Jan 23, 2009

Roh Pada Bulan Puasa

Assalamualaikum...
Dulu2 anak selalu mendengar roh dikatakan akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan...
betul atau tak? tlg sertakan dengan nas.
Wassalam.

**********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Alah.

Wallahu'Alam, Tidak berjumpa dengan nas shahih yang menunjukkan bahawa roh akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan. Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak berguna lagi padanya [Fataawa Muasyarah, 1/70]. Pada hakikatnya, roh berada suatu alam yang dinamakan alam barzakh yang sudah tentu penghidupannya sangat berbeza. Sheikh Walid al-Firyaan mengatakan bahawa alam barzakh adalah jangka waktu diantara kematian seseorang dan Hari Kiamat.

Bagi Roh orang yang beriman, ia akan menerima balasan yang baik di alam barzakh. Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. Sebagaimana sabda Nabi saw :-

إن روح المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة ، يأكل من ثمارها ، والكافر تذهب روحه إلى النار
"Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka"

Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali. Kekesanan Alam Dunia kepada Alam Roh adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith sahih iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermunafaat dan anak yang soleh yang mendo'akannya. Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memunafaatkan diri mereka.
------------------------

Mengenai kesan orang yang meninggal sedangkan dia berpuasa, dalilnya terdapat didalam sebuah hadith yang sanadnya sahih menurut Syiekh NAsyiruddin al-Albani, Nabi saw bersabda :-

مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang berkata Laa ilaaha ill-Allah, menuntut akan wajah Allah dan itu merupakan perbuatan akhirnya, maka dia akan masuk syurga, dan barangsiapa yang berpuasa, menuntut akan wajah Allah dan itu merupakan perbuatan akhirnya akan masuk syurga, dan barangsiapa yang bersedakh menuntut wajah Allah dan itu adalah perbuatan terakhirnya akan masuk syurga" [Hadith Riwayat Imam Ahmad # 22813].

Ulama' mengulas hadith diatas sebagai, hanya mereka benar-benar beriman, apabila dia meninggal dunia sedangkan dia berpuasa, maka dia akan masuk syurga. WA.

Sekian, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

kalau sy slh sy mtk maaf...sy pnh trdgr kish seorg placor menolong seekor anjing yg malang,,,dan stlh itu plcor tersebut tlh mati dan di masukkn ke syurga..apkh ada kebenarn pd citer tersebut..

Admin said...

Salam,

ya hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).

sila baca penerangan Dr Asri di:

http://drmaza.com/home/?p=1191.

Post a Comment