Dec 29, 2008

Tiada Paksaan Dalam Agama

Dalam alQuran ada mengatakan tidak ada paksaan dalam agama. Alasan inilah yang digunakan oleh sesetengah pihak yang enggan mengambil tindakan keatas orang Islam yang murtad di negara ini. Adakah kaedah ini bertepatan dengan kehendak maksud alQuran tersebut.

----------
Jawab:

Benar sekali: la ikraha fiddin itu adalah 2:256. Ia digunakan oleh umara' yg jahil dan ulama' yg su' atau lemah. Menurut Ibn Abbas ra, ayat ini diturunkan kepada Yahudi dan nasara di medina bukannya kepada penduduk Islam Medinah. Maknanya jika ayat ini utk penduduk Islam, bermaksud Nabi saw tidak menjaga umat Islam dan membiarkan mereka murtad (na'uzubiLlah)

Malaysia tidak ada peruntukan Akta Murtad kerana ia bercanggah dgn Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana akta Murtad tidak ada, maka ayat (tidak ada paksaan dalam agama) ini tidak boleh digunakan utk umat Islam. Jika soal kewarganegaraan (citizenship), semua negara begitu keras dan tegas, maka Islam juga amat keras dan tegas dalam isu agama. Agama bukan isu main-main, jika sudah menjadi warga Islam, maka dia kena patuh pada ajarannya, sbgmn seorang warganegara patuh pada perundangan negara tsb. (Ruj:M. Jamil Zeenu, Tanbihat) WA

0 comments:

Post a Comment