Jan 23, 2009

Antara I'tiqad Lintasan & Lisan Mutlaq

Salam

Saya pernah terbaca thread jwpn yg lepas (malas nak cari Yellow Very Happy) yg mengatakan kalau terfikir/terbayang air yg kita minum adalah 'holy water' spt dlm kristianiti, maka jatuh hukum haram meminum air itu.

Dalam thread yg lain pula dlm kes soalan berlainan, ada panel fiqh menggariskan tidak sabit hukum murtad/haram/riak/'ujub dsb jika terlintas di hati akan perasaan was-was pd agama, selagi tidak dilafaz dgn lisan atau fi'il atau sekiranya kita cepat2 menghindarkan perasaan sedemikian.

Soalannya, in view of such ambiguity, apakah sebenarnya kesabitan hukum ke atas membayangkan/terbayangkan/terlintas akan minuman kita sbg 'holy water' atau arak?? Sbb kadang2 akal kita ni ter'advance' sikit dlm berimaginasi...

Wassalam

********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Terdapat 2 pembahagian lintasan hati didalam Islam.

1. Jika lintasan fikiran tersebut berlaku tanpa diusahakan, maka ia tidak dikira sebagai dosa, Didalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لأُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنفُسَهَا مَا لَمْ يَتَكَلَّمُوا أَوْ يَعمَلُوا بِهِ
"Sesungguhnya Allah telah mengampunkan Umatnya bagi apa sahaja yang terlintas fikiran/hati selamana dia tidak bercakap atau melakukannya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #2528, Muslim #127]

Maka jika seseorang itu secara tidak sengaja terlintas sesuatu perkara yang haram, maka ia tidak dikira sebagai dosa.

2. Jika lintasan itu disengajakan, melalui imaginasi atau sebagainya, ulama khilaf mengenai hukumnya.

a. Imam Muhammad al-'Abdari mengatakan bahawa :-

لما قاله علماؤنا فيمن أخذ كوزاً من الماء فصوَّر بين عينيه أنه خمر يشربه أن ذلك الماء يصير عليه حراماً ...
"Apa yang telah katakan oleh ulama' berkenaan dengan mengambil segelas air dan membayangkan ia adalah arak, maka air tersebut telah menjadi HARAM kepadanya" Al-Madkhil (2/194).

Begitu juga menurut Syeikh Ibn ‘Abidin al-Hanafi didalam komentar terhadap seseorang yang mengimaginasikan dirinya mengadakan hubungan seks dengan wanita yang bukan isterinya, beliau mengatakan bahawa pandangan yang terdekat didalam Mazhab beliau adalah imaginasi tersebut adalah dilarang. Ia adalah kerana mengimaginasikan seorang wanita mengadakan hubungan seks dengannya adalah membayangkan seseorang melakukan dosa besar terhadap wanita yang dilarang keatasnya [Haashiyat Radd al-Muhtaar, 6/272].

b. Dikalangan ulama Mazhab Syafie termasuk Subki dan al-Suyuti mengatakan hukumnya tidak berdosa berdasarkan hadith diatas bahawa seseorang itu belum melakukannya lagi [lihat Tuhfat al-Muhtaaj fi Sharh al-Minhaaj, 7/205, 206].

c. Pandangan yang dibawa oleh beberapa ulama' dari kalangan Mazhab Hanbali adalah hukumnya makruh.

----------------------
Imam al-Nawawi ra didalam komentarnya terhadap hadith di atas menyebut :

وسبب العفو ( عن حديث النفس ) ما ذكرناه من تعذر اجتنابه ، وإنما الممكن اجتناب الاستمرار عليه ، فلهذا كان الاستمرار وعقد القلب حراما .
"Sebab mengapa diampunkan dosa sebagaimana yang disebut diatas (hadith diatas) adalah kerana ia tidak dapat dielakkan. Selepas itu seseorang itu boleh terus mengatasinya. Maka jika dia meneruskan (untuk mengimaginasi) didalam hati maka hukumnya HARAM" [al-Azkar, ms 345]

Dari penjelasan Imam Nawawi didalam mensyarahkan hadith diatas, apa2 lintasan haram yang tidak disengajakan merupakan perkara yang dimaafkan selagi mana seseorang itu tidak bercakap mengenainya. Akan tetapi, jika dia sengaja melakukan imaginasi perkara yang haram, maka usaha tersebut adalah dilarang. WA.

Sekian, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya baru berumur 13 thun dan nk brtanya mlm smalam sy baca ni dan tiba2 bila saya mkn..
terus trigat ni sy cuba hilangkan tkleh..pagi td sy tersedar dn mak saya suruh isi air dlm botol adik sy nk kesekolah drjah1 tp tiba2 dia trbayangkan arak. HARAM ke air tu? Ya Allah hrp la tak. Sbb dia minum air tu ke mna tau.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment