Dec 27, 2008

Rawatan Perubatan Guna Jin

Assalamualaikum Wmt Wkt

Terima kasih kerana menjawab soalan berkenaan berubat guna jin.Yang masih menjadikan saya musykil ialah saya pernah terbaca buku yang di karang oleh Ustaz Fathi Yakan bertajuk " Sihir Dan Pecahannya"السحر ومشتقاته
berkata sebagai memetik kata-kata Imam Ibnu Taimiyyah bahawa DIBOLEHKAN GUNAKAN JIN UNTUK PERKARA-PERKARA SOLEH" dan bukankah berubat itu antara perkara soleh.Minta tuan panel jelaskan.Terima kasih.
Wassalam


Jawab:
Isu apakah kita umat Islam boleh menggunakan jin dalam perubatan boleh memalukan umat Islam sedangkan bangsa-bangsa lain sudah jauh ke depan dalam bidang sains perubatan. bangsa-bangsa yg bergantung dgn jin ialah kaum pagan di Afrika dan hutan-hutan Malaysia (orang asli). Kita merasa sedih umat Islam terpaksa dihantar ke luar negara untuk mendapat rawatan canggih di hospital orang kafir sedangkan perubatan moden telah dirintis oleh ulama' Islam silam. Semalam (Ogos 19, 2002) kita membaca lapuran media seorang pakar perubatan Yahudi telah mencipta kapsul yg dimuatkan kamera mikro-digital yg mana jika kapsul ini ditelan ia mampu mengambil gambar-gambar dalam sistem penghadaman termasuk usus-usus manusia. nah, lupakan jinn, moyang (iblis) mereka pernah diperintahkan untuk sujud kepada moyang kita (Adam). Kenapa? Ini menunjukkan kita lebih superior dari Jinn dan malaikat. (Dr Syurbasi, Yas-aluunak)

0 comments:

Post a Comment