharaman membunuh, zina, makan riba, minum arak dan lain2 dosa besar. Juga hukum hakam qat’ie dlm masalah perkahwinan, talaq, harta pusaka, hudud, qisas dsb.

Sesiapa yg mengingkarinya, mempermudah2kan atau menghina mana2 hukum yg tersebut, maka secara jelas dia murtad. Ini kerana hukum2 tersebut dinyatakan dgn jelas oleh alquran dan hadith2 shahih yg disepakati semenjak bbrp generasi. Sesiapa yg dia telah mendustakan hukum2 itu, sesungguhnya dia telah mendustakan alquran dan hadith; lantaran itu dia dianggap kufur.

Tidak ada pengecualian dlm hal ini melainkan bagi orang yg baru memeluk Islam atau tinggal jauhh dari kependudukan umat islam dan jauh daripada tempat utk memperolehi ilmu. Golongan ini dimaafkan sekiranya mereka mengingkari hukum2 tadi. Setelah mereka memahami dan memperolehi mengenai ajaran islam, barulah hukum dilaksanakan sbgmana ke atas muslim yg lain.” (Al-Qaradhawi,كتب: فتاوى معاصرة-الجزء الأول)

Namun jika sekiranya, hanya perbuatan2 dan amalan2 yg menyalahi ajaran alquran dan assunnah tanpa ada I’tiqad penentangan terhadap Allah dan Rasul, maka dia dikira sebagai melakukan maksiat terhadap agamanya. Maka, dari sini datangnya kaedah:
“Al-iman yaazid wayan qush” – Iman itu bertambah atau berkurang

كبائر المعاصي تنقص الإيمان ولكنها لا تهدمه

Sesungguhnya hendaklah diketahui bahawa
- Kaba’ir (dosa2 besar) hanya mengurangkan iman bukan memusnahkan iman.

0 comments:

Post a Comment