Dec 27, 2008

Rukun Islam

Assalamualaikum,

Isu Kafir sesama muslim

Pertamanya saya pernah mendengar pendapat bahawa selagi muslim walau tidak solat selagi mengakui syariat solat itu wajib keatas muslim tidak jatuh status kafir. Tetapi di negara dimana kerajaannya bersyiarkan islam wajib komuniti, kadi atau imam menyuruhnya solat bahkan boleh dipaksa dan boleh dijatuhkan hukum takzir jika masih enggan. Jika muslim itu bulat-bulat menolak ibadah solat itu wajib dalam negara tersebut wajib disuruh solat, jika masih enggan dijatuhkan hukum, jika masih menolak solat dan enggan bertaubat sebagaimana syariat Allah swt wajib dijatuhkan hukum had. Cthnya moden mungkin golongan anti-hadith yang enggan solat, sebaliknya berkata solat pakai niat sahaja. Dalilnya Umar ra memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat. Oh ya ini termasuk haji,zakat dsb Sila Komen

Keduanya dari segi aqidah dan tauhid bersolat sahaja tidak semestinya mukmin sebaliknya cthnya rakyat Malaysia dimana syariat Islam belum 100% perlu faham bahawa akhlak juga peranannya sama dengan solat cuma status perbuatan ibadah sahaja berlainan. Cthnya solat menunjukkan seorang itu muslim dan boleh dihukum jika dalam islamic country, tetapi jika bersolat tetapi akhlak islam tidak diikuti maka mungkin tidak dihukum didunia tetapi neraka juga tempatnya diakhirat. Maksud saya tidak complete Islam seseorang tanpa akhlak serta ilmu islam yang lain. Pointnya adalah jangan mengukur diri dalam hal islam kita dengan Allah dari segi solat, haji, umrah dsb sahaja ilmu kehidupan islam yang lain sama pentingnya dalam kita menghambakan diri kepada Allah. Sebab ramai umat islam Malaysia suka mengukur diri dengan ibadah sahaja-how can you call yourselves a complete muslim if you go for umrah, or perform solat and still comeback without at least attempting to wear hijab/tudung for example. Ini confusion muslim Malaysia saya rasa. Saya faham kekadang dalam hal memperbetulkan diri perlu berperingkat tapi isunya alasan berperingkat itu diggunakan untuk menangguh atau menunggu untuk mengikut semua syariat wajib dalam Al_quran dan Sunnah. Terima Kasih.

------------
Jawab:

JKK di atas input dari saudara.

Isu pertama: apa yg anda pernah dengar itu, yakni siapa yg tidak solat tapi tidak menafikan kefardhuan solat masih muslim adalah pendapat jumhur (spt yg kita sebut dalam SJ-1799). Anda juga menimbulkan perlunya penguatkuasaan perundangan untuk memaksa orang bersolat, berzakat, haji dan puasa. Setakat ini memang ada peruntukan undang-undang terhadap yg tidak solat Juma'at, berbuka puasa di bulan Ramadhan tanpa uzur, manakala zakat belum dibentangkan di Parlimen lagi untuk mewajibkan zakat pendapatan kepada umat Islam sebagaimana income-tax. Penggubalan Enakmen dan Penguatkuasaan perundangan ini tidaklah kemas memandangkan ia digubal di zaman penjajah dulu. Adapun ajaran sesat spt ajaran batiniyah atau antihadis yg enggan solat kerana menganut ajaran sesat itu memang boleh didakwa di bawah enakmen sedia ada dan sudah banyak ajaran sesat yg diwartakan setakat ini. Adapun kisah Abu Bakar asSiddiq ra yg memerangi kaum murtad di Yaman (salah satu sebabnya ialah keengganan mereka membayar zakat) adalah kerana mereka secara beramai-ramai murtad dan mengancam keselamatan negara Islam.

Isu kedua: anda juga mengkritik cara penetapan batas Islam dan kufur itu mungkin mencadangkan ia dipanjangkan dari perspektif fiqh (hukum amali) juga meliputi standard akhlak atau tasawwuf. Kita berpendapat kritikan dan keperihatinan anda memang ada asasnya. Yang sebenarnya ia sudah dibahaskan sejak dulu kala lagi, bahawa terbatalnya iman ini boleh berlaku baik secara fiqih atau pun secara tasawwuf/kebatinan atau akhlak. Cuma neraca fiqh digunakan kerana ia praktikal dan amali sebagaimana fatwa Umar alKhattab ra, "kami menghukum apa yg zahir sahaja, kita tidak diperintah untuk membedah dada-dada manusia." Maksudnya isu gugurnya Islam seseorang itu dari sudut perundangan dan pendakwaan dan thabit kesalahan adalah berdasarkan hukum amali atau fiqh, yakni ia melakukan (commited) perlanggaran terhadap hukum amali. Mengenai akhlak seeorang, jika ia memudharatkan orang ramai, sudah tentu ada clause dalam perundangan baik civil atau syari'ah, Hukum syari'ah misalnya tidak mengiktiraf wali atau saksi yg fasik (buruk akhlaknya), madzhab Syafi'iy amat menitiikberatkan wali dan saksi yg adil. Setakat itulah yg kami fahami dari komentar anda. Kembalilah semula (kpd kami) jika masih tidak berpuas hati dan cadangan balas. WALlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment