Dec 29, 2008

Gangguan Jin

Assalamualaikum…

Ana ada sedikit kemusykilan…

Lanjutan daripada soalan ana tempoh hari berkenaan dengan persoalan hantu dan roh… bukanlah begitu sebenarnya yang ana maksudkan untuk bertanya…..

Soalan ana sebenarnya…. Dalam kategori apakah makhluk Allah yang dinamakan oleh masyarakat sebagai “hantu” itu…???! Kerana sememangnya kita tidak boleh menafikan akan kewujudan makhluk-makhluk sebegitu kerna terdapat bukti menunjukkan kewujudan makhluk Allah seumpama itu berdasarkan pengakuan daripada masyarakat yang mengatakan mereka telah melihat, terserempak, terdengar suara dsb ….?? Jikalau dikatakan “makhluk Allah” itu tergolong dalam golongan syaitan dan iblis, mengapa terdapat perbezaan yang ketara antara “makhluk” tersebut dengan syaitan dan iblis? Bukankah syaitan itu hanya menggoda dan menyesatkan manusia melalui bisikan dan godaannya sahaja..? Manakala gangguan daripada “makhluk” tersebut pula lebih kepada ”rasukan” dan sebagainya?

Diharap penel al-ahkam akan dapat menghuraikan permasalahan ini dengan lebnih teliti…. Kerana masalah-masalah sebegini… jika tersilap sedikit sahaja pemahaman kita mengenainya… ia telah melibatkan persoalan akidah seseorang MUSLIM itu sendiri… WA

-----------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi buat Saudara VhoutenJr yang tidak jemu-jemu menziarahi kami di sini.

Soalan yang saudara kemukakan ini tidak syak lagi merupakan kesinambungan soalan saudara yang lalu , iaitu [color=blue] SJ – 2203 : PERSOALAN ROH & HANTU-SETAN DARI KUBUR [/color] http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10031 :happydevi

Dan insya-Allah soalan saudara kali ini , akan tetap kami layani . Namun apa kata , kalau kita sama-sama tengok terlebih dahulu [color=blue] SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN [/color] http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8293 memandangkan isi-isi jawapan tersebut ada kaitan yang rapat dengan soalan saudara pada kali ini .

Kami akan menyalin semula jawapan itu dengan melakukan beberapa suntingan agar sidang pengunjung yang budiman dapat membacanya dengan lebih jelas lagi .

Jawapannya adalah sebagai mana berikut ini :

1 – Santau merupakan salah-satu rupa sihir yang masyhur di kalangan masyarakat kita , samalah seperti “ tuju-tuju “ , “ santet “ , “ pelesit “ , “ jurus “ dan sebagainya. Sihir itu sendiri merupakan salah-satu rupa gangguan syaitan. Sihir juga telah disebut sendiri di dalam Al-Quran Al-Karim dan memang diakui akan kewujudannya , di antara dalilnya daripada Al-Quran Al-Karim ialah Ayat 102 , Surah Al-Baqarah :


وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

[color=blue] Ertinya : “ Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jangnalah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya . Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui “.[/color]

Sihir juga diakui kewujudannya melalui Hadist-Hadist Sahih daripada Baginda Rasulullah s.a.w , kalau ianya tiada ( sebagaimana yang diengkari oleh golongan yang mengaku sebagai golongan yang bertamadun dan moden ) , maka bagaimanakah boleh disebut cara-cara mengatasinya oleh Baginda Rasulullah s.a.w !?.

[color=blue] Di antara amalan-amalan yang dipertunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w untuk “ memagar diri “ daripada bahaya sihir ( dan santau ) ialah dengan memakan 7 biji tamar ‘ajwah ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh ) , dengan cara berwudhuk sebelum tidur ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam At-Tobraniy rh ) , sentiasa melakukan solat berjemaah ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh ) , melakukan ibadah sunat di malam hari iaitu Qiyammullail ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukari & Imam Muslim rh ) , membaca doa perlindungan sebelum memasuki tandas ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari & Imam Muslim rh ) , dengan cara memagar isteri di malam pertama perkahwinan ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rh dan Al-Albaniy rh ) , Membaca Ayat Al-Kursi ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh daripada Saidina Abu Hurairah r.a ) dan Membaca 3 Qul ( Qul HuwalLah . Qul A’uduzu Birabbil Falaq & Qul A’udzu Birabbin Nas ) , Ayat Al-Kursi , 3 ayat terakhir Surah Al-Baqarah ( Lillahi Ma Fissamawati Wal Ardh… ) lalu diusap kedua-dua tangan dan diusapkan pula ke seluruh tubuh sebanyak 3 kali sebelum tidur ( Hadis Sahih Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukari rh daripada Saidatina A’isyah r.a ). [/color]

2 – Ya ! memang benar jin dan syaitan mampu menyakiti manusia ( dengan izin Allah Ta’ala ) sebagaimana pisau dan senjata tajam juga mampu menyakiti manusia ( jika diizinkan oleh Allah Ta’ala ) . Syeikh Abu Bakar Al-Jazairy (rh) menyatakan :

[color=blue] “ Sebenarnya gangguan jin ke atas manusia merupakan sesuatu yang memang berlaku dan tidak dapat dimungkiri , kerana sudah terbukti dengan dalil pendengaran dan peristiwa yang nyata. Akal pun turut sama tidak boleh menyatakan bahawa itu adalah mustahil , bahkan sebenarnya akal turut sama membenarkannya dan mengakuinya “.

“ Kalaulah tidak ada penjagaan Para Malaikat r.a yang ditugaskan oleh Allah Ta’ala , nescaya tiada manusia pun yang selamat daripada gangguan jin dan syaitan , kerana manusia tidak mampu melihat mereka dan kerana kemampuan mereka untuk berubah bentuk dengan cepat , ataupun kerana jasad mereka yang halus yang tidak boleh kita rasakan “.[/color]

Selanjutnya Syeikh Al-Jazairy (rh ) menyatakan :

[color=blue] “ Ada sebuah hadis yang sahih yang menceritakan bahawa ada seorang anak muda daripada kalangan Kaum Ansar yang telah membunuh seekor jin yang menyamar sebagai seekor ular hinggakan ia mati . Kemudian datanglah jin-jin lain di saat itu juga membalas dendam dengan membunuhnya , hinggakan Saidina Abu Sa’id Al-Khudry (r.a) menyatakan : “ Tidak diketahui , yang mana satukah lebih cepat membunuh , anak muda itukah ataupun ular itu ? “.[/color]

*******************************
Dan sudah tentu , jin dan syaitan ini bukannya dapat menyakiti semua manusia , sebagaimana dijelaskan oleh Allah Ta’ala yang menceritakan dialog-Nya dengan Iblis ( la ) melalui Surah Al-Hijr , ayat 39 - 42 :

قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
إِلاَّ عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِين
قَالَ هَذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلاَّ مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

[color=blue] Ertinya : “Iblis berkata : "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Allah berfirman : "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya) . Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat. [/color]

Allah Ta’ala juga menyifatkan tipu- daya syaitan itu sebagai lemah :


إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

[color=blue]Ertinya : “ ….Sesungguhnya tipu-daya syaitan itu adalah lemah “ ~ Surah An-Nisa’ , ayat 76 . [/color]

Selain itu juga , Allah Ta’ala turut sama menjelaskan siapakah gerangannya yang akan dirasuki oleh syaitan dan diganggu oleh syaitan dan kuncu-kuncunya . Firman Allah Ta’ala di dalam Surah An-Nahl , ayat 100 :


إِنَّمَا سُلْطَانُهُ عَلَى الَّذِينَ يَتَوَلَّوْنَهُ وَالَّذِينَ هُم بِهِ مُشْرِكُونَ

[color=blue] Ertinya : “ Sesungguhnya kekuasaan syaitan hanyalah ke atas orang-orang yang menjadikannya sebagai pemimpin dan ke atas orang-orang yang menyekutukan Allah “.[/color]

*******************************
BOLEHKAH JIN @ SYAITAN MEMASUKI TUBUH MANUSIA ? :

Topik ini menjadi perdebatan hangat di kalangan ulama’ hingga melahirkan 2 kelompok ,iaitu Pertama : Yang menyatakan ianya boleh berlaku , dan kelompok kedua pula tidak mungkin boleh berlaku ( Pandangan Al-Jubaie – seorang ‘alim di dalam Mazhab Muktazilah , Imam Ar-Razi (rh) dan juga Ustaz A. Qadir Hassan , anak Almarhum Ustaz A. Hassan Bandung , pendiri PERSIS Bangil , Indonesia ).

Kami lebih cenderung kepada ulama’ daripada kelompok pertama yang menyatakan bahawa memang jin dan syaitan boleh memasuki tubuh manusia , sekiranya diizinkan oleh Allah Ta’ala .

Di antara dalil-dalilnya ialah :

Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , Ayat 275 :


الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

[color=blue] Ertinya : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan (dirasuk) syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila . Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya “ . [/color]

Hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukari ( Kitab Al-Adab , 5751 ) :


إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَبْلَغَ الدَّم.....ِ…..

[color=blue] Ertinya : “ Sesungguhnya syaitan berjalan-jalan pada tubuh manusia pada peredaran darah “.[/color]

Dan banyak lagi dalil yang menunjukkan bahawa sememangnya syaitan dan jin mampu memasuki dan seterusnya merasuk manusia . Dan kami kira , tidak perlulah kami menyatakan dalil-dalilnya secara panjang-lebar kerana kitab-kitab yang menerangkannya sudah mudah didapati di pasaran.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

**************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


[color=red] 1-MERAWAT KEMASUKAN JIN & HISTERIA ~ Syeikh Abdussalam Bali [/color]
( Cetakan Pustaka Ilmi , Malaysia ).

[color=red] 2- BERINTERAKSI DENGAN JIN ~ ‘Allamah Dr. Umar Sulaiman Al-Asqar [/color]
( Cetakan : Pustaka Syuhadak , Kuala Lumpur ).

[color=red] 3- SJ - 1745 : BERUBAT DENGAN JIN MUSLIM : [/color]
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7673

[color=red] 4- KESESATAN DI DALAM PERBOMOHAN : [/color]
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.htm

[color=red] 5- FAKTOR-FAKTOR AJARAN SESAT : [/color]
http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html

[color=red] 6- GARIS PANDUAN BERSILAT MENURUT ISLAM : [/color]
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/silat.htm

[color=red] 7- GARIS PANDUAN KHURAFAT DAN AZIMAT: [/color]
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm

[color=red] 8-SJ-1905: Tangkal Pendinding Azimat [/color] http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8221

[color=red] 9- Risalah tentang "SIHIR & PERDUKUNAN" [/color]
http://www.alsofwah.or.id/html/sihir.html

[color=red] 10 - Amalan sihir (ilmu hitam) dan kesan terkena sihir [/color]
http://gerakkilat.tripod.com/Latihan/kesansihir/kesansihir.htm

[color=red] 11 - Celaru mengenai sihir, jin dan amalan syaitan - Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin [/color]
http://venus.igalaksi.com/warisan/agama02f1.htm

[color=red] 12 – SIHIR [/color]
http://www.pesantrenvirtual.com/tanya/225.shtml

[color=red] 13 -SIHIR & PENJAGAAN DIRI [/color]
http://www.pesantrenvirtual.com/tanya/021.shtml

[color=red] 14 - SIHIR ADALAH SYIRIK - Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin [/color]
http://www.geocities.com/zek_my/news2/ut612.html

[color=red] 15 - Minta bantuan jin untuk cari kebenaran [/color]
http://members.tripod.com/skypin/agama/aga120.html

[color=red] 16 - Bagaimana Mengesan Kehadiran Hantu ? [/color]
http://www.harmonisers.net/vibration/artikel/dkapr01.html

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


---------
{ بسم الله الرحمن الرحيم }

Saudara VhoutenJr yang dikasihi ,

Sebenarnya topik di atas tidaklah terlalu sulit untuk difahami . Kekeliruan dan ke”semabo”an yang saudara rasai itu sebenarnya berpunca daripada isi-isi masalah yang saudara nyatakan itu . Kami akan mengajuk ( quote ) semula beberapa isi-isi soalan saudara dan kami akan memberikan komentar baginya , mudah-mudahan dgn cara itu lebih mudah difahami topik kita ini kali ini .

Quote:
[color=red] Dalam kategori apakah makhluk Allah yang dinamakan oleh masyarakat sebagai “hantu” itu [/color]

Komentar Kami :

[color=blue] “ Hantu “ itulah adalah nama bagi yang seerti ( sinonim ) dengan “ setan ( syaitan ) “ di dalam bahasa kita ( Melayu ) . Selain dipanggil sebagai “ Hantu “ , ianya juga dipanggil sebagai “ makhluk halus “ , “ jembalang “ , “ pelesit “ , “ lembaga “ ( tapi bukannya Lembaga Tabung Haji ataupun Lembaga Letrik Negara ) , “ roh jahat “ , “ semangat jahat “ , “ mambang “ dan sebagainya . [/color]

Macam dalam B. Inggeris lah , ada EVIL , ada DEVIL , ada DEMON , ada MONSTER , ada GHOST dan sebagainya . :grin:

[color=blue] Perkataan HANTU di dalam bahasa Arab Moden ( lebih-lebih lagi di dalam lahjah ‘amiah = loghat- loghat negeri dikenali sebagai “ SYABAH “ ( شَبَح ) dan jamaknya ( plural ) pula ialah “ ASYBAH “ ( أشباح ) . [/color]

Tapi perkataan “ SYABAH “ yang merujuk kepada makna HANTU ini sebenarnya tidak wujud di dalam Bahasa Arab Asli iaitu di dalam Al-Quranul Karim , Al-Hadits mahupun kitab-kitab ulama’ silam . :shocked:

“ SYABAH / ASYBAH “ itu menurut makna asalnya bukanlah HANTU tetapi bermakna : “ Rupa Seseorang “ .

Makhluk yang diciptakan oleh Allah Ta’ala ini jika dirujuk daripada jenis ( bangsanya ) maka kita akan dapati ianya terpecah kepada :

1 – Para Malaikat a.s .
2 – Manusia .
3 – Haiwan .
4 – Benda-benda yang keras seperti batu-bata dan besi .
5 – Tumbuh-tumbuhan .
6 – Jin ( dikenali juga sebagai “ makhluk halus “ ) .

[color=blue] Iblis terdiri daripada bangsa Jin , iaitu bangsa yang dicipta daripada api .

Jin menurut makna asalnya ialah “ Sesuatu yang ghaib dan tidak dapat dihat dengan mata kasar “ . Daripada huruf Jim + Nun = JIN inilah lahirnya berbagai perkataan lain lagi seperti “ JANNAH “ ( Syura ~ Ianya adalah ghaib dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita sekarang ) , “ JINNAH “ ( Jin Betina ~ ghaib juga ) , “ JUNNAH “ ( perisai ~ kerana perisai juga boleh mengahalang pandangan dan serangan musuh yang dihadapi ) , “ JUNAINAH “ ( Jin Betina Yang Kecil ~ ghaib juga makhluk ini . Dan jangan beri nama anak dengan nama ini ) dan “ JAN “ ( Bapak Jin ~ ghaib juga . Jadi jangan juga beri nama anak anda dengan “ Mat Jan “ . [/color]

Jin itu adalah nama umum bagi segolongan makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar . Ianya mempunyai beberapa etnik dan suku-kaum iaitu Iblis ( Jeneral Kaum Jin ) dan syaitan . Selain itu jin sendiri ada yang beragama Islam dan ada yang sebaliknya . Ada pula yang “ soleh “ ( baik ) dan ada pula yang “ toleh “ ( jahat ) .

Syaitan yang tidak kelihatan dinamakan sebagai JIN dan inilah sebenarnya yang kita panggil sebagai HANTU dan sebagainya .

Manakala syaitan yang boleh dilihat ialah MANUSIA , sebab itu orang-orang kita selalu mencerca orang-orang yang nakal ataupun jahat dengan kata-kata : “ Ishhh ! Setan sungguh budak ni !!! “ ataupun “ Hantu sungguh budak tu ! “ .

Ada juga jin yang boleh berupa ( menyamar ) sebagai binatang-binatang tertentu .

Jadi , selesai satu masalah , hantu dan setan itu sebenarnya makhluk yang sama , Cuma nama sahaja yang berbeza .

****************************************

Quote:
[color=red] Bukankah syaitan itu hanya menggoda dan menyesatkan manusia melalui bisikan dan godaannya sahaja..? Manakala gangguan daripada “makhluk” tersebut pula lebih kepada ”rasukan” dan sebagainya ? . [/color]


Komentar Kami :

[color=blue] Tidak tepat agakan saudara itu . Yang sebenarnya , hantu-setan ini memang boleh menggoda , merasuk dan menyakiti Bani Adam apabila diizinkan Allah Ta’ala sebagaimana kadang-kadang pisau itu boleh mencederakan kita ( juga dengan izin Allah Ta’ala ) . [/color]

Kenyataan ini tidaklah bermakna kita perlu takut kepada makhluk jahat ini dan gerun kepadanya .

Untuk apa takut kepada mereka sedangkan manusia inikan satu makhluk yang paling mulia dan diciptakan oleh Allah Ta’ala di dalam kejadian yang paling sempurna dan mulia !? .

Selagi Allah Ta’ala itu ada , maka selagi itulah kita tidak perlu takut kepada makhluk-makhluk jahat itu .

Walaupun kadang-kadang makhluk hantu-setan ini boleh mengganggu kita , tapi ini tidaklah bermakna golongan terkutuk ini boleh menyesatkan dan menakutkan semua manusia .

Siapakah manusia yang tidak boleh disesatkan dan ditakutkan oleh hantu-setan durjana ini !? . ~ SILA LIHAT SEMULA JAWAPAN KAMI DI ATAS , INSYA-ALLAH AKAN DITEMUI JAWAPANNYA !

Selesai masalah kedua .

****************************************
Quote:
[color=red] Diharap panel al-ahkam akan dapat menghuraikan permasalahan ini dengan lebih teliti…. Kerana masalah-masalah sebegini… jika tersilap sedikit sahaja pemahaman kita mengenainya… ia telah melibatkan persoalan akidah seseorang MUSLIM itu sendiri… [/color]

Komentar Kami :

[color=blue] Hantu-setan-Jin-Iblis adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang ghaib . Beriman dengan perkara-perkara yang ghaib termasuklah beriman dengan adanya makhluk yang dinamakan sebagai “ Iblis “ , “ Jin “ dan “ Syaitan “ ini .

Namun , janganlah pula kita lupa dan lalai sehingga kita percaya dengan semua khurafat dan takhyul yang diberi nama sebagai “ GHAIB “ . [/color]

Percaya adanya makhuk “ Iblis “ , “ Jin “ dan “ Syaitan “ itu sudah semestinya kerana ianya telah pun dibuktikan dengan dalil-dalil Al-Quranul Karim dan Sunnah . Akan tetapi ini tidaklah bermakna kita juga wajib beriman adanya hantu-setan yang bernama “ Dracula “ , “ Zombie “ , “ Pontianak “ , “ Langsuir “ , “ Hantu Cina yang melompat-lompat “ , “ Resident Evil “ dan sebagainya .

Begitulah juga , memang kita wajib beriman kepada perkara-perkara yang ghaib ( yang ada dasarnya dan kenyataannya di dalam Al-Quranul Karim dan As-Sunnah ) , akan tetapi ini tidaklah bermakna kita juga wajib beriman kepada tukang-tukang tenung nasib dan ramalan-ramalan mereka !!! .

[color=blue] Memang kita wajib beriman dengan perkara-perkara yang ghaib , akan tetapi ini tidaklah bermakna kita juga wajib beriman dengan ramalan-ramalan Abuya Ashaari Muhammad al-Arqam ( Ar-Rufaqa’ ) ataupun kisah-kisah hantu yang ditulis oleh Tamar Jalis ataupun Tok Awang Ngah !!! . [/color]

Terima Kasih di atas nasihat dan saranan saudara di atas agar kami lebih berhati-hati di dalam menjawab permasalahan-permasalahan seperti ini .

Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita daripada segala kekarutan dan ketakhyulan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .


Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama .
Wallahu A’alam Bisowab
Wahuwa Yahdis Sabilar Rasyad


و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

2 comments:

hisyamaroff said...

Terima kasih,,penerangan yang mudah difahami.

hisyamaroff said...

Terima kasih,,penerangan yang mudah difahami.

Post a Comment