Dec 27, 2008

Adakah Jesus Christ Itu Nabi Isa as

Assalamualaikum tuan-tuan ahli panel sekalian,

Saya sering terbaca di dalam beberapa siri perbincangan mengenai Islam dengan Kristian. Dan kemusykilan saya ialah : Adakah “Jesus” dan “Nabi Isa a.s” itu individu yang sama ?.

Terima Kasih.

Wassalam wbt.


وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah, berdasarkan butiran-butiran berikut adalah merupakan jawapan-jawapan bagi setiap soalan yang diajukan menurut pengetahuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala :

“Jesus” adalah panggilan orang putih untuk Nabi Isa a.s, samalah juga mereka memanggil Nabi Ibrahim a.s (Abraham), Nabi Ismail a.s (Ishmael), Nabi Ishak a.s (Isaac), Nabi Yusuf a.s (Joseph), Nabi Yaakub a.s (Jacob), Nabi Musa a.s (Moses) , Nabi Harun a.s (Aaron), Nabi Daud a.s (David), Nabi Sulaiman a.s (Solomon) , Nabi Nuh a.s (Noah), Nabi Ayub a.s (Job), Nabi Zakaria a.s (Zachariah), Nabi Yahya a.s (John) , Nabi Yunus a.s (Jonah) dan selain mereka (‘alaihimus solatu wassalam).

(Rujuk : AKIDAH ISLAM & KRISTIAN : ms 50 , oleh Ustaz Saiyid Ismail, terbitan Pustaka Al-Mizan, Kg. Baru, K. Lumpur).

Kita memanggil mereka dengan cara yang Al-Quran Al-Karim tunjukkan (di dalam Bahasa Arab) sebagai penghormatan kepada wahyu terakhir yang diturunkan kepada Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w .

Tidaklah menjadi satu kesalahan andainya kita hendak memanggil Nabi-Nabi a.s tersebut dengan bahasa selain Bahasa Arab ANDAINYA itu tidak bertujuan untuk merendah-rendahkan martabat mereka a.s seperti untuk memudahkan berinteraksi dan berdakwah kepada non-muslim especially masyarakat Barat .

***********************

Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.

Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum..?!. Bolehkah diterangkan dengan lebih terperinci , maklumat Nabi Isa menurut Islam , dan Jesus menurut Bible skrg (New Testament), ?. terima kasih,

Post a Comment