Jan 20, 2009

Al Quran Itu Kalam Allah Atau Makhluk

assalamualaikum...
bilakah munculnya pandangan mngenai alquran itu makhluk @tidak ?kenapa isu ini diketengahkan oleh mereka? adakah alquran itu kalam allah atau apakah hakikat sebenar mngenai alquran itu?. bagaimana pula mngenai hadith2 yg dkluarkan mengenai alquran itu makhluk dan sebaliknya, sahihkah hadith tersebut?
sekian wassalam

*****************
Persoalan khalqul quran bukan perkara yg baru. Ttp telah bermula sejak zaman imam malik. Malah Imam Ahmad telah dipenjarakan oleh pemerintah atas kerana beliau enggan mengakui bahawa bahawa quran itu adalah makhluk ttp adalah kalamullah. Pendapat ini dipelopori oleh golongan muktazilah dan Jahmiyyah yg mengatakan kalam Allah itu bererti Allah yg mencipta kalam Allah; jadi kalam Allah itu bukanlah sifat yg berdiri pada dzat. Fahaman ini menyusup masuk ke dlm pemerintahan, tak lain dan tak bukan hanyalah utk menghuru harakan pemerintahan umat Islam ketika itu.

Imam Malik pun ketika ditanya tentang orang yang mengatakan bahawa Al Qur’an itu makhluk, maka beliau berkata : “Dia menurut pendapat adalah kafir, bunuhlah dia !” Juga Ibnul Mubarak, Al Laith bin Sa’ad, Ibnu Uyainah, Hasyim, Ali bin Ashim, Hafs bin Ghayats mahupun Waqi bin Jarrah sependapat dengannya. Pendapat yang seperti ini juga diriwayatkan dari Imam Tsauri, Wahab bin Jarir dan Yazid bin Harun. (Mereka semua mengatakan): “Orang-orang itu diminta untuk taubat, kalau tidak mahu dipenggal kepala mereka.” (Syarah Ushul I’tikad 494, Khalqu Af’alil Ibad hal 25, Asy’ariyah oleh Al Ajuri hal. 79, dan Syarhus Sunnah Al Baghawi 1/187)

Rabi’ bin Sulaiman Al Muradi, sahabat Imam Syafi’i, berkata: “Ketika Haf Al Fardi mengajak bicara Imam Syafi’i dan ia mengatakan bahwa Al Qur’an itu makhluk, maka Imam berkata kepadanya: “Engkau telah kafir kepada Allah Yang Maha Agung.”

Sebenarnya tidak ada nas yg terang samda dari alquran dan assunnah yg mengatakan bahawa alquran itu makhluk atau bukan makhluk. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata:
“Bahawa Allah itu berkata2 secara hakiki. Alquran diturunkan kpd Nabi Muhammad S.A.W merupakan kalam hakiki bukannya hikayat dari kalam Allah.” (Minhajus Sunnah, Jilid I, ms 221-222)

5 comments:

Kajian Al-Quran said...

Assalamualaikum,

Siapa cakap tidak ada nas yang terang ... ?

Al-Quran adalah kitab yang amat jelas (mubin), olih itu mari kita merujuk dan selesaikan kemusykilan ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran. Semoga kita semua tidak lagi terkeliru dan sentiasa berada di jalan yang benar. Kita semua maklum bahwa definisi “makhluk” adalah benda yang dijadikan, maka apa saja yang dijadikan adalah “makhluk”.

1) Sila rujuk kepada firman ayat Al-Quran surah Az-Zukhruf 43:3 “Sesungguhnya Kami JADIKAN Al-Quran berbahasa Arab …. “. Di dalam ayat ini Allah SWT menegaskan Al-Quran adalah kitab atau kalam yang DIJADIKAN. Allah SWT sendiri yang mengatakan Al-Quran itu makhluk (benda yang dijadikan). Kenapa pula manusia mahu bertengkar, mahu mengatakan Al-Quran itu bukan makhluk sedangkan Allah SWT sendiri mengatakan Al-Quran itu makhluk? Yang menjadi masalah ialah para alim ulamak tidak pernah merujuk kepada ayat 43:3 ini untuk menjelaskan samada Al-Quran itu makhluk atau tuhan (zat Allah SWT).

2) Sila rujuk kepada ayat Asy-Syura 42:11 “Allah SWT tidak serupa dengan apa jua makhlukNya” maksudnya Allah SWT tidak berkata-kata seperti manusia, tidak menggunakan bahasa, samada bahasa Arab, bahasa Indonesia, bahasa Jepun, dan sebagainya. Oleh yang demikian berkata-kata itu bukanlah zat Allah SWT sebab berkata-kata itu adalah sifat makhluk. Allah SWT tidak sama dengan apa jua makhlukNYa.

3) Sila rujuk kepada ayat Al-An’am 6:103 “tidak ada makhluk yang dapat membuat apa-apa gambaran tentang zat dan sifat Allah SWT”. Ayat ini menjelaskan lagi ayat 42:11 iaitu Allah tidak sama dengan makhlukNya dan makhlukNya tidak mampu membuat sebarang imaginasi tentang Allah SWT. Apa jua yang dapat diimaginasi, yang dapat digambarkan, yang dapat dibayangkan itu adalah bukan Allah SWT. Sekiranya kita menyangka Allah SWT bercakap dengan menggunakan gelombang mikrowave, maka itu bukannya Allah SWT, sekiranya kita bayangkan Allah SWT bercakap dengan bahasa Arab, maka itu bukanlah Allah SWT. Sekiranya kita fikir Allah berkata-kata dengan menggunakan huruf (seperti alif, ba’, ta,) maka itu bukanlah Allah.

4) Kenapa Allah SWT mengatakan Al-Quran itu KalamNya? Sebab Alllah SWT mengatakan Al-Quran itu kitab yang jelas (mubin) dan menjelaskan segala perkara. Inilah apa yang Allah SWT jelaskan pada ayat Ali-Imran 3:7 iaitu ayat-ayat yang Allah samakan denganNya “ma-tasyabaha-minhu” iaitu seperti Kalam Allah, tangan Allah, wajah Allah, dan sebagainya. Ianya bertujuan agar Al-Quran itu mudah difahami dan Al-Quran itu sebagai kitab yang menjelaskan segala perkara, dan bukannya untuk menjelaskan sifat dan zat Allah SWT..

Sila layari http://kajian-quran.blogspot.com/ untuk membaca dengan lebih mendalam..

Wallahu’alam.

Anonymous said...

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=701190 http://ajaranislamyanghaq.wordpress.com/al-quran-bukan-makhluk/

Abdullah said...

Al-Quran ialah kalam Allah , Al-Quran bukan makhluk .

Abdullah said...

Al-Quran ialah kalam Allah , Al-Quran bukan makhluk .

Fizi mly said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment