Jan 20, 2009

Khilafiah

saye ade satu soklan..bolehkah sesebuah kerajaan menghukum dgn sesuatu yg khilaf..comtohnya ttg bab suara wanita...ade khilaf sama ada ia aurat atau bukan..di kelantan wanita diharamkan menyanyi kerana suara mrk aurat..jd adakah berdosa jika wanita kelantan bernasyid(lagu dakwah) krn mrk berpegang kpd pendapat yg mengatakan suara bukan aurat sdgkan kerajaan negeri berpegang dgn khilaf yg lain..

******************
Salam

Ana percaya sipenanya adalah org yg sama yg bertanya kpd ana di forum yg lain. Dan ana telahpun menjawabnya di sana. Namun, ana akan pastekan jawapan ana di sini utk dikongsi bersama. Insya Allah.

----------
Dalam membincangkan persoalan ini, kita terus kpd soalan, "Apakah wajib seseorang rakyat itu patuh kpd fatwa yg telah dikeluarkan oleh pemerintah?"

dalam menjawab soalan ini, kita kena phm apakah itu fatwa dan implkasinya pada zaman ini. Saya tidak mahu membahaskan perihal fatwa secara mendalam, krn rasa apa yg dipahami oleh masyarakat awam mengenai fatwa itu sudah memadai. Apa yg saya rasa masih keliru adalah implikasinya.

Secara umumnya, fatwa dibahagikan kpd dua. Satu fatwa yg digazetkan dam dikuatkuasakan. Dan satu lagi fatwa yg tidak digazetkan. Fatwa jenis kedua ini lebih byk berbanding yg dikuatkuasakan. Utk mengenali satu2 fatwa yg telah digazetkan, kita akan dapati pada fatwa tersebut akan ada no enakmen sekian..sekian....

Bagi fatwa yg tidak digzaetkan, seseorang itu boleh utk menerima maupun menolak fatwa berkenaan. Namun penolakan fatwa itu haruslah bersebab. Bukan ikut sedap rasa. rakyat tidak boleh dipaksa utk menerima fatwa ini. Ia sekadar anjuran serta nasihat drpd mufti/ulama' kpd masyarakat.

Berbeza dgn fatwa yg digazetkan. Fatwa jenis ini mesti dipatuhi oleh rakyat. Namun ia tidak bermakna rakyat mesti setuju. ttp, walaupun tak setuju, sekiranya disabitkan kesalahan, maka rakyat itu mesti menerima keputusan hakim/pemerintah. Dalam perbincangan ini, dua kaedah fiqh perlu dibincangkan pula. iaitu:
1) Keputusan hakim dalam masalah ijtihad menghilangkan perselisihan
2) Ijtihad tidak dibatalkan dgn ijtihad yg lain.

Dalam menjaga kemaslahatan rakyat, pemimpin berhak mengawal undang2. Ini krn kepentingan umum diutamakan dari kepnetingan individu. Utk menyeleraskan serta mengelakkan kekeliruan masayrakat awam, adalah lebih baik seusatu itu diseragamkan. Maka, jika ada perkara khilaf, yg kemudiannya diambil satu pendpt yg rajih pada penilaian pemimpin dan digazetkan, maka rakyat wajib patuh kpdnya.

Persoalan lain timbul pula. Apakah pendpt lain itu perlu dibakul sampahkan? di sinilah masuk pula kaedah fiqh yg kedua di atas iaitu: Ijtihad tidak dibatalkan dgn ijtihad yg lain. Bermaksud, dalam masalah khilafiah, sekiranya satu pendpt telah dipilih, maka wajib masyarkat menerimanya. walaupun begitu, pendpt yg lain itu tidaklah terbatal. Ia tetap kekal sebagai satu pendpt. dan sekiranya pada masa hdpn, pemimpin mebuat tarjihan semula dan mendapati pednpt yg ditolak dulu lebih rajih, dia boleh mengambil pula pendpt itu.

Walaupun begitu, saya yakin, persoalan cabang fiqh yg berlaku perbezaan pendpt spt cara wudhu' serta syarat2, kaifiat solat etc, tidak akan diwartakan atau digazetkan. Ia sekadar ijtihad tarjihi. Menrima atau tidak tidak menjadi masalah.

Dalam membicarakan persoalan ini juga, perlu juga kita melihat satu lagi hukum iaitu: "apakah kadar ketaatan seseorang kpd ulul amri?"

Imam Ibn Qayyim rhm telah menulis satu bab khusus mengenai persoalan ini dalam kitabnya i'lamul muwaqi'in. Kitab ini amat penting dan berharga kpd umat Islam khususnya mereka yg terlibat dalam bidang fatwa. Dr Yusuf al-Qaradhawi ada menyebut bahawa kitab ini mesti dimiliki oleh setiap insan yg ingin berfatwa.

Ibn Qayyim rhm telah membahaskan isu ini dgn menafsirkan sebuah ayat al-Qur'an dalam surah an-Nisa' ayat 59 yg bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(-Nya), dan ulil amri di antara kamu.

Satu persoalan yg ditimbulkan oleh beliau dalam menafsirkan ayat ini adalah; apakah ulum amri yg dimaksudkan dalam ayat ini ialah ulama' ataupun umara'? Beliau mengatakan, boleh saja diertikan kedua2nya. Kadang2 ia merujuk kpd umara' dan kadangkala kepada ulama'. Dan kedua2 tafsiran ini dipetik dari dua riwayat yg berbeza drpd Imam Ahmad rhm. Namun, kpd siapapun ayat itu rujuk, hendak ketaatan itu tidak terkeluar dr perintah Allah swt. Ini diperkuatkan lagi oleh amalan khulafak ar-Rasyidin yg mana Abu Bakar ra menghukum sesuatu perkara berdasarkan ijtihadnya(setelah melalui kaedah penentuan hukum yg lain), sedangkan umar ra tidak sependpt dgnnya. Namun Umar ra akur dgn perintah/pendpt Abu Bakr ra.

Sayyid Qutb dalam tafisrnya, fi zilalil Qur'an ketika membahaskan ayat ini berpendpt seolah2 ulum amri yg dimaksudkan ialah pemimpin. Ia menjelaskan bhw pemimpin yg taat kpd Allah dan rasul sahaja yg dimaksudkan oleh ayat di atas. Ini dikuatkan lagi dgn beberapa hadis antaranya;

Drpd al-A'masy katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam hal yg makruf." [HR Bukhari dan Muslim]

Drpd Ummul Hashiin katanya bhw Rasulullah saw bersabda, "Sekiranya seorang budak diangkat sebagai pemimpinmu utk memimpin kamu dgn kitab Allah, maka dengarkan dan taatilah dia!"[HR Muslim]

Kesimpulannya, selagi ketaatan itu tidak ke arah melanggar syariat Allah dan RasulNya, maka kita taat kpdnya. WA. .

wassalam
_________________
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Terima kasih Ust Gayat diatas jawapan yang panjang lebar. Disini saya mengambil sedikit petikan dari buku Shiekh Ibn Utsaimin yang bertajuk : Perselisihan antara ulama (sebab dan persetujuan darinya) {الخلاف بين العلماء للشيخ ابن عثيمين } dimana beliau memberi panduan bagaimana sikap yang harus kita ambil terhadap khilaf pandangan ulama' :-

---------------
Jika seorang Islam itu mempunyai pengetahuan yang membolehkan beliau membandingkan pandangan-pandangan ulama berdasarkan dalil/bukti dan untuk memilih yang mana satu yang lebih benar (tarjih diantaranya), maka ia wajib melakukannya, kerana Allah memerintahkan kita merujuk kepada Al-Quran dan Hadith jika terdapat perselisihan tersebut, firmannya :

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ

"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. "[al-Nisa' :59]

Maka ia merujuk perselisihan ini kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi saw, dan apa yang kelihatan rajih (benar), berdasarkan dalil, maka sesungguhnya wajib ia mentaati dalil tersebut, dan ia boleh merujuk kepada qaul-qaul (perkataan) ulama bagi membantunya memahami dalil.

Akan tetapi jika seorang Islam itu tidak mempunyai pengetahuan/ilmu yang cukup bagi membolehkan ia mengambil keputusan atau tarjih keatas pandangan-pandangan ulama', maka ia harus kembali bertanya kepada ahli ilmu, dimana ilmunya dan keterlibatannya dengan agama yang diamanahkan, dan mengikuti nasihat atau fatwa-fatwa yang mereka berikan. Firmah Allah swt :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

"maka bertanyalah kamu kepada Ahli Ilmu jika kamu tidak mengetahui. " [al-Anbiya’ :7]

Ulama telah mengatakan bahawa :

على أن مذهب العامي مذهب مفتيه
"Mazhab orang awam ialah mazhab muftinya".

Jika pandangan mereka berbeza, maka hendaklah mengikuti mereka yang lebih dipercayai dan paling banyak ilmu pengetahuannya. Ini seperti orang yang sedang menghadapi sakit, maka dia akan mencari mana-mana doktor yang lebih dipercayai dan tinggi ilmu pengetauannya agar dia dapat pergi kepadanya, kerana doktor tesebut mempunyai kebarangkalian yang tinggi memberi rawatan yang baik jika dibandingkan dengan doktor-doktor lain. Adalah sangat penting berada didalam keadaan yang selamat didalam permasalahan agama!

Adalah tidak dibenarkan bagi seseorang islam mengikuti pandangan ulama yang bersesuaian dengan kehendaknya jika ia bertentangan dari dalil/bukti, atau mencari fatwa dari mereka yang kita rasakan lebih ringan dari segi fatwa mereka.

Maka haruslah ia berada dipihak yang selamat apabila berhadapan dengan masalah agama, dan bertanyalah ulama yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan paling takut kepada Allah.

-wallahu'alam-

Rujukan :

Shiekh Utsaimin. Al-Khilaaf bayna al-'Ulama' (Asbaabuhu wa Mawqifuna minhu). Riyad : Muassasah Utsaimin, 2001. ms 26

0 comments:

Post a Comment