Dec 29, 2008

Beza Berubat Dan Mengubah Ciptaan Allah

Ana ada kemusykilan ni....

Apakah hukum sebenar pembedahan plastik? Yg Ana dok dengar sebelum ni... HARAM... sebab mengubah ciptaan Allah... Tapi baru-baru ni keluar dalam s/kabar Mingguan- bhgn KESIHATAN yyg memfokuskan kerjaya seorang doktor dalam bidang pembedahan plastik ni... Dia kata tak mengapa sebab bukan nak mengubah ciptaan Allah... sekadar ingin membaiki bhgn tubuh badan yang rosak.. misalnya... mangsa kebakaran...dsb... Jadi... macam mana ni al-Ahkam?

Lagi satu... kalau pembedahan macam tu tak boleh sebab MENGUBAH CIPTAAN ALLAH... jadi... macam mana pulak dengan ubat-ubatan....? misalnya...

1. Krim Pencerah Muka - yg digunakan untuk mencerahkan kulit
2. Ubat Menguruskan Badan
3. Ubat Membesarkan Buah Dada
4. dll....

Bukan ke benda-benda di atas ni... sama dengan MENGUBAH CIPTAAN ALLAH?
Mintak tolong pihak al-Ahkam huraikan dengan lebih lanjut....

Wallahua'lam

----------
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara V HoutenJr yang mengemukakan soalan di atas dan bersabar dengan kelewatan kami menjawabnya . Kami memohon jutaan kemaafan daripada saudara di atas kelewatan itu .

Nampaknya , soalan sebenarnya berkaitan dengan [color=blue] PERBEZAAN DI ANTARA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH DENGAN RAWATAN . [/color]

Ataupun , [color=blue] APAKAH PEMBEDAHAN PLASTIK YANG DILARANG DAN YANG DIBENARKAN OLEH ISLAM ? . [/color]

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan kerana ianya adalah fitrah kejadian manusia ialah suka kepada kecantikan . Namun , itu tidaklah bermakna kita boleh melakukan apa sahaja demi mencantikkan diri sampai melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah Ta’ala .

Kecantikan juga merupakan salah-satu perkara yang membahagiakan si empunyanya , dan Agama Islam itu sendiri diturunkan demi membahagiakan seluruh alam . Lihatlah firman Allah Ta’ala yang mensifatkan mengenai dasar agama Islam :

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

[color=blue] Ertinya : “ Allah berkehendakkan kamu merasai kesenangan dan tidaklah pula Allah itu hendak kamu merasai kesusahan “[/color] ~ Ayat 185 , Surah al-Baqarah .

Namun itu juga tidak bermakna kita boleh melakukan apa sahaja perkara hatta yang dilarang di atas slogan : “ Islam itu mahukan kita mudah ! “ .

Maka perbezaan di antara mendapatkan rawatan dengan mengubah ciptaan Allah Ta’ala pada fitrah tubuh-badan seseorang itu ialah :

RAWATAN @ PEMBEDAHAN RAWATAN :

Pembedahan yang dijalankan dengan tujuan untuk merawat penderitaan ataupun kesakitan seseorang adalah satu perkara yang dituntut oleh Islam , bahkan di dalam beberapa keadaan ianya menjadi wajib demi menyelamatkan jiwa seseorang manusia . Tidaklah munasabah jika pembedahan dan rawatan seperti ini ditentang sedangkan Islam itu sendiri diturunkan demi menjamin kebahagian dan kesenangan manusia .

[color=blue] Contoh-contohnya : [/color]

- Mendapatkan rawatan ( tradisional ataupun moden ) bagi sendi-sendi yang terkeluar ataupun bagi tulang-tulang yang patah .

- Menjahit dan melekatkan semula luka-luka di tubuh-badan .

- Mengubati kulit yang terbakar , sama ada dengan menggunakan bahan luaran seperti gel , palstik ( dengan kaedah palstic surgery ) ataupun dengan mengambil bahagian mana-mana kulit tubuh badan si pesakit itu sendiri ( seperti mengambil sedikit kulit di bahagian punggung / peha untuk dilekatkan ke tangan yang mengalami kecederaan ) .

- Membuang jari yang berlebihan yang mendatangkan kesakitan kepada tuannya ( seperti seseorang yang mempunyai 6 jari ) .

- Membuang ataupun merawat gigi yang tumbuh secara luar tabi’e ( luar biasa ) sehingga menyebabkan tuannya sukar untuk makan ataupun malu ( selalu merasa rendah diri ) .

- Hidung yang rosak ataupun hancur , maka boleh digantikan dengan bahan lain untuk merawatnya ( di zaman Baginda Rasulullah s.a.w itu ada seorang sahabat r.a yang menggunakan hidung daripada perak ) .

- Membetulkan hidung yang bengkok yang mendatangkan masalah kepada tuannya .

- Membetulkan bibir yang sumbing .

- Menghilangkan bulu – bulu di badan seseorang perempuan yang tumbuh secara ganjil dan memalukannya disebabkan mempunyai hormon yang agak berlebihan . ( Seperti wanita yang mempunyai bulu-bulu yang dilihat seolah-olah misai ataupun jambang ) .

- Membuang jerawat kerana jerawat itu sendiri adalah penyakit .

- Memutihkan gigi ~ ianya dibenarkan kerana pada dasarnya gigi manusia itu asalnya berwarna putih dan jika memutihkan gigi itu sendiri tidak membahayakan diri dan ianya pula termasuk di dalam konsep kesihatan , maka ianya dibenarkan .

- Menanam rambut bagi mereka yang mempunyai penyakit keguguran rambut .

[color=red] Oleh itu , selagi ianya dilakukan di atas dasar berubat dan mendapatkan rawatan dengan pengesahan daripada pakar-pakar perubatan yang boleh dipercayai , maka selagi itulah ianya tidak mengapa dilakukan , bahkan kadang-kadang ianya menjadi wajib sebagai mana dijelaskan di atas . [/color]

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH TA’ALA :

Di antara sumpah dan janji Iblis ( LaknatulLahi ‘alaih ) di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala ialah :

وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Ertinya : [color=blue] “( Kata Iblis l.a ) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya , [b][color=blue][b] dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya [/color][/b] . Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata “[/color][/b] . ~ Surah An-Nisa’ : Ayat 119 .

Jelasnya , di antara sumpah dan janji Sang Iblis durjana ialah : [color=red] “ Memujuk-mujuk hati manusia agar mengubah ciptaan Allah !!! “ . [/color]

Mengubah ciptaan Allah Ta’ala ialah membuat sesuatu kepada diri / tubuh-badan dengan menambah ataupun mengurangkan apa-apa yang bukan perkara yang secara normal ada pada seseorang manusia , dan ianya tidak pula dituntut oleh ilmu perubatan untuk dilakukannya .

Haram juga menjalani pembedahan plastik yang hanya bertahan untuk seketika sahaja yang menyebabkan seseorang itu perlu menjalaninya beberapa kali demi kelihatan cantik . Dan sudah tentu ianya akan menyebabkan duit terbuang tanpa sebab yang dibenarkan syarak .

Selain itu , termasuk juga di dalam kategori mengubah ciptaan Allah , seseorang yang melakukan pembedahan plastik ataupun mendapatkan khidmat kecantikan ( pada tubuh badan ) demi memperagakan tubuh-badannya kepada khalayak umum dan untuk mempersonakan manusia dengan kecantikannya .

[color=red] Dengan kata lain , jika dilakukan bukan disebabkan ianya tuntutan perubatan dan ianya demi kelihatan seksi , menawan , menggairahkan dan untuk tujuan penipuan , maka ia adalah ~ MENGUBAH CIPTAAN ALLAH TA’ALA dan sudah pasti perkara itu adalah haram !!! . [/color]

[color=blue] Contoh-contohnya ialah : [/color]

- Mencukur kening ataupun mencukur bulu – bulu di sekitar tubuh badan yang normal ( kecualilah yang berada di sekitar kemaluan dan ketiak ) .

- Melakukan tatoo di tubuh badan .

- Memakai rambut palsu dengan tujuan menipu manusia dan dilihat seksi dan menggairahkan .

- Membesarkan payu dara dengan tanpa sebab-sebab perubatan dan apatah lagi yang membahayakan bagi tempoh jangka panjang seperti penggunaan silikon yang boleh menyebabkan ianya “ meletup “ dan mendatangkan kemudharatan pula kepada tubuh badan .

- Memanjangkan ataupun membesarkan zakar yang bukan dituntut oleh Ilmu Perubatan { kecuali bagi mereka yang mempunyai zakar yang tidak normal seperti terlalu pendek dan terlalu kecil , maka tidak mengapa mendapatkan rawatan membesar dan memanjangkannya dengan syarat ianya ditentukan oleh pegawai perubatan yang boleh dipercayai ) .

- Membedah bibir dan hidung ataupun menjalani pembedahan plastik yang bukan disebabkan tuntutan kesihatan dan bukan kerana dharurat .

Adapun tindakan memakai krim pemutih kulit , maka ianya adalah seperti bedak . Jika dipakai demi mendatangkan fitnah seperti untuk menarik perhatian bukan suaminya , agar digelar seksi dan menggoda , maka tidak syak lagi ianya terlarang .

Mendapatkan ubat menguruskan badan pula adalah seperti senaman . Apatah lagi bagi mereka yang menghadapi masalah kegemukan yang boleh mendatangkan penyakit , maka tidaklah terlarang dia menguruskan badannya .

Namun , wajar juga kita sentiasa ingat , janganlah disebabkan terpesona dengan iklan-iklan di media-massa ataupun disebabkan “ terlalu gilakan “ tubuh yang menawan , kita membelanjakan beribu-ribu ringgit sampai tahap pembaziran untuk membeli alat-alat dan ubatan-ubatan tertentu demi tercapainya hasrat itu .

Masih banyak lagi tanggung-jawab dan keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu daripada menumpukan perbelanjaan demi mencantikkan diri !!! .

Adapun , tindakan membesarkan buah dada , telah pun kita jelaskan di atas .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

[color=red]
1- HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM [/color]
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Terjemahan : Almarhum Ustadz Mua’ammal Hamidy
Edisi Lengkap , Halaman : 136 - seterusnya
PT Bina Ilmu , Jakarta
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/2023.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/20210.html

[color=red] 2 - YASALUNAK FID DIN WAL HAYAH [/color]
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syurbasi ( rh )
Vol I , Halaman 601 – 604
Darul Jil , Beirut

[color=red] 3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIAH[/color]
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil ( ha )
[ Bekas Mufti Rep. Arab Mesir ]
Halaman : 459 / 573 / 622

[color=red] 4 – FATAWA WA AHKAM LIL MARAH al-MUSLIMAH[/color]
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Halaman : 146 – 153
Maktabah Wahbah , Kaherah

[color=red] 5 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM [/color]
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Vol : I ms 121 , Vol : II ms 410 & 411 & Vol III ms 218
Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

[color=red] 6 – MA’A an-NAS : MASHURAT WA FATAWA[/color]
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouty
[ Dekan Jab. Perbandingan Agama , Universiti Damsyiq , Syiria ]
Halaman : 179
Terbitan : Darul Fikr , Syiria

7 – WEB – WEB INTERNET
http://www.syariahonline.com/fatwa/001/0001g.htm
http://www.alislam.or.id/fiqh/arsip/00000010.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Singkat1.html
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Kontemporer/Singkat2.html
http://www.eramuslim.com/artikel/keluarga/207/15090134,2788,1,v.html
http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/1002/12/0109.htm

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

0 comments:

Post a Comment