Jan 20, 2009

Dilarang Ibu Bapa Menyertai Tabligh

Saya dah tanya sblm nie tapi x de jawapan pun dr pihak al-ahkam. apakah hukum saya berdakwah mengikut tabligh sekiranya parents saya x membenarkan
_________________
Jawab dan nasihat

Kami memohon kema'afan kerana kekurangan tenaga pakar utk menjawab soalan yg semakin bertambah saban hari. Larangan ibubapa anda mengikuti jama'ah Tabligh itu ada kebenarannya kerana mungkin anda spt yg dimaksudkan oleh Syaikhul Islam alhafidz Ibn Hajar Asqalani (alfath: 12/356), pemuda yg masih ahdatsul asnan (yang masih mentah) dan sufaha ul ahlam (yg masih sikit ilmunya). Ini kerana berjama'ah dan berharakah (gerakan Islam) memerlukan sedikit kematangan dan keilmuan. ini penting supaya anda mampu menilai jama'ah yg bergerak dalam masyarakat dan anda perlu tahu latarbelakang jama'ah yang anda ingin ikuti. Silap-silap ikut anda akan berakhir di India atau pakistan. Silap-silap ikut-ikutan anda berakhir di pergunungan Afghan bersama Osama ben laden. Kami syorkan memiliki kitab Ust Fathy Yakan dari Lebanon yg berjodol "Apa ertinya saya memeluk Islam" dalam kitab ini dijelaskan apa ertinya saya bergabung dgn jama'ah Islam. Jama'ah islam ni banyak brand dan jenisnya dan ia memerlukan ilmu dan umur yg sikit matang. WA

Sheikh THTL - AAN

0 comments:

Post a Comment