Jan 3, 2009

Umur 16 Tahun Ingin Memeluk Islam

Salam
Apakah yang seharusnya dibuat jika non muslim ingin memeluk islam. Umurnya baru 16tahun. Abangnya telah memeluk islam.Abangnya pulak umurnya 20an. Mereka nie telah tidak diterima oleh anggota keluarga mereka.

Apa yang ana tahu, memeluk islam tidak harus ditangguh-tangguh. Oleh itu bagaimana?
Incase, dia mahu masuk islam apa yang ana perlu buat?
-------

Alhamdulillah. Terima kasih diatas soalan al-huda diatas dan kami akan cuba menjawabnya dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Apabila seseorang itu mempunyai keinginan untuk masuk Islam, adalah menjadi tanggung-jawab kita menasihatkannya agar tidak menangguhkan permintaannya. Didalam buku al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah (2/309) menjelaskan kenyataan ini :-

أليس الموت محتملا في أي وقت ؟ إذا كان الجواب نعم ، ألا ترى أنّه من الخير لك أن تُبادر بالإسلام فورا ، حتى إذا حضر الأجل في أيّ وقت تلقى الله وأنت على دينه الإسلام الذي لا يَقبل غيره وخير البرّ عاجله

"Bukankah mati itu bila-bila masa? Jika jawapan adalah ialah :YA, apakah tidak kamu lihat perkara yang terbaik untuk kamu ialah meneruskan untuk masuk Islam dengan segera, agar jika masanya telah tiba, anda akan menemui Allah sebagai pengikut AgamaNya - ISLAM, dan Tidak menerima selain dari agamanya, sebaik-baik perbuatan baik itu dilakukan tanpa di tangguh".

Mengenai persoalan takut jika ibu-bapa tahu, ulama' membenarkan seseorang itu memeluk agama Islam secara rahsia, iaitu tanpa pengetahuan mereka. Allah swt tidak akan menghampakan hambanya didalam menjalankan kewajipan mengabdikan diri kepadanya. Hendaklah mereka melayan ibu-bapa mereka dengan baik.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diambil apabila seseorang itu memeluk agama Islam, diantaranya yang utama ialah :-

1. Mengucap dua kalimah Syahadah dengan semampu mungkin. Sebutan huruf arab dan mahraj yang sempurna tidak diperlukan pada ketika itu. Boleh menggunakan translitrasi huruf rumi bagi bacaan syahadah tersebut.

2. Setelah mengucap syahadah, seseorang itu perlu melakukan mandi wajib, membersihkan diri agar dapat menunaikan solat fardu apabila masuk waktu yang terdekat.

3. Jika belum mempelajari cara-cara bersolat, maka hendaklah sahaja menturuti apa yang dilakukan oleh Imam. Apa yang perlu dibaca pada waktu pergerakan solat ialah membaca Allahu Akbar (الله أكبر ). Semasa berdiri (qiam), rukuk, sujud dan duduk diantara 2 sujud adalah memadai membaca ""subhaan allaah wal-hamdu lillaah wa-laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar" (سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر). Dan selesai solat dengan memberi salam ke kanan dan kekiri dengan menyebut "Assalamu'alaikum" (السلام عليكم ).

Kemudian barulah diikuti dengan kuliah-kuliah susulan yang banyak sekali dianjurkan oleh badan-badan dakwah seperti PERKIM, ABIM Out-Reach dsb. Wallahu 'alam.

wassalam.
--------
Rujukan :-

1. Sheikh Salih Al-Munajjid. يريد الإسلام ولا يعرف العربية

0 comments:

Post a Comment