Jan 23, 2009

Murtad Yang Kembali Islam

Salam

Bagaimanakah keadaan amalan ( semasa islam samada baik dan buruk ) yg telah dikerjakan sebelum ini bg org yg telah murtad kemudian kembali semula kpd islam ? adakah terhapus dgn sendirinya ?

syukran

*********
izrail
Panel Feqh
Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1) Amalan baik semasa islam yang telah dikerjakan sebelum ini bagi orang yang telah murtad kemudian kembali semula kepada islam adalah tidak terhapus jika dia mati di dalam Islam.

Firman Allah SWT (2:217)

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Hanya orang-orang murtad yang mati di dalam kekufuran sahaja yang terhapus amalan baiknya.

Dan orang-orang murtad yang kembali semula kepada Islam tidak disuruh mengganti amalan seperti solat, puasa, zakat dll yang telah dilakukan dahulu semasa Islamnya. Tetapi terdapat ulama yang mewajibkan qadha' amalan wajib itu yang ditinggal semasa dia murtad.

2) Amalan buruk semasa islam yang telah dikerjakan sebelum ini bagi orang yang telah murtad kemudian kembali semula kepada islam adalah akan terhapus jika dia bertaubat dan mati di dalam Islam.

Firman Allah SWT (4:48)

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."

Hanya orang yang mati di dalam kekufuran sahaja yang tidak diampuni dosanya. Dan pintu taubat sentiasa terbuka selagi dia masih hidup. Semua amalan buruknya akan terhapus jika dia benar-benar bertaubat.

Rujukan:
- Tafsir Tabari: 4/317 & 9/206
- Raudhatu at-Talibin oleh Imam Nawawi: 1/70, 196 & 211

Wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment