Dec 27, 2008

Melakunkan Watak Nabi

A'salam wr kth

i. Apakah hukumnya seseorang artis tu berlakon (filem) yang menyerupai seorang nabi/rasul atau para sahabat? apakah ada hadith atau keterangan yang rajih berkenaan dengan ini.

ii. Apakah syarat utama seorang mufti?

Wallahua'lam

------------
Jawab:

1. Seni lakon dan perfileman ini adalah baru (jadid) dan sudah tentu tidak ada nas atau athar mengenainya. Ini kerana industri hiburan (perfileman dan teater) muncul pada awal abad ini sahaja. Apa yg ada ialah pendapat dan ijtihad fuqaha' yg kebanyakannya menolak apa jua bentuk pementasan dan lakonlayar para Nabi, wali , khulafa' arrasyidin atau sahabat2 besar kerana keutamaan, kemuliaan, kekudusan martabat mereka yg tidak boleh dipermainkan (Prof Nasih Ulwan, Hukm al Islam fi Wasail al I'lam/23; Prof Muhammad Qutb, Manhaj al Fann al islami/134; Syaikh M Walid Jedda, Mawqif min Sinema Islamiah; Prof Dr alImam Yusof Abdallah alQardhawi, Bayyinat alHal alIslami; Darul Ifta' alMisriyyah; Maktab alBuhuth, Saudi, dll)

2. Di masa silam, jawatan mufti adalah seorang mujtahid. Mujtahid ialah seseorang yg ada kemampuan dan kemahiran mengeluarkan hukum secara langsung dari dalil2 syara'. Zaman sekarang, jawatan mufti adalah ulama' madzhab yg hanya faqih dalam memindahkan atau mengeluarkan hukum atau fatwa-fatwa yg diputuskan di zaman silam.

Antara syarat-syarat utama mufti ialah:

1. menguasai bahasa Arab
2. menguasai ulum alQur'an
3. Ulum Hadis
4. Usyul fiqh
5. maqosyid syara'
6. fiqh al waqe'
7. ijma'
8. kecerdikan dan ketajaman akal
9. Kewibawaan (akhlak dan syakhsiyah)
7. Adil

(Prof Dr Wahbah azZuhaili, Fiqh Islami, Jld 1)
Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment