Jan 23, 2009

Mendoakan Ibu Nabi

Salam

Apakah dibolehkan kita menyebut / mendoakan seperti berikut: " Ibu nabi s.a.w. , iaitu Aminah binti Wahb, radiallahu 'anha ........." sedangkan Al-Quran, surah at-Taubah ayat 114 melarangnya? Perkara ini telah timbul dalam majlis ilmu apabila buat kali kedua seorang ustaz yang mengendali kuliah sirah menyebutnya. Minta pencerahan dari ahli panel al-ahkam.net. JKK. Wassalam

**********
thtl
Maqam 7
Wassalam

al-Jawab:

Isu keislaman ayahbonda Nabi SAW itu dibawa oleh tareqat Negri Sembilan khususnya oleh syaikh Fu'ad al-Rembawi dgn pelancaran buku yg disemak oleh beliau sendiri, berjodol "KeIslaman ayahanda dan bonda RasuluLlah SAW, terbitan Sofa, Ampang Selangor, 2005. Buku tsb ditulis oleh muridnya Mujahid Abdul Wahab, Universitas al-Azhar, tanta. Doktrin keimanan ayahandabonda Nabi ini katanya disahkan oleh Dr Sayyid Alawi alMakki dan dikatakan berasal dari ajaran Imam Jalaludin al-Syuyuthi. Apakah berasas dakwaan mereka?

Jawab:

Imam Ali bin Sulthan Muhammad al-Qari (w. 1014 H, wafat di Mekah)berkata, kekafiran dua ibubapa Nabi saw adalah ijma' ulama salaf dan memang benar isu keislaman ibubapa Nabi itu dimulakan oleh al-Syuyuthi. Berkata Siddiq Hasan Khan (al-Hiththah (220), adapun perihal keIslaman ibubapa nabi adalah dari pena al-syuyuthi yang menyibukkan diri dalam menukilkan hukum2 dari hadith2 lemah dan hikayat serta manaqib yang mana ia tidak memberi faedah apa pun."

Ijma' kaum salaf boleh didapati dalam kitab Fiqh al-Akbar karya Imam Abu Hanifah, ms 134, cetakan Delhi.
Antara dalil hadith ialah hadith dari Anas, ada seorang bertanya RasuluLlah saw, "di manakah ayahku?"Maka RasuluLlah menjawab,"ayahmu di Neraka. " lalu orang itu pergi dengan kesedihan, lantas Nabi memanggilnya kembali dan bersabda,""sesungguhnya ayahku dan ayahmu di neraka." HR Muslim (1/191, kitab al-Iman, no 203)

Rumusan: Mereka yang mengatakan keIslaman ibubapa Nabi adalah membawa takwilan Imam Syuyutii. Takwil itu menyalahi ijma' ulama salaf, seperti mana dijelaskan oleh Imam Abu Hanifah dan disyarah oleh Mulla ali al-Qari dan Siddiqh Hasan Khan. sekian WA

0 comments:

Post a Comment