Dec 29, 2008

Anak Orang Bukan Islam Kemanakah Akhirnya

Salam

Kita sedia maklum.... setiap bayi yang dilahirkan itu adalah suci.... dan jika bayi tersebut mati,... maki dia akan dikira masuk syurga kerana tiada sebarang kesalahan yg dia lakukan.... Yg saya kelirunya.... macam mana dengan bayi orang kafir? Bukan ke dia jugak takde buat aper-aper kesalahan...>?
Wassalam

--------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara VhoutenJr daripada jajahan Pasir Puteh , Kelantan D. N .

Menurut agama Islam , seseorang anak yang yang dilahirkan itu adalah suci-bersih . Suci-Bersih di sini bermakna anak itu tidak mewarisi dosa-dosa yang dilakukan oleh orang-orang sebelumnya dan anak itu juga tidak dianggap sebagai berdosa . Dalilnya adalah sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

[color=blue] Ertinya : Dari Saidina Abu Hurairah ( r.a ) beliau berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Setiap anak yang dilahirkan itu di dalam keadaan fitrah kejadiannya ( asalnya bersih-suci ) , maka kedua ibu-bapanyalah yang mencorakkannya sebagai Yahudi , ataupun Kristian ataupun Majusi “[/color] – Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1385 ) , Al-Imam Muslim rh ( 4 / 25 ) , Al-Imam Abu Ya’ala rh ( 2 / 942 & 11 / 6306 ) , Al-Imam at-Thobrani rh di dalam “ Al-Kabir “ ( 1 / 828 ) , Al-Imam al-Baihaqi rh ( 6 / 203 ) , Al-Imam as-Suyuti rh di dalam “ Al-Jamie’ as-Soghir “ ( 6356 ) dan Asy-Syeikh al-Albani rh di dalam Sahih al-Jamie’ ( 2 / 4559 ) & As-Sahihah ( 402 ) .

Ajaran sucinya seseorang anak ( bayi ) yang dilahirkan oleh seseorang manusia ini BERTENTANGAN SAMA-SEKALI dengan ajaran Kristian yang menyatakan bahawa setiap anak yang dilahirkan itu telah berdosa secara automatik . Dosa itu merupakan “ Dosa Warisan “ ( Original Sin ) yang mana ianya diwarisi oleh dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s dan Saidatina Hawa a.s ( ini menurut ajaran Kristian ).

Quote:
[color=red] Yg saya kelirunya.... macam mana dengan bayi orang kafir? Bukan ke dia jugak takde buat aper-aper kesalahan...>? [/color]

Bayi yang dilahirkan oleh orang-orang bukan Islam itu juga tidak berdosa dan tidak mewarisi apa-apa dosa . Dan mereka itu akan tetap tidak dianggap berdosa sehinggalah mereka mencapai tahap akil baligh . “ Akil “ ertinya : Berakal , manakala “ Baligh “ pula ertinya : Mencapai umur . Yang dimaksudkan dengan “ Akil Baligh “ ialah seseorang yang telah mencapai tahap umur yang memungkinkan dia berfikir secara matang dan di saat itu dia sendiri sudah boleh berfikir yang mana satu baik dan yang mana satu sebaliknya.

Jika anak-anak orang bukan Islam itu mati sebelum mereka mencapai “ Akil Baligh “ maka mereka insya-Allah tetap menjadi penghuni syurga kerana mereka di saat itu masih dianggap suci dan masih belum mencapai umur yang memungkinkan mereka untuk menanggung kebaikan ( pahala ) ataupun kesilapan ( dosa ).

****************************************
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment