Jan 23, 2009

Percanggahan Hadis Dan Quran

ana ada kemusyikilan,

apabila ada sebuah hadith rasul saw yg sahih,bertembung atau bercanggah dengan al-quran,adakah secara automatik hadis itu akan ditolak dengan al-quran..?ataupun hadith itu akn dterjemahkan selari dengan maksud al-quran..?kenapa pula boleh terjadinya percanggahan hadith nabi yg sahih dengan quran padahal ia bersumber dariNya belaka..?


contohnya hadith berkenaan janagan menampar manusia lain dimuka kerana allah mnciptakan atas imejnya....mana mungkin ini boleh terjadi kerna dalam quran telah,menyatakn bahawa allah tiada menyerupai sesuatu...
kenapa terjadi percanggahan sebegini..?

***********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anakanda alhakim dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebenarnya tidak ada sebarang percanggahan diantara hadith2 yang sahih dengan ayat2 al-Quran al-Karim. Terdapat pihak2 tertentu yang cuba membangkit2kan perkara tersebut agar umat Islam merasa ragu akan kesahihan hadith2 tersebut. Golongan2 ini seperti golongan orientalis, sekular, anti-hadith (GAH) atau al-Quran alone, Kritain, Islam Liberal, Syiah Rafidhah yang sengaja menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat agar masyarakat menolak beberapa hadith atau menolak hadith2 secara total. Mereka2 ini mempunyai agenda2nya yang tersendiri seperti :

a. GAH akan menimbulkan kekeliruan ini bagi menunjukkan bahawa hadith2 tidak boleh dijadikan sumber syariat Islam. Cukup dengan al-Quran semata2.
b. Pihak Orientalis dan sekular cuba menggambarkan pribadi2 yang tidak benar mengenai Nabi saw lantas umat2 Islam akan menolak hadith sebagai sumber syariat.
c. Pihak Kristian yang anti-Islam akan cuba menjelaskan beberapa fakta2 yang dikatakan bercanggah al-Quran dan hadith dari kaca mata ilmu2 moden; contohnya ilmu perubatan, seperti hadith mengenai kencing unta. Begitu juga mereka cuba menimbulkan beberapa fakta2 yang mengelirukan seperti pada Allah menjadikan langit & bumi 2 hari dan ada surah yang 6 hari.
d. Golongan Syiah Rafidhah pula akan mengambil kesempatan menolak hadith2 yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra. dsb.

Agenda2 diatas ini merupakan contoh cebisan2 yang tidak sampai 10% mengenai sebab2 mereka menimbulkan persoalan bahawa terdapatnya percanggahan2 diantara al-Quran dan al-hadith (التناقض القرآن و الحديث). Kesemuanya disebabkan oleh perasaan dengki yang ditiupkan oleh musuh Islam dan Jemaah Sunnah wal Jama'ah.

Pada dasarnya, hadith2 sahih yang datang dari Nabi saw merupakan perintah2 yang datang dari Allah juga. Firman Allah swt:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى. إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى.
"Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. "[surah al-Najm : 3-4]

Menurut Prof Dr Syarif Mahmoud al-Qadhaah, pensyarah Kuliyah Syariah Universiti Jordan :

وكلمة "هو" هنا تعود إلى "ينطق" والمعنى : ليس نطقه صلى الله عليه وسلم إلا وحيا من الله تعالى، وهذه الصيغة من صيغ الحصر، فكل ما يقوله صلى الله عليه وسلم قرأنا أو حديثا فهو من الله تعالى، لكن القرآن الكريم أوحي باللفظ والمعنى، والحديث أوحي بالمعنى فقط.
"Perkataan 'Huwa/Dia' merujuk kepada 'yanthiq/sebutan' dan maknanya : bukanlah sebutan/perkataan saw melainkan yang diwahyukan dari Allah swt, dan 'sighah/perkataan' ini dari perkataan Allah, maka segala apa yang dikatakan oleh Nabi saw samada al-Quran atau hadith maka ia datang dari Alalh swt, akan tetapi al-Quran al-Karim datang dengan LAFAZ dan MAKNA, manakala a-hadith pula diwahyukan didalam bentuk MAKNAnya sahaja" [al-Manhaaj al-Hadith fi 'uluum al-Hadith, ms : 13]

Maka dengan ini, kita berpegang bahawa tidak terdapat sebarang percanggahan diantara isi kandungan al-Quran dengan hadith Nabi saw, kerana sumbernya sama, ialtu Allah swt.

--------------------
Hadith yang menyatakankan Allah swt mencipta Adam didalam bentuk imejnya dan larangan menampar muka seseorang merupakan hadith2 yang sahih yang perlu kita imani. Berikut adalah hadith2nya :-

Dari Abu Hurairah ra :-

: خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا
"Allah menjadikan Adam keatas imejNya dan panjangnya adalah 60 cubit......" [Hadith Riwayat al-Bukhari 6227 dan Muslim 2841].

Dari Abu Hurairah ra :-'

إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ
"Apabila seseorang berlawan dengan saudaranya, maka elakkan dari muka, kerana Allah menjadikan Adam keatas imejNya"

Ulama' sepakat menyatakan bahawa dhamir (pronouns) 'HU' merujuk kepada Allah swt. Persoalannya, apakah hadith2 ini bertentangan dengan firman Allah swt :-

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) "[Al-Syura : 11]

Sudah tentu bagi kita yang berpegang kepada pandangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah akan merasakan penggunaan surah/gambar atau imej yang dikembalikan kepada Allah dan imej yang dikembalikan kepada Nabi Adam didalam hadith diatas pasti tidak sama. Maka tidak timbul percanggahan disitu. Kerana yang sama adalah penggunaan istilahnya; Allah Maha Mendengar, manusia juga mendengar, tetapi cara mendengar manusia berlainan dengan Allah swt, dan yang pasti kita dilarang membayangkannya. Begitu juga dengan sifat IMEJ Allah, manusia yang bernama Adam juga mempunyai Imej,. akan tetapi kedua2nya tetap tidak sama. Malahan haram bagi kita menggambrakan imej Allah swt. Perhatikan kata2 Imam Malik :

الكيف منه غير معقول , والاستواء منه غير مجهول , والإيمان به واجب والسؤال عنه بدعة
"Persoalan BAGAIMANA bukanlah munasabah (not reasonable), Istiwaa' tidaklah diketahui, beriman dengannya adalah Wajib, Menyoalnya adalah bid'ah"

Pada dasarnya, hendaklah kita menerima perkataan ImejNya sepertimana yang Dia (Allah) nyatakan.

Mesejnya : Kita mengenal sifat2 dan Nama2 Allah sebagaimana Dia (Allah) memperkenalkan kepada kita (melalui al-Quran atau al-hadith). Dengan kata lain, kita tidak boleh memandai2 mencipta Nama2 atau istilah bagi Allah swt. Dalilnya : "Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) "[Al-Syura : 11].

Mengakhir perbincangan ini, saya ingin memetik persoalan yang sama, yang telah dijawab oleh bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:-

الحديث ثابت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : " إذا ضرب أحدكم فليتق الوجه فإن الله خلق آدم على صورته" وفي لفظ آخر : " على صورة الرحمن " وهذا لا يستلزم التشبيه والتمثيل .
والمعنى عند أهل العلم أن الله خلق آدم سميعا بصيرا ، متكلما إذا شاء ، وهذا وصف الله فإنه سميع بصير متكلم إذا شاء ، وله وجه جل وعلا .
وليس المعنى التشبيه والتمثيل ، بل الصورة التي لله غير الصورة التي للمخلوق، وإنما المعنى أنه سميع بصير متكلم إذا شاء ومتى شاء ، وهكذا خلق الله آدم سميعا بصيرا ذا وجه وذا يد وذا قدم ، لكن ليس السمع كالسمع وليس البصر كالبصر ، وليس المتكلم كالمتكلم ، بل لله صفاته جل وعلا التي تليق بجلاله وعظمته ، وللعبد صفاته التي تليق به ، صفات يعتريها الفناء والنقص ، وصفات الله سبحانه كاملة لا يعتريها نقص ولا زوال ولا فناء ، ولهذا قال عز وجل : ( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ) الشورى / 11 ، وقال سبحانه : ( وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ ) الإخلاص / 4
"Hadith ini sahih dari Nabi saw, dimana beliau berkata 'Apabila seseorang berlawan dengan saudaranya, maka elakkan dari muka, kerana Allah menjadikan Adam keatas imejNya'. Menurut versi yang lain: "KeAtas Imej al-Rahman". Ini bukan bermakna meniru atau merupai (Tasybih dan Tamthil). Maksudnya menurut ulama' adalah, Allah mencipta Adam dengan keupayaan mendengar dan melihat, dan bercakap apa yang kehendaki. Ini juga merupakan sifat Allah, dimana dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan dia Maha Berkata2 apabila dia kehendaki, dan dia mempunyai wajah/imej.

Tetapi ini tidak bermakna bahawa adanya persamaan atau merupainya. Malah Imej/wajah Allah berbeza dengan ciptaannya. Maknanya dia Maha Mendengar, Maha Melihat, dan berkata2 bila dia kehendaki, dan dia mencipta Adam yang boleh mendengar dan melihat, dengan wajah/imej, tangan dan kaki. Akan tetapi pendengar manusia bukan sebagaimana Allah, Melihatnya bukan sebagaimana Allah Melihat, Cakapnya bukanlah sebagaimana Allah berkata2. Malah Allah mempunyai sifat yang mengambarkankan kesempurnaannya, dan manusia mempunyai sifat yang sesuai dengannya, mengambarkan tidak sempurnanya manusia, dimana Sifat Allah sempurna, tidak ada kecacatan, tidak berhujung dan tidak berakhir.

"Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) "[Al-Syura : 11]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya" [al-Ikhlas : 4]" [Majmu' fataawa Ibn Baaz, 1/316]

-------------
Kesimpulannya, tidak ada percanggahan diantara al-hadith dan al-Quran, kerana sumbernya adalah dari Allah swt jua. Sifat Allah maklum, dan begitu dengan sifat manusia. Akan tetapi bertanyakan bagaimana sifat Allah adalah perkara yang dilarang. Tauhid ini yang dikenali sebagai Tauhid Asma wa Sifat; Kita kenal sifat Allah sebagaimana Allah memperkenalkan kepada kita (melalui al-Quran dan ad-hadith).

-----------------
Rujukan :

1. Prof Dr Syarif Mahmoud al-Qadhaah. al-Manhaaj al-Hadith fi 'uluum al-Hadith. Kuala Lumpur : Muasasah al-Bayan, 2003.

2. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fataawa Samaahah al-Syiekh susunan : Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar [dan] Syiekh Ahmad bin Baaz. Riyad : Dar al-Watan, 1996.

0 comments:

Post a Comment