Jan 23, 2009

Syirik Kontemporari

Salam

i would like to ask a few questions.

-what is the meaning of contemporary syirk?
-what is the threat of contemporary syirk towards muslim ummah?

Really hope you can explain it to me.You can also answer it in Malay.Thanks for your help.
this is my email:vicsabil88@yahoo.com

wassalam.

*********
Abu_Umair
Panel Feqh
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

ٍSYIRIK ialah mengambil sekutu bagi Allah Taala samada sekutu dalam bentuk Rububiyyah ataupun Uluhiyyah.

Sebagaimana Nabi SAW menjawab pertanyaan Ibn Mas'ud "Apakah dosa paling besar?", Jawab baginda: "Engkau mengambil sekutu bagi ALlah sedangkan Dia yang menciptakan kamu". (Bukhari dan Muslim).

Syirik berlaku dalam sejarah manusia sejak zaman Nabi Nuh a.s sehinggalah pada zaman moden sekarang. Asasnya adalah sama iaitu menyekutukan Allah, cuma bentuk-bentuknya berbeza pada zaman masing-masing.

Contoh syirik pada zaman moden yang berkaitan dengan Rububiyyah:

1) Fahaman Komunis. Kerana asas fahaman ini ialah: Mengingkari kewujudan Tuhan dan segala perkara ghaib. Penganut fahaman ini menjadikan material adalah asas segala-galanya. (Mausuah Muyassarah 310).

2) Fahaman Darwinisme. Ia berkembang pada abad ke-19 sebagai satu permulaan semula sebuah mitos berasal daripada kaum Sumerian dan Greek Purba oleh seorang pakar biologi amatur Charles Darwin. Beliau adalah seorang naturalis British yang memulakan teori evolusi berdasarkan pemilihan semula jadi.

3) Fahaman Sekularisme. Ia adalah ideologi bahawa urusan dunia seperti politik, pentadbiran dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan agama. Mengikut kamus Inggeris, sekular bermaksud:
1. Keduniaan
2. Tiada agama
3. Tidak zuhud

4) Perkauman atau Kebangsaan. Iaitu semangat berdasarkan persamaan asal-usul, bahasa, sejarah, dan kemaslahatan bersama, TANPA mengambil kira persamaan dalam agama.

Di dalam Muktamar Dakwah dan Penyediaan Daie Peringkat Antarabangsa yang diadakan dia Universiti Islam Madinah tahun 1397, dibuat satu resolusi iaitu: Semangat perkauman atau kebangsaan termasuk dalam seruan yang berlawanan dengan Islam, seperti Batiniyyah, Bahaiyyah, Qadiniyyah....'.

Quote:

-what is the threat of contemporary syirk towards muslim ummah?


Nabi SAW telah memberi amaran betapa bahayanya syirik terhadap umatnya. Dan banyak hadis-hadis yang menunjukkan Nabi SAW memberi amaran akan berlaku syirik pada zaman mutakhir. Antaranya:

لا يذهب الليل والنهار حتى تعبد اللات والعزى

Maksudnya: Tidak akan pergi siang dan malam (berlaku Qiamat) sehinggalah Laat dan Uzza disembah kembalil. Direkod oleh Imam Muslim (no: 2097)

لا تقوم الساعة حتى تلحق قبائل من أمتي بالمشركين وحتى يعبدوا الأوثان

Makasudnya: Tidak akan berlaku Qiamat sehinggalah ada kabilah-kabilah dari umatku mengikut bersama orang-orang musyrikin, dan sehinggalah mereka menyembah berhala-berhala. Direkod oleh Abu Daud (no: 4254) dan Tirmizi (no: 2219) katanya : Hasan Sahih.

Wallahu A'lam.

Rujukan:

Al-Syirk Fil Qadim Wa al-Hadith.

0 comments:

Post a Comment