Feb 1, 2009

Syeikh Sufi Yang Kononnya Bertemu Rasulullah SAW

Baru baru ini saya ada mendengar dari seorang ustaz yang mengamalkan tariqah ahmadiah-idrissiyah, bahawa amalan yang mereka amalkan adalah diterima langsung oleh shiekh mereka Sidi Ahmad bin Idris live dari Rasullullah saw. Ini biasa berlaku menurut ahlus sufi bahawa Rasullulah saw bertemu dengan para wali Allah melalui satu majlis yang digelar suri...boleh ikuti link di bawah ini.

http://www.ahmadiah-idrisiah.com/history.php

Adakah ini menyanggahi akidah ahlus sunnah?
Bolehkah kita beramal dengan amalan amalan berikut?

*******************
al-jawhar
Panel Feqh


بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Ringkasnya yang dapat kami simpulkan ialah amalan sedemikian adalah merupakan amalan yang bercanggah dengan syariat Islam.
Dalilnya , surah Al-Maidah ayat 3 :


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redha Islam itu jadi agama bagimu.

Ayat tersebut menunjukkan kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna dengan segala macam khazanah peninggalan Baginda saw yang diwahyukan oleh Allah swt.Ini termasuklah segalam macam amalan taqarrub kepada Allah swt seperti zikir , doa dan amalan-amalan sunat lainnya.

Maka tidak timbul cerita Rasulullah saw terpaksa berjumpa dengan mana-mana ‘Syeikh’ atau wali semata-mata untuk menyerahkan atau menyampaikan beberapa bentuk amalan yang kononnya tidak sempat di sampaikan kepada para sahabat Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda saw.

Apa yang pelik dan menghairankan juga ialah , Rasulullah saw hanya berjumpa dengan ‘Syeikh-syeikh’ atau orang alim dari kalangan ‘Ahli Sufi’ sahaja…Apakah tidak ada orang lain atau Syaikh-Syaikh dari aliran lain yang lebih alim dan hebat daripada Syeikh Sufi??.....

WA

0 comments:

Post a Comment