Jan 23, 2009

Baru Masuk Islam Terapuskah Segala Dosa

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yg dihormati,

Benarkah segala dosa2 non-muslim yang baru sahaja memeluk ISLAM diampunkan SEGALAnya? Sehingga menyebabkannya tidak berdosa umpama bayi. Atau pengampunan dosa itu hanya dosa2nya dengan ALLAH eg syirik dsbnya, sedangkan dosa2nya dengan makhluq tetap perlu dimaafkan oleh makhluq itu? eg mencuri, menfitnah dsbnya.

Apakah dalil yang boleh dikaitkan dengan ini?

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

***********
kamin
Panel Feqh

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan shahnor77 dengan kadar yang termampu, Insya-Allah.

Ibn Abbas ra. ada meriwayatkan beberapa orang musyrikin yang pernah terlibat membunuh ramai orang, melakukan zina dan sebagainya, datang kepada Nabi saw dan berkata :-

إِنَّ الَّذِي تَقُولُ وَتَدْعُو لَحَسَنٌ وَلَوْ تُخْبِرُنَا أَنَّ لِمَا عَمِلْنَا كَفَّارَةً فَنَزَلَ قول الله تعالى :
"Sesungguhnya apa yang engkau kata dan sampaikan adalah Baik, dan kalaulah kamu khabarkan kami mengenai apa-apa kifarah/pengampunan atas apa yang telah kami lakukan. Maka Allah pun menurutkan ayat berikut" :-

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ. وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ. وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ. أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ يَا حَسْرَتَا عَلَى مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللَّهِ وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ. أَوْ تَقُولَ لَوْ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي لَكُنْتُ مِنَ الْمُتَّقِينَ, أَوْ تَقُولَ حِينَ تَرَى الْعَذَابَ لَوْ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ. بَلَى قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ.
(53) Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(54) Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
(55) Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
(56) (Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!
(57) Atau berkata: Kalaulah Allah memberi hidayat petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertakwa!
(58) Atau berkata semasa dia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!
(59) (Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!

- surah al-Zumar 39:53-59.

Didalam sebuah riwayat oleh Imam Ahmad rh. menyatakan bahawa : Amr ib al-'Aas ra. merupakan seorang yang pernah melakukan syirik, dosa dan merupakan musuh Allah. Dia berkata :

لَمَّا أَلْقَى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي قَلْبِي الإِسْلامَ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُبَايِعَنِي فَبَسَطَ يَدَهُ إِلَيَّ فَقُلْتُ لا أُبَايِعُكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ حَتَّى تَغْفِرَ لِي مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِي قَالَ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمْرُو أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الإِسْلامَ يَجُبُّ مَا كَانَ قَبْلَهُ مِنْ الذُّنُوبِ
"Tatkala Allah meletakkan Islam kedalam hatiku, aku telah pergi berjumpa Nabi saw untuk menyampaikan bai'ahnya kepadanya. Bagindapun membuka tangannya kearah aku, tetapi aku berkata : Aku tidak akan berbai'ah kepadamu Ya Rasulullah, sehingga engkau mengampunkan dosaku yang lepas. Rasulullah saw bersabda kepada ku : Amr, Tidakkah engkau tahu bahawa Islam menghapuskan apa-apa dosa sebelumnya" [Riyawat Imam Ahmad, #17159].

Didalam riwayat Muslim pula meriwayatkan bahawa Amr ibn al-'Aas ra. berkata :

لَمَّا جَعَلَ اللَّهُ الإِسْلامَ فِي قَلْبِي أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقُلْتُ : ابْسُطْ يَمِينَكَ فَلأُبَايِعْكَ . فَبَسَطَ يَمِينَهُ ، قَالَ : فَقَبَضْتُ يَدِي . قَالَ : مَا لَكَ يَا عَمْرُو ؟ قَالَ : قُلْتُ : أَرَدْتُ أَنْ أَشْتَرِطَ . قَالَ : تَشْتَرِطُ بِمَاذَا ؟ قُلْتُ : أَنْ يُغْفَرَ لِي . قَالَ : أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الإِسْلامَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ .
"Tatkala Allah menjadikan Islam didalam hatiku, Aku telah datang kepada Nabi saw dan baginda bersabda : Berikan tangan kananmu agar aku dapat berba'iah bersama kamu. Baginda memberi tangannya dan aku menarik balik tanganku. Baginda Berkata : Kenapa dengan kamu Ya Amr?. Aku berkata : Aku ingin letakkan syarat. Baginda berkata : Hendak bersyaratkan dengan apa? Aku berkata : Agar mengampunkan dosaku. Baginda bersabda : Tidakkah engkau tahu bahawa Islam menghapuskan apa-apa dosa sebelumnya?" [Hadith Riwayat Muslim, #121]

Imam al-Nawawi rh. didalam mensyarahkan hadith ini mengatakan bahawa Islam menghapuskan dan membersihkan semua dosa-dosa orang yang memeluk agama Islam. Maka jelas menurut dalil diatas bahawa Allah swt akan mengampunkan semua dosa seseorang yang masuk Islam. WA.

Sekian, wassalam

0 comments:

Post a Comment