Jan 3, 2009

Apakah Rukun Syahadah

Apakah fardu dan rukun syahadah

--------

Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, terima kasih sdr Solid diatas pertanyaan tersebut dan kami akan cuba menjawabnya dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Bab rukun, fardu atau syarat Syahadah ini adalah bab mendetailkan makna kalimah syahadah atau syahadatain yang menjadi rukun terawal didalam rukun-rukun Islam. Biasanya bab-bab ini dibincangkan didalam topik Makna Laa ilaa ha illallaah dan makna Muhammadar Rasul Allah. Ulama Usul mempunyai beberapa pandangan mengenai rukun syahadah, dan diantaranya yang dapat kami simpulkan ialah :-

1. Menetapkan bahawa hanya ALLAH yang sempurna, dan berhak disembah dan tiada sekutu baginya.

2. Menyakini Nabi Muhammad saw yang membawa agama kebenaran kepada makluk Allah, termasuk Manusia dan Jin.

Makna Syahadah

Dari sini boleh kita simpulkan makna Makna Laa ilaa ha illallaah sebagai :-

فـ ( لا إله ) تنفي جميع ما يعبد من دون الله و ( إلا الله ) تثبت جميع أنواع العبادة لله وحده . فمعناها : لا معبود حقٌّ إلا الله .

"perkataan Laa ilaaha menafikan kepada semua pengabdian selain dari Allah, dan perkataan illa Allaah menegaskan bahawa semua jenis pengabdian hanya pada Allah seorang. Tiada yang berhak disembah melainkan Allah".

dan makna Muhammad Rasul Allah ialah : -

هو التصديق الجازم من صميم القلب المواطئ لقول اللسان بأن محمدا عبده ورسوله إلى الخلق كافة إنسهم وجنِّهم ، فيجب تصديقه فيما أخبر به من أنباء ما قد سبق ، وأخبار ما سيأتي ، و فيما أحل من حلال ، وحرم من حرام ، والامتثال و الانقياد لما أمر به ، والانتهاء والكف عما نهى عنه ، واتباع شريعته، والتزام سنته في السر والجهر ، مع الرضا بما قضاه والتسليم له ، والعلم بأن طاعته هي طاعة الله و معصيته هي معصية الله ، لأنه مبلغ عن الله رسالته ، ولم يتوفه الله حتى أكمل به الدين .

"percaya sepenuhnya, dari dalam hati, dilahirkan ke bibir, bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul kepada semua kejadian, manusia dan jin. Wajib membenarkan apa yang baginda khabarkan peristiwa dimasa lalu, dana apa yang baginda khabarkan perkara yang akan datang, apa perkara yang halal, mana yang haram, iaitu mematuhi dan mengikut perintahnya, menjauhi apa yang dilarang, Ittbaa' dengan Syariatnya, menuruti Sunnahnya secara rahsia dans secara terbuka, Redha dengan qada'nya dan berserah kepadanya, dan mengetahui bahawa mentaatinya adalah mentaati Allah, dan menderhakainya ialah menderhakai Allah, kerana bagindalah yang menyampaikan Risalah dari Allah, dan Allah tidak mematikan baginda sehingga baginda menyempurnakan agama, dan menyampaikannya secara jelas."

Syarat Syahadah

Disamping rukun dan definisi kalimah syahadah, ulama-ulama juga menggariskan beberapa syarat kepada kalimah syahadah ini. Diantara yang agak ringkas ialah syarat yang telah digariskan oleh bekas Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz :-

وأما شروط ( لا إله إلا الله ) فهي : العلم المنافي للجهل ، واليقين المنافي للشك ، والإخلاص المنافي للشرك ، والصدق المنافي للكذب ، والمحبة المنافية للبغض ، والانقياد المنافي للترك ، والقبول المنافي للرد ، والكفر بما يعبد من دون الله. وقد جمعت في البيتين الآتيين :
علم يقين وإخلاص وصدقك مع محبة وانقياد والقبول لها
وزيد ثامنها الكفران منك بما سوى الإله من الأشياء قد ألها

مع بيان شهادة أن محمدا رسول الله ، ومقتضاها: تصديقه فيما أخبر ، وطاعته فيما أمر ، واجتناب ما نهى عنه وزجر ، وألا يعبد الله إلا بما شرعه الله عز وجل ، ورسوله صلى الله عليه وسلم .

Syarat "Laa ilaa ha illallaah" adalah; adanya:
-Ilmu yang menafikan kejahilan(tentang Allah swt).
-Keyakinan yang menafikan keraguan.
-Ikhlas (murni dalam beribadah kepada Allah swt) yang menafikan syirik.
-Kejujuran yang menafikan dusta.
-Cinta yang menafikan kebencian.
-Ketundukan yang menafikan pelanggaran (meninggalkan perintah).
-Menerima tanpa ada penolakan.
-Menafikani semua apa yang disembah selain Allah swt.

Syarat-syarat di atas telah terangkum dalam dua bait berikut:
"Ilmu, keyakinan, keikhlasan dan kejujuran disertai cinta, tunduk dan menerimanya Ditambah lagi yang kedelapan, yaitu, pengingkaranmu terhadap segala sesuatu yang dipertuhankan selain Allah."

Adapun syahadah bahwa Muhammad saw adalah utusan Allah swt, maka : Membenarkan apa yang dikhabarkan oleh beliau, mentaati perintah beliau, meninggalkan apa yang dilarang oleh beliau dan hendaklah dia tidak menyembah Allah swt kecuali dengan cara yang disyariatkan oleh Allah swt sendiri dan Rasulnya. "

-------

Sebagai kesimpulan syarat Laa ilaaha ill-Allaah, kami mengambil bait syiar dari Sheikh Hafiz Al-Hukmi didalam syair beliau bertajuk Sullam al-Wusool:

العلم واليقين والقبـــــول ***** والانقيـاد فادر ما أقول
والصـدق والإخلاص والمحبة ***** وفقك الله لما أحبــــه

"Ilmu, yakin dan penerimaan..... Maka dengarlah apa yang saya kata"
"Kebenaran, Keikhlasan dan Kecintaan. ...... Moga Allah menolong kamu melakukan apa yang dia suka"

wallahu'alam, wassalam.
-----
Rujukan :

1. Sheikh Abdul Aziz bin Baaz. Al-Duruusu Al-Muhimmatu li'aammati Al-'Ummati. Riyad : Dar A'dhwaa' Zamzam, 2002. ms 2-3.

1 comments:

Unknown said...

Kalau boleh kita ber binbg ena kurang paham dgn jelas

Post a Comment