Jan 3, 2009

Iktikad AWSJ Oleh Sirajuddin Abbas

Salam,

Saya nak tau pandangan ustaz tentang buku I'itiqad ASWJ, karangan K.H Siradjuddin Abbas. Buku itu menerangkan bahawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah dari golongan Kaum Musyabbihah. Keterangan ini saya tolak kerana tidak ada nash bahawa Ibnu Taimyiah dari golongan tersebut. Apakah pandangan ustaz tentang buku ini? Boleh kah kita percaya bulat² kandungan buku ini, seperti keterangan Sejarah Syiah, Khawarij, Musyabbihah dan lain² lagi. Sekian. Syukran. Salam

---------

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara lucky tool di atas soalan tersebut .

BUKU IKTIQAD ASWJ :

Buku “ IKTIQAD AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH “ adalah di antara beberapa karya terkenal yang dihasilkan oleh seorang ulama’ Indonesia : K.H Sirajuddin Abbas ( rh ) . Selain daripada buku itu , buku “ 40 MASALAH AGAMA “ juga turut sama ditulis oleh beliau dan dicetak oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu sekitar 20 tahun dahulu .

Alhamdulillah , saya sendiri berpeluang menatap kedua-dua buku tersebut di perpustakaan peribadi ayahanda saya yang tercinta .

Kedua-dua buku tersebut tidak lain dan tidak bukan melainkan satu kesinambungan perdebatan yang panjang-lebar dan hangat di antara apa yang dinamakan sebagai : “ KAUM TUA “ Vs “ KAUM MUDA “ .

Di nusantara ( Alam Melayu ) , kebanyakan yang membaca tulisan-tulisan K.H Sirajuddin Abbas sudah tentu akan membenci tulisan-tulisan Almarhum Ustadz A. Hassan ( Kiyai Hassan Bandung ) ~ salah seorang ulama’ besar Indonesia yang dianggap mewakili kem “ Kaum Muda “ ~ dan begitulah sebaliknya yang terjadi bagi sesiapa yang minat tulisan-tulisan Ustadz A. Hassan akan membenci pula K.H Sirajuddin Abbas .

Bagi kami di al-Ahkam Online , kami TIDAK MENYEBELAHI kepada kedua-dua golongan . al-Ahkam Online bukanlah “ KAUM TUA “ ataupun “ KAUM MUDA “ walaupun kami yakin bahawa kesemua ahli syurga itu nanti semuanya muda-muda belaka .

Bagi al-Ahkam Online : Kami lebih suka menapis dan mengambil yang terbaik dan yang lebih benar , tidak kira daripada mana sumbernya . Kerana kami lebih mengutamakan kebenaran hujjah dan pegangan , bukannya semata-mata siapakah individu yang berkata.

MENYERANG MENGGUNAKAN FITNAH MUSUH ? :

“ Serangan “ kepada Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Taimiyah rh BUKANLAH SATU BENDA YANG BARU , malahan telah terlalu lama sehingga hampir reput kesemua tuduhan dan serangan terhadap beliau rh .

Yang lebih menghairankan ialah apabila beliau rh diserang oleh pihak yang tidak suka kepadanya , kesemua serangan itu berdasarkan tulisan-tulisan musuhnya , BUKANNYA daripada tulisan-tulisan beliau sendiri .

Inilah juga yang berlaku ke atas Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab rh yang dianggap sebagai “ PENGASAS GERAKAN WAHABI “ . Kesemua buku yang digunakan untuk “ menghentam “ beliau adalah hasil tulisan musuh-musuh ketatnya .

Tapi kenapa pula si penyerang ini TIDAK MEMBUKA SENDIRI kitab-kitab yang ditulis sendiri oleh al-Imam Ibnu Taimiyah rh ataupun Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab rh ??? .

Kalau ada seseorang yang mahu mengenal Islam , adakah patut dia mempelajari mengenai Islam berdasarkan tulisan musuh-musuh Islam terlebih dahulu daripada apa yang ditulis oleh sarjana-sarjana Islam itu sendiri !? .

Apakah ini manhaj ( metode ) keilmuan yang sebenar yang diajar oleh Islam !?? .

Dan inilah yang berlaku ke atas kebanyakan ulama’ tersohor rh dan para pendakwah Islam rh dahulu – kini – selamanya !!! .

Kami mencabar sesiapa sahaja yang bersikap BERMUSUH BERMATI-MATIAN terhadap kedua-dua tokoh besar ini agar membaca – mengkaji – menghidangkan kembali apa yang mereka temui di dalam karangan-karangan asal yang ditulis oleh kedua-dua tokoh itu sendiri ,BUKAN apa yang ditulis oleh musuh-musuh mereka berdua !!! .

Kami bukanlah “ pemuja “ Ibnu Taimiyah rh ataupun Ibnu Wahhab rh , dan kami tidak pernah juga mendakwa mereka mempunyai “ sifat maksum “ sehingga tidak boleh dikritik .

Yang kami mahu ialah “ KEADILAN TERHADAP PARA ULAMA’ ISLAM “ ! .

TOK GURU JADI HUJJAH TERTINGGI ? :

Orang yang memusuhi Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rh dan juga Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahhab rh tentu akan menjawab : “ Hai ! , dah tok guru kami kata dia sesat , dah tentulah dia sesat . Nak kaji apa lagi? , adakah kamu lebih ‘alim drp Ibnu Batutah ataupun drp Syeikh Zaini Dahlan ? “ .

Kalau itulah hujahnya , maka ini samalah dengan hujah si muqallid buta ( orang yang bertaqlid buta ) yang menggunakan hujah terakhirnya : “ Hai ! , dah tok guru aku kata yang ini boleh , kau nak lawan lagi ke ? . Apakah engkau lagi alim daripada tok guru aku ??? “ .

Kalau “ main hujah “ sebegini , sampai kiamat pun tak akan berakhir dan ditemui penyelesaiannya . Kerana itulah di dalam al-Quranul Karim dan as-Sunnah banyak nas yang mewajibkan kita menjadikan kedua-duanya sebagai SUMBER PERUNDANGAN , SUMBER RUJUKAN UTAMA dan seumpamanya , lebih-lebih lagi apabila kita ~ sesama umat islam ~ ini berselisih faham .

Kalau “ main hujah “ guru aku kata begini , guru mu kata begitu , memang tak selesailah jawabnya setiap kemelut umat ! .

Orang yang menghentam kembali Ibnu Batutah dan Syeikh Zaini Dahlan pun akan berhujah : “ Dah Imam Ibnu Katsir , Imam al-‘Asqolani , Ibnu Atsir , Imam Zahabi sendiri tak pernah kata Ibnu Taimiyah begitu dan Ibnu Wahhab begini , apakah tok guru engkau lebih alim daripada para ulama’ yang aku sebut tadi ??? “ .

Memang takkan selesai kalau semua pakai hujah “ TOK GURU AKU , TOK GURU ENGKAU “ !!! .

Yang paling malang , ada juga di kalangan yang bergelar MAHASISWA / I di IPT Islam di tanah air ataupun di luar yang masih berpegang kepada manhaj TAQLID BUTA dan berhujjah : “ Tok Guru aku cakap gini ………tok guru engkau cakap gitu “ .

Kalau inilah sikap sebahagian yang bergelar MAHAsiswa/i maka apatah lagi dengan yang bukan MAHAsiswa / i !!?? .

Kalau inilah sikap juga sikap mereka yang bergelar MAHAsiswa/i , LEBIH BAIK mereka tak perlu datang belajar jauh-jauh di “ menara gading “ , tak perlulah buang duit mak-bapak ( PAMA ) , duit kerajaan , duit sumbangan orang kampung sebab pemikiran taqlid buta dan “ tok guru aku , tok guru engkau “ inilah hanyalah sikap budak-budak tadika !!! .

Apa perlu susah-susah belajar dalil itu dan ini , hafal pendapat imam itu dan imam ini , hafal matan itu dan ini , kaji pula syarahnya , hasyiahnya , mutammimahnya , takmilahnya ??? .

Apa guna belajar Perbandingan Fiqh , Adab al-Ikhtilaf , Usul-Fiqh , Mustolah Hadis dsbgnya kalau dah memang otak itu “ disetting “ untuk TAQLID BUTA sepanjang masa …dulu – kini – selamanya !!! .

Mahasiswa/I ini sepatutnya faham apakah ertinya belajar di Universiti / Pusat-Pusat Pengajian Tinggi , kalau tak faham LEBIH BAIK mereka belajar di surau-surau aje , angguk ke semua yang dikatakan oleh si tuan –tuan guru tanpa perlu tanya di manakah dalilnya dan kitab apakah yang digunakan !!! :adus

Para Ulama’ , Para Pensyarah dan Tuan – Tuan Guru kita adalah WASILAH dan ALAT yang menunjukkan kita jalan ilmu , akan tetapi kata-kata mereka semua BUKANLAH MUKTAMAD 100 % sehingga perlu dipegang “ kemas-kemin “ seperti berpegang kepada al-Quranul Karim dan as-Sunnah as-Sahihah .

SIKAP PARA ULAMA’ DI DALAM MENILAI IBNU TAIMIYAH RH :

Pernah salah-seorang tuan guru saya , al-Fadhil Tuan Guru Hashim Abdul Ghani daripada Kuala Pilah , Negeri Sembilan NS menyemak kembali kesemua fatwa al-Imam Ibnu Taimiyah rh yang berjumlah 37 jilid tebal itu untuk memastikan apakah betul ataupun tidak Ibnu Taimiyah rh pernah berkata bahawa : “ Allah Azza Wa Jalla turun ke bumi ini setiap malam sebagai mana aku sekarang turun daripada mimbar ini “. Namun sayangnya tidak ada langsung ayat-ayat yang boleh membawa kepada maksud itu .

Dan para pensyarah Universiti dan tuan-tuan guru pondok ( Baba ) dan pak-pak kiyai pesantren di Malaysia sendiri , ataupun di Selatan Thailand dan Indonesia sendiri ada di kalangan mereka yang “ terpaksa menyemak kembali “ tulisan-tulisan al-Imam Ibnu Taimiyah rh untuk “ DIADILI KEMBALI “. Namun hasilnya mereka juga akur bahawa tuduhan-tuduhan itu semua adalah FITNAH ke atas beliau rh .

Mungkin ada yang masih tak berpuas hati akan berkata pula : “ Dah kesemua pensyarah dan tuan-tuan guru itu adalah WAHABI apa ndak heran , dah tentulah diorang akan memuji Ibnu Taimiyah dan juga Ibnu Wahhab ! “.

Dan kalau inilah hujah mereka yang masih “ ketegar “ itu , maka kami mencabar mereka untuk membuktikannya berdasarkan METODE KEILMUAN DAN DISIPLIN ILMIAH sebagaimana cabaran Allah Ta’ala kepada kaum Yahudi dan Kristian :

وَقَالُواْ لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلاَّ مَن كَانَ هُوداً أَوْ نَصَارَى تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُواْ بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ

Ertinya : “ Dan ( Orang-orang Yahudi dan Kristian ) berkata : Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang Yahudi ataupun Kristian sahaja . Itu hanyalah angan-angan kosong mereka . Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad : Tunjukkanlah bukti kamu , jika kamu orang-orang yang memang benar !!! “ ~ ayat 111 , Surah al-Baqarah .

PENAFIAN TERHADAP TUDUHAN IBNU BATUTAH :

Di bawah ini adalah satu artikel yang ditulis oleh al-Fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil HafizahulLah ( ha ), seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Lanjutan ( Master ) di salah-sebuah pusat pengajian di Jordan .

Artikel yang ditulis oleh beliau ha adalah ibarat “ pedang yang terhunus “ ke atas setiap para penyerang al-Imam Ibnu Taimiyah rh .

Silalah baca dengan jiwa yang tenang dan dada yang lapang . Janganlah pula dibaca dengan jiwa yang sedang panas membara dengan “ api permusuhan “ dan “ bara kemarahan “ .

Mudah-mudahan kita “ tidak meraba-raba di dalam keadaan hari yang terang-benderang disirami cahaya mentari yang terik “ ! .

Sila Baca :

MITOS REHLAH IBNU BATUTAH MENGENAI IBNU TAIMIYAH
Oleh : al-Fadhil Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ( Jordan )
http://hasrizal.tripod.com/article/mitosbatutah.htm

Semoga saudara lucky tool dapat menegakkan kebenaran dengan ilmu-ilmu yang dimiliki dan maklumat-maklumat yang diperolehi ini :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment