Jan 23, 2009

Ketentuna Allah

ala kasiiimmmmmmm!!

Salam

Suatu bencana itu mngkin dapat dielakkan tetapi seandainyer ia berlaku, ada terdapat sesetengah individu atau saya sendiri misalnyer jika terjadi sesuatu bencana ke atas diri saya, adakah selayaknyer saya berkata

"isk..menyesal aku tak naik keta ngan anak Ngasri tu jer tadi.kalo tak takder ler kemek keta aku langgar trapik light"

ataupun ada ahli keluarga yg kata

"ala kasiiimmmmmmm!! kalo ko tak pegi ari tu tentu kao dah selamat boleh tulung urut betis mak lagi.ni terpaksa le mak beli mesin urut elektronik plak!"

tu ler..buleh ke kita cakap camtu? seolah-olah menyesal atas bencana yg berlaku dan seakan-akan mempesoalkan qada' dan qadar Allah Taala dgn berhujah kalo tak wat camtu tentu tak jadi camni, kalo tak wat camni tentu tak jadi camtu.buleh ke kita "mengkalau kalau" camtu?

dan.....

adakah mmg Allah tentukan kita ni berada di sesuatu tempat? contohnyer beradanyer saya di bawah pokok kelapa lalu buahnyer gugur terkena ibu jari kaki saya lalu bengkak.

Wassalam

**************************
kamin
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr sahidin yang sudah 6 bulan terdampar di arkib kami dengan kadar kemampuan yang ada.

(1) Kata-kata yang sdr Sahidin paparkan diatas ini merupakan scenario biasa didalam masyarakat kita, baik dulu atau sekarang. Kata-Kata seperti :"Kalau engkau tidak ikut si-Anu tu, dah tentu dapek ngelak aksiden tuuuu....", atau "you don’t deserve this / Kamu tak sepatutnya ditimpa begini". Kata-kata begini merupakan gambaran kekesalan yang berlaku, dan secara tidak langsung menunjukkan sikap tidak redha atas ketentuan Allah swt. Kata-kata ini jugak secara tidak langsung jika diucapkan dengan bersungguh-sungguh merupakan suatu kenyataan yang menafikan Qadha' dan Qadar Allah swt, merupakan salah satu dari Rukun Iman yang sewajibnnya kita mempercayainya.

Perkataan "JIKA" apabila digunakan bagi menunjukkan kekesalan, ini tidak dibenarkan. Akan tetapi, perkataan "JIKA" boleh digunakan untuk menunjukkan Kebaikkan sepertimana yang terdapat didalam ayat-ayat al-Quran. Syiekh Al-Islam Ibn Taimiyah didalam Kitab Majmu' Fatawanya ada membincangan hal ini. Beliau membahagikan masalah ini kepada dua. Katanya :

(i) Melahirkan kekesalan terhadap peristiwa dulu dan kesal atas apa yang berlaku, tidak dibolehkan. Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ كَفَرُوا وَقَالُوا لِإِخْوَانِهِمْ إِذَا ضَرَبُوا فِي الْأَرْضِ أَوْ كَانُوا غُزًّى لَوْ كَانُوا عِنْدَنَا مَا مَاتُوا وَمَا قُتِلُوا لِيَجْعَلَ اللَّهُ ذَلِكَ حَسْرَةً فِي قُلُوبِهِمْ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (munafik) yang telah kufur dan berkata kepada saudara-saudaranya apabila mereka pergi mengembara di muka bumi untuk berniaga atau keluar berperang (lalu mati atau terbunuh): Kalau mereka tinggal bersama-sama kita, tentulah mereka tidak mati dan tidak terbunuh. (Apa yang mereka katakan itu tidak ada faedahnya) bahkan akibatnya Allah menjadikan (kesan perkataan dan kepercayaan mereka) yang demikian itu: Penyesalan dalam hati mereka." - [Aal ‘Imraan 3:156]

Ini merupakan perkara yang Nabi saw melarang kita berkata sebagaimana sabda baginda didalam sebuah hadith shahih :

وإن أصابك شيء فلا تقل : لو أني فعلت لكان كذا وكذا ولكن قل قدر الله وما شاء فعل فإن - اللو - تفتح عمل الشيطان
"Jika kamu menimpa apa-apa musibah maka janganlah berkata : KALAU lah saya melakukan begitu dan begitu, maka ia tidak akan berlaku, akan tetapi katakan :'Qadar Allah dan kehendaknya berlaku (Qaddar Allaah wa maa sha’a kaan), kerana perkataan "JIKA" akan membuka amalan Syaitan"

Ia akan membuka pintu kekecewaan dan ketakutan, yang akan memudharatkan anda dan tiada munafaatnya, bahkan mengetahui apa nasib yang akan menimpa kamu, tidak mungkin dapat kamu atasinya, dan apa sahaja yang tidak berlaku kepada kamu, tidak akan dapat kamu membuat ia terjadi, sebagaimana firman Allah :-

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. " - [al-Taghaabun 64:11].

Kata mereka :

هو الرجل تصيبه المصيبة فيعلم أنها من عند الله فيرضى ويسلم .
"Itulah orang yang ditimpa musibah, tetapi mengetahui bahawasanya ia adalah dari Allah, maka ia Redha dan Tunduk patut"

(ii) Perkataan "JIKA" boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan yang bermunafaat, sebagaimana didalam ayat :-

لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
"Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. " - [al-Anbiyaa’ 21:22].

Boleh juga digunakan menunjukkan suka kepada kebaikkan, seperti perkataan "Jika aku memiliki seperti dia, aku juga boleh melakukannya". Perkataan ini dibenarkan.
Begitu juga dengan hadith Nabi saw :

ددت لو أن موسى صبر ليقص الله علينا من خبرهما
"Kalaulah Musa bersabar, agar Allah memberitahu kita lebih lagi apa yang berlaku diantara mereka", sebagaimana firman Allah swt :-

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ
"Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu)." - [al-Qalam 68:9]

Nabi saw kita berharap agar Allah swt memberitahu kita lebih mengenai cerita Musa dan al-Khidir, dan baginda menyebutnya bagi menunjukkan kesukaan kepada sabar dan natijah yang keluar darinya, dan faedah yang boleh dibawa. Tidak terdapat element kecewa atau mengabaikan kewajipan sabar atas apa yang telah di takdirkan." - (Majmu' Fatawa al-Kubra Ibn Taimiyah, 9/1033)- tamat petikan.
-------------

Begitu juga dengan perkataan yang kita sebut diatas :"you don’t deserve this / Kamu tak sepatutnya ditimpa begini" apabila melawat seorang yang terlantar kesakitan, juga mengandungi element-element negatif terhadap Takdir Allah swt. Bekas Mufti Arab Saudi didalam komentarnya terhadap perkataan ini mengatakan :-

هذا اللفظ لا يجوز ؛ لأنه اعتراض على الله سبحانه ، وهو سبحانه أعلم بأحوال عباده ، وله الحكمة البالغة فيما يقضيه ويقدره على عباده من صحة ومرض ، ومن غنى وفقر وغير ذلك .
وإنما المشروع أن يقول : عافاه الله وشفاه ، ونحو ذلك من الألفاظ الطيبة .
وفق الله المسلمين جميعاً للفقه في الدين والثبات عليه ، إنه خير مسئول .
"tidak dibenarkan lafaz begini, sesungguhnya ia seperti membantah Allah swt, Dia yang mengetahui terbaik mengenai perihal hambanya, dia lah yang Maha Bijaksana didalam Qadarnya keatas hamba yang sihat dan sakit, dari yang kaya dan yang miskin, dan begitulah seterusnya.

Sesungguhnya adalah syara' menyebut : 'Moga Allah memberikan kesihatan dan menyembuhkannya', atau baik lafaz yang seperti itu. Moga Allah membantu semua orang Islam didalam memahami agama mereka dan patut dengannya, sesesungguhnya kepada dia adalah sebaik-sebaik pertanyaan" - (Majmu' Fataawaa wa Maqaalaat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh ‘Abdul Aziz bin Baaz 8/ 421, url : http://www.binbaz.org.sa/Display.asp?f=bz01647 )

(2) Soalan sahidin seterusnya :
Quote:
adakah mmg Allah tentukan kita ni berada di sesuatu tempat? contohnyer beradanyer saya di bawah pokok kelapa lalu buahnyer gugur terkena ibu jari kaki saya lalu bengkak.

Setiap perkara yang berlaku, semuaya adalah didalam pengetahuan Allah swt. Akan tetapi Ibn Utsaimin mengatakan bahawa Qadar itu semuanya baik! Allah swt melakukan kesemua perkara dengan sebab-sebabnya, cuma manusia yang kerdil ini tidak mungkin dapat mengetahui sebab dan akibatnya. Berkata Ibn Qayyim :

إنه سبحانه حكيم ، لا يفعل شيئاً عبثاً ولا لغير معنى ومصلحة وحكمة ، وهي الغاية المقصودة بالفعل ، بل أفعاله سبحانه صادرة عن حكمة بالغة لأجلها فَعَل ، كما هي ناشئة عن أسباب بها فعل ، وقد دل كلامه وكلام رسوله صلى الله عليه وسلم على هذا

"Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana, tidak melakukan sesuatu sia-sia atau melakukan perkara yang tidak ada faedah, perbuatannya mempunyai matlamat, bahkan perbuatannya adalah hasil dari Maha Bijaksana, sebagaimana hasil dari sebab perbuatan, ini dinyatakan dari perkataannya dan perkataam Rasulullah saw"

Manusia boleh memilih dan berusaha kearah apa yang ia mahukan, dan pilihan ini juga dinamakan berubah dari satu qadar kepada qadaryang lain. Shiekh Dr Yusuf A-Qaradawi mengatakan bahawa 'mencari sebab (atau memilih) tidak menafikan al-Qadar, bahkan ia termasuk al-qadar juga'. Ada juga musibah yang ditimpa keatas manusia bukan kerana usaha dan kehendaknya, seperti contoh yang Sahidin jelaskan. Ini juga merupakan lingkungan Qadar Allah swt, yang hanya diketahui Takdirnya selepas ia berlaku. Ibn Utsaimin juga mensifatkan pengajaran yang dapat diambil dari Takdir musibah itu juga merupakan satu pengajaran yang baik, maka tidak ada suatu pun Qadar Allah swt bersifat buruk.

Anda boleh membaca seterusnya jawapan kami didalam url berikut :-

SJ-01-0015 : qadar dan qadar..
url : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=26736

==============
wassalam

0 comments:

Post a Comment