Jan 23, 2009

Bolehkah Pakai Lebih Dari Satu Mazhab

sy dah cari kat arkib, but too much and too long.. jadi sy minta tolong kalau ade yg boleh jawab langsung atau guide sy cr arkib berkaitan dgn soalan ni..

1)boleh ke kita pakai lebih dr satu mazhab? misalnya saya yakin bahwa sentuh isteri tak batal wuduk yg tidak ada pada mazhab shafie yg sy mengaku memakainya sekarang..

2)lepas ni byk baca forum dgn dalil dan diskusi yang ok.. kat al-ahkam, islam-online, tanya ustaz, sy merasakan bahwa byk hukum fekah yg berbeza dgn apa yg sy tahu masa bljr sekolah dulu.. some ade betul-betul lain dgn details dr mazhab shafie spt yg ustazah sekolah dulu sy ckp.. sy yakin dan mahu mengamalkannya... boleh kan?

3)kunci soalan: adakah mazhab tu mutlak kena ikut 100%?..

************
thtl
Maqam 7
Jawab

Kat archive banyak isu madzhab ni, tapi tak mengapa kita ulangi dengan sepintas lalu.

1. Isu: Bolehkah pakai lebih dari satu madzhab?

Jawabnya: Orang awam atau umat Islam kebanyakan memang tidak perlu bermadzhab! Sebab kalau kita mendakwa ikut salah satu madzhab bermaksud kita kena belajar susurgalur madzhab itu, baru boleh ikut madzhab tsb.

Pendapat yang benar ialah orang awam memang tidak perlu bermadzhab. Dia hanya perlu bertanyakan orang alim yg diyakini ilmunya jika dia ada masalah agama.

Cth: Batal wudhu' jika menyentuh perempuan (isterinya)

Selama ini anda berpegang dgn pendapat yang kata batal dan anda diberitahu itu adalah versi Syafi'iyah. Tapi tiba-tiba anda menemui orang alim yg baru balik Jordan ke, dia kata tak batal dan dia beri hujahnya, maka anda pun tinggal pendapat lama dan ikut yg baru. Ini lah manhaj (cara) orang awam. Dia tak perlu tahu pun madzhab mana sebab madzhab ni banyak (lebih dari empat)

2. Apa yang anda belajar di bangku sekolah tu adalah silabus yang ditulis secara rojak dan anda tidak ada peluang untuk menilai dan apatah lagi mengukurnya dgn AQ dan Sunnah. Jika sudah terbuka peluang dan anda mendapati ilmuan2 dan website2 itu boleh dipercayai, maka sudah tentu anda boleh berpindah. Perpindahan dari ilmu bangku sekolah kepada sesuatu yg berdalil dan berrasio (reasoning) di namakan ittiba' (ikut dengan berdalil), dulu kita ikut tanpa soal, hapal untuk lulus periksa, atau ikut khinzir buta.

3. menetapkan ikut madzhab 100% itu adalah suatu bid'ah. Yang diperintahkan ialah ikut AQ dan Sunnah sahaja. Madzhab hanyalah pemudahcara kepada AQ dan Sunnah. Bagi yg menjadi pelajar fiqih, bermadzhab itu perlu utk memudahkan mereka mencapai AQ dan Sunnah, tapi orang awam yg tidak ada asas agama, mereka tidak perlu bermadzhab, memadai bertanyakan yg arif dalam agama.

(Ruj: Dr Prof alQaradawi, Muqaddimah Fatawa Mu'asirat)


Wallahu A'lam

0 comments:

Post a Comment