Jan 23, 2009

Kain Kuning dan Jin Islam

Assalamualaikum Wmt Wkt,

Didoakan semoga semua ahli panel dlm inayah dan taufiq Allah

1. Apakah hukum membalut senjata lama seperti keris, lembing dan sebagai dengan KAIN KUNING sahaja ? Adakah perbuatan ini syirik

2. saya ada terbaca kata -kata Imam Ibnu Taimiyah tentang keharusan bersahabat dengan jin Islam ( klu tidak silap dalam buku Ust fathi Yakan - السحر ومشتقاته )

وقد فصلَّ شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله استعانة الإنس بالجن حيث قال:

[فمن كان من الإنس يأمر الجن بما أمر الله به ورسوله من عبادة الله وحده وطاعة نبيه ويأمر الإنس بذلك فهذا من أفضل أولياء الله تعالى وهو في ذلك من خلفاء الرسول ونوابه .

ومن كان يستعمل الجن في أمور مباحة له فهو كمن استعمل الإنس في أمور مباحة له كأن يأمرهم بما يجب عليهم وينهاهم عما حرم عليهم ويستعملهم في مباحات له فيكون بمنزلة الملوك الذين يفعلون مثل ذلك وهذا إذا قدر أنه من أولياء الله تعالى فغايته أن يكون في عموم أولياء الله مثل النبي الملك مع العبد الرسول كسليمان ويوسف مع إبراهيم وموسى وعيسى ومحمد صلوات الله وسلامه عليهم أجمعين.

ومن كان يستعمل الجن فيما ينهى الله عنه ورسوله إما في الشرك وإما في قتل معصوم الدم أو في العدوان عليهم بغير القتل كتمريضه وإنسائه العلم وغير ذلك من الظلم، وإما في فاحشة كجلب من يطلب منه الفاحشة فهذا قد استعان بهم على الإثم والعدوان، ثم إن استعان بهم على الكفر فهو كافر، وإن استعان بهم على المعاصي فهو عاص إما فاسق وإما مذنب غير فاسق وإن لم يكن تام العلم بالشريعة فاستعان بهم فيما يظن أنه من الكرامات ، مثل أن يستعين بهم على الحج أو أن يطيروا به عند السماع البدعي أو أن يحملوه إلى عرفات ولا يحج الحج الشرعي الذي أمره الله به ورسوله وأن يحملوه من مدينة إلى مدينة ونحو ذلك فهذا مغرور قد مكر به ] مجموع فتاوى شيخ الإسلام 11/307 -308 .

Mohon penjelasan . Jzkmllh. wassalam

***********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Kain kuning membalut senjata, apa hukumnya? Asal sesuatu perkara itu harus, sehingga didatangkan dalil mengharamkannya. Tidak menjadi masalah untuk membalut keris dengan warna apa sekali pun. Hukum ini akan berubah jika terdapatnya sesuatu keyakinan atau kepercayaan mengenai kelebihan kain kuning, maka ia boleh membawa kepada amalan yang kurafat, yang boleh membawa kepada tertanggalnya Iman (syirik).

2. Syeikh Ibn Taimiyah rh (merujuk kpd Majmu' Fataawa 11/307-308, cet Saudi) mengatakan bahawa menggunakan Jin kepada perkara yang diharuskan, sama seperti menggunakan manusia didalam perkara yang diharuskan. Jika Jin ini digunakan kepada perkara-perkara yang haram; seperti terlibat didalam pembunuhan, melakukan perkara2 yang tidak adil maka ini merupakan perkara yang di haramkan.

Syiekh mengatakan bahawa Jin itu boleh digunakan untuk membantu mereka membuat jemaah Haji, menerbangkan mereka, membawa mereka ke Padang Arafah, membawa mereka dari satu bandar ke satu bandar yang lain.

Didalam bab yang lain, Ibn Taimiyah rh menyebut bahawa : Para Rasul pada asalnya tidak menggunakan khidmat Jin, akan tetapi mereka mengajak atau berdakwah kepada Jin agar beriman kepada Allah swt. Dibaca kepada mereka al-Quran, menyampaikan mereka risalah kerasulan, mengajak mereka sebagaimana dilakukan kepada manusia. (Majmu' Fataawa, 13/89).

Syiekh Ibn Utsaimin didalam memberi komentar mengenai peranan Jin didalam pengubatan, beliau mengatakan bahwa dia tidak nampak perkataan Ibn Taimiyah membenarkan perbuatan ini. Jin merupakan makhluk Ghaib, dimana dia nampak kita akan tetapi kita tidak nampak dia, bagaimana kita boleh tahu dia tidak menipu, berlaku adil dsb kepada manusia? Bagamana kita boleh mengetahui samada Jin itu Islam, Munafik, Soleh atau Jahat?

Maksud Ibn Taimiyah adalah, pada hukumnya tidak salah menggunakan perkhidmatan Jin yang komited Islamnya. Persoalannya adalah, bagaimana boleh kita identifikasikan Jin tersebut benar-benar Islam, benar-benar komited, sebagaimana yang dipersoalankan oleh Syiekh Ibn Utsaimin. Sebagaimana kata Syiekh Ibn Baaz rh, Jin juga menghadirkan diri pada kuliyah2 agama, mendengar bacan al-Quran dsb (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah, 9/373). Allah mengkhabarkan kepada kita bahawa Jin mendengar baca al-Quran dari Nabi saw :-

وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ. قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيم.
"Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Mereka berkata: Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (agama Islam) " [al-Ahqaaf 46:29-30]

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment