Dec 27, 2008

Tidak Mengerjakan Salah Satu Rukun Islam

Assalamualaikum ....

Berikut adalah Rukun Islam untuk menjadi umat Islam

-Mengucap 2 kalimah syahadah,
-Menunaikan amalan 5 solat fardhu,
-Berpuasa di bulan Ramadhan,
-Mengeluarkan Zakat,
-Mengerjakan Haji di Baitullah, Mekah.

Berikut pulak adalah rukun Iman untuk menjadi umat Islam

6 perkara Rukun Iman itu ialah;

-Percaya kepada Allah
-Percaya kepada Malaikat
-Percaya kepada Kitab
-Percaya kepada Rasul
-Percaya kedatangan Hari Kiamat
-Percaya bahawa (Qadar) baik dan (Qadar) jahat adalah dengan kehendak dan ketetapan Allah s.w.t

JADI SOALAN SAYA :

1. Jika si polan itu tidak menunaikan salah satu rukun rukun di atas ... KUFURkah dia? Contohnya dia tidak mahu/malas/ tidak pernah bersolat dan berpuasa ... adakah terbatal Islamnya?

2. Dan bagaimana pula yang tidak mahu melaksanakan hukum-hakam Allah dalam perundangan ... adakah ianya bermakna KITA telah menolak Al-Quran dalam rukun Iman?

Wassalam. :confused:

_________________

Masalah takfir atau mengkafirkan seseorang muslim adalah isu besar. Ia berlaku sejak dulukala, terutama oleh aliran Khawarij, Syi'ah, Muktazilah yg amat mudah menjatuhkan hukum kafir pada seseorang yg sudah mengucap dua kalimah syahadah.
Oleh itu Imam alMursyid Hasan Albanna rh, pengasas gerakan Islam (harakah Islamiyah) yg layak dicalunkan Bapa Gerakan Islam pasca Uthmani menggariskan 20 dasar-dasar membina kefahaman yg jitu dan pada Usyul yg ke 20, alImam meletakkan isu takfir (kafir-mengkafir sesama muslim).

Imam Albanna memberi amaran, isu takfir adalah isu yg berat dan amat merbahaya dan tidak boleh secara wewenang dikafirkan seorang muslim yg lain hanya berdasarkan maksiat yg dilakukan, bahkan mestilah melalui bukti yg kuat dan terang-terangan.

1. seorang yg tidak solat atau tidak melakukan salah satu rukun-rukun Islam tidaklah kafir selagi mana ia tidak mengingkari kefardhuannya. Tidak dinafikan meninggalkan rukun2 itu adalah suatu tindakan kekufuran tapi ia menjadi kafir yg sah setelah menafikan dan enggan bertaubat. Kufur dan menjadi kafir ini dua isu yg berbedza. Jawapan ringkas: meninggalkan solat itu suatu tindakan kufur, tapi ia tidak kafir selagi mana ia tidak menafikan kefardhuannya. Inilah pendapat jumhur. (Risalah Ta'alim)

2. Begitu juga sesiapa yg enggan melaksakan hukum2 alQur'an, hukum riddahnya (murtad) itu bergantung kepada lisan mereka, alasan mereka kenapa mereka tidak mahu melaksanakan. Jika mereka menyatakan hukum itu sudah kolot dan tidak adil, maka riddahlah (murtadlah ia), maka ia perlu ditukar atau dijatuhkan jika ianya sebuah kerajaan. menjatuhkan kerajaan dan menaikkan kerajaan yg lain memerlukan kekuatan baik dalam bentuk kuasa rakyat, kuasa peti undi, atau revolusi (Qardhawi, Jarimah Riddah dan Fatawa Mu'asirat)

0 comments:

Post a Comment