Dec 27, 2008

Terpaksakah Puasa? Tanya Orang Bukan Islam

a'salam wr kth

Saya meminta izin untuk menggunakan platform kawan saya kitabhikam untuk menanyakan satu soalan yang menjadi ketakutan dalam diri saya.

Situasinya begini, ada seorang non-muslim bertanyakan saya " how your puasa?" lepas tu saya menjawab "as normal" "tiap-tiap tahun pun begini.." dan saya tersentak bila si non-muslim nie tadi bertanya "terpaksa ker?" seolah-olah dia pahamkan word saya tadi seolah-olah saya mengeluh dengan ibadat ini;

Soalah saya:
i. Apakah batal puasa saya dengan perkataan tersebut jika saya merasakan ibadah puasa itu terpaksa

ii. Bagaimana pula saya tidak berapa sedar dengan perkataan yang saya ucapkan tadi.

Terima kasih kitabhikam dan semua, semoga Allah membalas jasa baik kalian

---------
Jawab:

Puasa anda adalah sah kerana sampukan dari orang kafir itu hanyalah was-was sahaja KECUALI anda ada niat untuk berbuka. Jika merasa puasa itu suatu paksaan Ilahi atau beban syara', itu tidak membatalkan puasa. Hayatilah maksud surah alKafirun (bahawa agama kita dan agama orang kafir sudah pasti berbedza) bila disampuk oleh orang kafir dalam urusan agama kita. Kita juga hendaklah tingkatkan diri bahawa puasa itu syari'at orang2 terdahulu dan ia salah satu jalan kpd TAQWA. Maka puasa itu jalan taqwa, dan untuk mendapat taqwa mesti merasa beban dan susah payah dan jerit perit kelaparan. Perasaan ini akhirnya akan menghaluskan jiwa dan melemahkan syahwat. Fiqh Siyyam, Dr Qardhawi. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment