Jan 20, 2009

Nabi Cemburu Terhadap Wali?

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya, sama ada benar atau tidak, ada nabi yg cemburu dengan wali Allah?

Harap dapat penjelasan.

p/s Soalan ini dikemukan oleh seorang rakan kpd saya.

****************
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Raja Utara di atas soalan tersebut . Baginda Rasulullah s.a.w pernah menyatakan mengenai [color=blue] “ HASAD – DENGKI @ CEMBURU YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK “ dengan sabdanya s.a.w :

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِي اللَّهم عَنْه قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Ertinya : Daripada Saidina Ibnu Mas’uod r.a , dia berkata : Aku pernah mendengar Baginda Nabi s.a.w bersabda : [color=blue] “ Tidak boleh seseorang itu mempunyai perasaan dengki MELAINKAN pada dua perkara , iaitu ( 1 ) – Dengki kepada seseorang yang diberikan Allah kepadanya harta – benda , lalu diapun membelanjakan harta itu pada jalan yang benar , dan ke ( 2 ) – Dengki kepada seseorang yang dikurniakan Allah Ta’ala dengan kebijaksanaan ( ilmu dan hikmah ) , lalu digunakannya untuk memutuskan keputusan dan mengajarkannya kepada sesama manusia “ [/color] ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab az-Zakat dan oleh Syeikh al-Albani rh di dalam al-Jamie’ as-Sahih : 1409 .

Kembali kepada soalan saudara di atas :

Quote:
Saya ingin bertanya, sama ada benar atau tidak, ada nabi yg cemburu dengan wali Allah?

Harap dapat penjelasan.

p/s Soalan ini dikemukan oleh seorang rakan kpd saya.

RESPON KAMI :

1 ~ Nabi yang mana satukah yang berperasaan begitu ? .

2 ~ Siapakah wali Allah yang dimaksudkan itu ? . Adakah Bursiso ? , Ashabul Kahfi ? , kepada seorang ‘abid Bani Israel yang beribadat dan berjihad selama 80 tahun ? , Luqmanul Hakim ? , ‘Imran ayahanda kepada Saiyyidah Maryam ? atau kepada siapa ? .

3 ~ Darjat “ WALI “ tidaklah mampu menandingi darjat “ PARA SAHABAT R.A “ . Dan dengan itu , sudah pasti juga darjat “ PARA SAHABAT R.A “ itu juga tidak akan setaraf ataupun lebih drp darjat seseorang “ NABI ataupun RASUL ( ‘alaihimus solatu was salam ) .

4 ~ Kalau benar ada seorang Nabi a.s mempunyai perasaan HASAD – DENGKI & CEMBURU kepada seorang wali Allah , maka untuk apakah Nabi a.s itu berperasaan begitu ? , bukankah darjat baginda a.s LEBIH TINGGI daripada darjat wali itu ? .

Hati – hati saudara !!! . Kemungkinan besar rakan saudara itu telah “ disuntik “ dek ajaran tareqat yang menyeleweng ataupun Batiniyyah , dan tak mustahil juga rakan saudara itu telah “ termakan “ umpan SYI’AH ( Syi’ieyyat ) .

Hati – Hatilah dan berwasapadalah !!! :doa


Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين



و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment