Jan 20, 2009

Tidak Mahu Syurga???

Salam

Semalam saya sempat berbual-bual pendek dengan seorang rakan di sebuah surau. Saya suka memanggilnya dengan panggilan "Tuan Mu'azin" sebab dia rajin azan di surau.

Dia menceritakan kepada saya, katanya:

" Tidak lama dulu ada seorang yang warak (mungkin pada zaman Nabi atau sahabat kot!). Namanya Mamsad Dinori (kalau tak silap sebutannya). Apabila ajalnya hampir sampai, maka ada seorang lelaki menziarahinya dan duduk di sebelah pembaringannya. Lelaki itu kemudiannya menandah tangan dan berdoa kepada Allah memohon agar Allah memberi syurga kepada Dinori yang warak itu. Tetapi Mamsad Dinori apabila mendengar doa si pengunjung tadi dia tertawa dan berkata: ` Selama 30 tahun ini syurga dipaparkan di hadapan aku dengan segala kindahan dan kenikmatannya, tetapi aku tidak memandangya barang sedkit pun/aku tak heran."

Saya hairan tetapi malu hendak bertanya kepada rakan saya itu. Saya tanyakan kepada anda tentag isi kata-kata Dinori itu tadi sebagaimana yang diceritkan oleh rakan saya.

Persoalan saya, apakah ada orang yang tidak mahukan syurga Allah ? Tidakkah orang ini jenis orang yang sombong?

Mohon komentar. Terima kasih.

Wassalam

**********
Wassalam

Jawab:

Itulah ajaran tasawwuf yg menyeleweng!

Mamsad Dinori itu sebenarnya Malik bin Dinar ra salah seorang tabi'ien yg diselewengkan kisahnya utk kepentingan kaum sufi. Tokoh2 yg lain ialah Imam Abd Qadir alJilani, Imam Hasan alBasri, Ibrahim bin Adham, dll. Banyak kisah2 mereka ini direka-reka utk menunjulkan kehebatan ajaran tasawwuf. Maksud mereka tidak memandang lagi kpd Syurga bermaksud mereka mencapai ma'rifatullah, hakikat dsbnya.
Ajaran ASWJ, syurga adalah benar dan ia adalah nikmat yg menjadi objektif hari Akhirat. WA

0 comments:

Post a Comment