Dec 27, 2008

Patung Mainan Malaikat Tak Masuk Rumah

assalamualaikum,
di sini saya masih mempunyai kemusykilan tentang status kebenaran pendapat yang mengatakan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang menyimpan patung(e.g hello kitty dll). Ramai yang menegur saya terutama pada bulan ramadan agar meletakkan patung tersebut diluar rumah bagi membolehkan malaikat masuk ke dalam rumah. Adakah pendapat ini benar ? harap ustaz boleh jelas. sekian terima kasih.


Jawab:

Kita sudah pun menjelaskan dengan kuat pada jawapan SJ-1750;
kita sudahpun memberikan hadisnya (riwayat Muslim dari Aisyah ra) mengenai Aisyah yg bermain dan menyimpan patung dan boneka dan Nabi saw tidak memarahinya.
Kita sudahpun menjelaskan pendapat fuqaha' dan mufti terkenal mengenai perbedzaan patung: ada patung yg diukir untuk dikuduskan atau disucikan (spt patung Jesus, patung Lord Buddha, Lord Ganesh dsbnya atau patung tokoh-tokoh kufur spt Mao, Lenin, etc) dan patung yg dijadikan permainan.
patung jenis pertama haram mutlak, sedangkanpatung permainan itu Harus.

Jika anda masih minat kepada pendapat yg keras yg mengharamkan semua patung, terpulanglah kepada anda. Itu mungkin baik buat anda dan menghapuskan was-was dan segala kesangsian anda. Manakala tugas kami diAhkam menjelaskan dan memilih pendapat yg rajih dan terkuat dan yg tidak memberatkan orang awam dan menjadikan agama itu suatu keluasan dan kemudahan. Jika anda ingin memilih pendapat yg keras, yakni haramnya semua patung termasuk patung mainan kanak2, maka kami tidak menghalangnya. Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment