Jan 23, 2009

Mandi Bunga

assalamua'laikum..saya ingin bertanya ttg perubatan tradisional...
seorg wanita yg dipercayai disihir ingin dimandikan atas tujuan utk murah rezeki dan dipermudahkan urusan jodohnya oleh seorg pengamal perubatan tradisional Islam berjantina lelaki..
utk pengetahuan ahli panel wanita ini diberitahu yg jodohnya dan rezekinya(seperti kerja) terhalang disebabkan sihir tersebut
soalan saya bolehkah wanita itu dimandikan oleh lelaki bukan muhrim tersebut atas tujuan perubatan

*********
thtl
Maqam 7
Wassalam
al-Jawab:

Isu utama bukan upacara mandian itu, tapi yang lebih utama ialah perbuatan mengunjungi bomoh dan membenarkan ramalannya. Isu utama yang dihadapi manusia ialah sempit rezki dan belum bertemu jodoh dan atas dua isu utama inilah si dukun akan mengambil kesempatan.

Larangan berjumpa dukun ialah ditegaskan oleh hadith: terjemahnya

" Barangsiapa yang mengunjungi dukun dan membenarkan apa yg diramalnya bererti ia telah KUFUR terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad." dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram, al-Qardhawi dalam syarah usyul asyrin, usyul no 4)

Kemudian kita tidak boleh berdukun (dgn Dukun) yang mengamalkan sihir jika kita terkena sihir. Syaikh Abdul Rahman Hasan alu Syaikh dalam syarh kitab Tawhid (241), tidak boleh bagi orang yang terkena sihir mengunjungi dukun yang juga menggunakan sihir. Berdasarkan larangan salaf, bahawa sihir tidak boleh disingkir dengan sihir yang lain. sekian

------------------------------------------------------------------
mandi bunga siri 2

berbalik pada tajuk urgent!!!mandi bunga..
soalan saya jadi apakah yg patut dilakukan oleh wanita yg terkena sihir tersebut mnyebabkan rezeki dan jodohnya terhalang...

****************
thtl
alJawab:

Rezki dan jodoh bukanlah berada di tangan dukun. Tidak ada kuasa sihir dapat menghalang rezki dan jodoh. Sebab rahsia mereka yang sukses, mereka adalah suatu jenis manusia yang tidak pernah kenal erti mengalah. Kegagalan bagi mereka tidak pernah dikaitkan dengan sihir. Mereka terus menyalahkan diri mereka dan terus berusaha dan berdo'a.

Jika dia buntu dan yakin terkena sihir ada tiga cara:

1. Menemui pengamal rukyah yang alim dan kuat berpegang dgn AQ dan asSunnah.

2. Pesakit boleh meruqyah dirinya sendiri berpandukan kitab2 yang terdapat dalam pasaran, antaranya oleh Dr Sa'id alQahthani, Dr Wahid Abdul Salam Bali dan beberapa buku yang diterjemah dalam pasaran buku tempatan

3. Dia hendaklah kuat berpegang dgn amalan Islam dan menjauhi bid'ah dan khurafat dalam kehidupan hariannya...sekian

0 comments:

Post a Comment