Jan 23, 2009

Soalan Dari Non Muslim

salam.. ada non muslim bertanya

1.Kalau kita mati, roh kita akan ke alam barzakh sementara menunggu judgement di pdg masyhar. Bererti Neraka belum berpenghuni..kan? Apa la roh tu buat di alam barzakh nanti?

2.Kalau kita di alam barzakh nanti.. Munkar& nakir seksa kita stiap hari sampai kiamat ka?

ni soalan dah pernah dgr cuma lupa cara nak jawab.. sebab nnt dia akan cakap Allah tak adil sebab org yg mati awal kena seksa awal..

harap penel2 dapat bantu

*********
thtl
Maqam 7
Wassalam

al-Jawab:

Pelik sikit soalan ni. Selalunya non-Muslim tak tanya soalan-soalan yang bersangkutan dgn perincian Akidah. Biasanya persoalan mereka hanya seputar Allah, Rasul dan isu2 dasar dalam Islam. Adapun alam barzakh, hatta sebahagian aliran dan madzhab Islami pun menolak alam barzakh, antaranya Muktazilah dan aliran GAH.

1) apa ruh buat dalam alam barzakh?

J: Barzakh maksudnya terpisah atau terhijab atau terhalang. Ertinya, kita terpisah secara total dgn alam ni dan tak mampu utk berkomunikasi dan mengetahui dengan detail apa yang sebenar berlaku di alam ghaib itu. Dalam Islam, beriman akan keujudannya sudah memadai. Manakala cuba mencari apakah yg berlaku kepada ruh dijelaskan serba ringkas di sana sini dalam AQ dan al-Hadith.

Ruh orang kafir, mereka di azab dan dipra-tonton akan bagainana dahsyatnya azab Neraka.
dalil: AQT 40:46 (pada mereka dinampakkan neraka pagi dan petang)

Ruh orang beriman pula: mereka berehat panjang

" mereka berkata," aduhai, celakalah, siapakah siapakah yg membangkitkan kami dari tempat tidur kami." AQT 36: 52

Manakala ruh orang mati syahid menurut Hadith, sudah dapat merasa kenikmatan syurga.

2) Allah tidak adil kalau siksa orang yg mati lebih awal berbanding orang yg mati paling akhir?

Sebab tu kita kata, nak bahas bab barzakh, kena bereskan bab Tawhid dulu. Sebab dalam Tawhid, sifat Allah ialah al-Adil. Tidak timbul soal keadilan kerana masa di sisi Allah berlainan dengan kita. Kita aje yg sukat masa berdasarkan 60 saat, 24 jam, satu minggu, satu bulan, satu tahun, satu dekad, satu kurun, tapi di sisi Allah , Dia tidak terikat dengan ketetapan dan pengiraan manusia.

Ruj: al-Ruh, Ibn Qayyim, ms 89. WA

0 comments:

Post a Comment