Jan 14, 2009

Mengirim Ucapan Salam Kepada Rasulullah SAW

Salam
Adakah amalan mengirim ucapan salam kepada Rasullah SAW melalui orang lain yang hendak ke Baitullah/menziarahi Makam Rasullullah SAW adalah dibolehkan & jika boleh bagaimanakah sepatutnya ia dilakukan?
Wassalam
_________________

wa'alaikumussalam

Alhamdullah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr anaksoleh dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seseorang yang menziarahi kubur Nabi saw disunatkan mengucapkan salam kepada baginda saw dengan ucapan:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته ، وصلى الله عليك وعلى آلك وأصحابك

"Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu ‘alaika wa ‘ala aalika wa ashaabika"

"Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu"

Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja. Amalan mengirim salam kepada baginda saw atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya didalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw. Sheikh Saleh Al-Munajjid mengatakan :

إرسال من عجز عن الوصول إلى المدينة سلامه لرسول الله صلى الله عليه وسلم مع بعض الزوار ، وقيام بعضهم بتبليغ هذا السلام ، وهذا فعل مُبتدع ، وأمر مخترع ، فيا مرسل السلام ، ويا مبلغه كفّا عن ذلك ، فقد كُفيتما بقوله : ( صلوا عليَّ فإن تسليمكم يبلغني أين كنتم ) .

"Ada dikalangan mereka yang tidak dapat pergi ke Madinah mengirim salam kepada Nabi saw melalui mereka yang melakukan ziarah, beberapa dari mereka berdiri sambil menyampaikan salam tersebut. Ini adalah amalan bid'ah, dan perkara yang telah dicipta. Mereka yang mengirimkan salam dan mereka yang menyampaikannya hendaklah melakukan sedemikian, dan tidak ada keperluan melakukan demikian, kerana Nabi saw bersabda 'Selawat keatas ku kerana sesungguhnya salam anda sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada'-[hadith riwayat Abu Daud #2042]"

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani juga didalam buku Manaasik al-Haj wa Al-Umrah, didalam bab Bid'ah ziarah di Masjid Nabawi (Bid'ah no:133) mengatakan bahawa adalah perbuatan bid'ah :

133 ـ إرسال العرائض مع الحجاج والزوار إلى النبي صلى الله عليه وسلم وتحميلهم سلامهم إليه

"Mengirim salam kepada para Haji dan penziarah keatas Nabi saw dan membebankan selawat mereka keatasnya"

Apa yang dianjurkan didalam Islam kepada sesiapa yang ingin memberi salam kepada Nabi ialah memperbanyakkan selawat kepada baginda dan tidak perlu mengirimkan melalui orang lain. Nabi saw bersabda :

إن لله في الأرض ملائكة سياحين يبلِّغوني من أمتي السلام

"Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat diatas bumi yang mengembara keliling meyampaikan kepadaku salam dari Umatku" - [Hadith riwayat Ahmad 1/144, Al-Nasaa'i #1282, dikelaskan sahih oleh Al-Albani]

Hanya kepada mereka yang berada di kubur Nabi saw, digalakkan memberi salam kepadanya dan juga memperbanyakkan selawat dimana sahaja mereka berada. Wallahu'alam.

wassalam
================
Rujukan :

1. Sheikh Saleh Al-Munajjid. مخالفات تقع عند زيارة المسجد النبوي . url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=36860&dgn=4&dgn=2

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Manaasik al-Haj wa Al-Umrah. Damsyik : maktabah Al-Islamiyyah, 1976.

1 comments:

Anonymous said...

http://bahrusshofa.blogspot.com/2012/12/berkirim-salam-kepada-junjungan-saw.html.

Post a Comment