Jun 8, 2010

Apa Maksud Mujaddid?

Postby Guest »

:salam

apakah itu mujadid?
dan apakah kriterianya?

boleh panel menyenaraikan tokoh-tokoh mujadid untuk 5 kurun terkini?

maaf menyusahkan

:wassalam


************************************
Postby kamin »

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Mujaddid merujuk kepada individu yg dikatakan muncul pada setiap abad didalam kalender Islam dan tugasnya membangkit Islam, membersihkan Islam dari dinodai oleh unsur-unsur bid'ah, kurafat dan sebagainya. Kemungkinan mujaddid ini seorang Khalifah, Raja, Wali, Ulama', atau sesiapa sahaja yang mempunyai kriteria-kriterianya. Didalam hadith riwayat Abu Hurairah ra, sabda Nabi :saw :-

ان الله تعالى يبعث لهذه الامة على رأس كلّ مائة سنة من يجدد لها دينها
"Sesungguhnya Allah akan menghantar setiap permulaan 100 tahun seseorang kepada Ummah yang akan (Tajdid) mengembali kegemilangan Agama mereka" [Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, Hakim didalam Mustadrak dan al-Baihaqi didalam al-Ma'rifah].

Beberapa kualiti Mujaddid yang boleh diringkaskan :-

- Mujaddid tidak semestinya Mujtahid
- Mujaddid hendaklah dari kalangan Ahli Sunnah wal Jama'ah
- Mujaddid mestilah seorang Alim didalam Agama
- Mujaddid hendaklah seorang ulama' yang terkemuka pada zamannya
- Mujaddid ialah seseorang yang berkhidmat untuk agama; Allah dan Rasul keutamaanya.
- Mujaddid tidak gentar dengan tentangan penentang dan pemerintah
- Mujaddid tidak takut bercakap benar didalam semua situasi
- Mujaddid hendaklah seorang yang warak

Berikut adalah senarai kemungkinan nama ulama' yang di kata Mujaddid, dari kurun pertama sehingga lima :

Abad pertama :

- Umar bin Abdul Aziz (682 - 720)
- Abu Hanifa al-Nu'man (699 - 720)
- Ibn Sirin (abad ke 8)

Abad kedua :

- Muhammad ibn Idris al-Shafi`i (767 - 820)
- Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737)
- Malik ibn Anas (715 - 796)
- Muhammad bin Hassan Shaibani

Abad ketiga :

- Ahmad ibn Hanbal (780 - 855)
- Abu al-Hasan al-Ash'ari.

Abad keempat :

- al-Baihaqi
- Tahtaawi
- Abu Haatim Raazi

Abad kelima :

- Abdul-Qadir Gilani
- Al-Ghazali (1058–1111)

Sekian, wassalam

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum

apakah hukumnya kita percaya pd kewujudan wali ??

apakah benar wali itu boleh masuk ke dalam tubuh manusia lalu berkomunikasi

sy muskil disini..sy tau malaikat jg ghaib..dan kite perlu percaya kewujudan nya.

tp wali itu??adakah dia same seperti malaikat?

sy mtk soalan sy dijawab..atas sbb sy tkt percaya pd yg salah..

Admin said...

w'salam

Wali adalah manusia biasa yang diberi beberapa keistimewaan oleh Allah. Hanya Allah yang sahaja yang menentukan siapa yang diangkat sebagai wali hasil dari taqwa dan ketinggian ilmu agama seorang manusia.

Sebagai manusia biasa wali tidak sama dengan malaikat. Wali tidak ghaib dan mati seperti manusia biasa macam kita, setelah meninggal dia tidak akan dapat kembali ke dunia. Tidak ada roh manusia yang mampu dan boleh masuk kedalam jasad manusia yang lain yang masih hidup atau yang sudah mati, itu semua kerja syaitan dan jin, hanya jin dan syaitan yang diberi kebolehan mampu masuk ke dalam jasad manusia dengan jalan SIHIR dan menyamar sebagi wali untuk menipu dan menyesatkan manusia.

Jangan mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan. WA.

Post a Comment