Jan 23, 2009

Islam Ad Deen Dan Millah

assalamualaikum...
boleh tak bg tau apa pengertian islam, ad deen dan millah? apa perbezaan antara istilah2 ni? boleh bg sumber rujukan tak kat buku or mana2 kitab
-syukran jazilan

***************************
ziy@d
Salam

Deen atau ad-deen (الدين) mempunyai maksud yg luas. Deen dlm lughatul arabiyyah membawa maksud ketaatan. Sbgmana dlm syair arab:

ويوم الحزن اذا حشدت معد، وكان الناس الا نحن دينا
"Adalah hari penyesalan ketika berkumpul, org2 taat kecuali kami.”

Kata deen di sini maksudnya mereka yg taat (tafsir tabari, juz III, ms 141). Deen juga bererti syariat dan hukum. (Tafsir tabari, Juz II, ms 485)

Kata deen juga bermakna perhitungan (al-hisab), paksaan (qahr), keunggulan (ghilbah), sultan, penguasa, hikmah dan pemeliharaan. Salah satu sifat Allah adalah Al-Qahhar yakni bahawa Dia yg memaksa, Hakim, Yang memberi perhitungan, Pemberi balasan dan Yang tidak mensia-siakan amal makhlukNya.

Adapun Deen dari segi syariat, membawa maksud semua aspek yg digunakan utk beribadah kpd Allah, yakni konsisten terhadap hukum dan syariatNya dlm pelbagai aspek kehidupan serta tunduk dan merendah di hadapanNya dan meninggalkan segala yg dilarang olehNya. Dlm mentafsir ayat:

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ (Surah Al-Imran: ayat 19)

At-tabari berkata,

إِنَّ الطَّاعَة الَّتِي هِيَ الطَّاعَة عِنْده الطَّاعَة لَهُ , وَإِقْرَار الْأَلْسُن وَالْقُلُوب لَهُ بِالْعُبُودِيَّةِ وَالذِّلَّة , وَانْقِيَادهَا لَهُ بِالطَّاعَةِ فِيمَا أَمَرَ وَنَهَى , وَتَذَلُّلهَا لَهُ بِذَلِكَ مِنْ غَيْر اِسْتِكْبَار عَلَيْهِ وَلَا اِنْحِرَاف عَنْهُ دُون إِشْرَاك غَيْره مِنْ خَلْقه مَعَهُ فِي الْعُبُودِيَّة وَالْأُلُوهِيَّة

"Taat yg wajib diberikan kpdNya adalah dgn iqrar dgn lisan dan hati utk menyembahNya, tunduk dan pasrah kpdNya dgn menjauhi laranganNya dan mentaati perintahNya, merasa terhina di hadapanNya dgn meninggalkan perasaan sombong dan menghindari perbuatan syirik dlm beribadah.” (Tafsir tabari, Juz III, ms 141)

Perkataan Islam (اسلام) pula berasal dari perkataan Sa-la-ma (س- ل-م) yg membawa maksud kesejahteraan, selamat, atau aman.

Islam dari segi Istilah:

الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله وتقيم الصلاة وتؤتي الزكاة وتصوم رمضان وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلاً

"Islam adalah engkau bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah secara hak melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan haji ke Baitullah jika engkau mampu” (Hadith Muttafaq ‘Alaih)

Perbezaan Islam dan Deen ialah, deen pengertiannya luas. Islam adalah deen dan deen itu tidak semestinya Islam.


إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْأِسْلام (آل عمران: من الآية19)

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam” (Ali Imran : 19)


وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْأِسْلامِ دِيناً فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (آل عمران:85)

“Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) darinya. Dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi” (Ali Imran : 85)


الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْأِسْلامَ دِيناً (المائدة: من الآية3)

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu” (Al Maidah : 3)

Di sana ada deen selain Islam. Ttp Allah S.W.T hanya mengiktiraf Islam sbg Deen dan menolak selain dari itu.

Millah (ملة)pula dari segi bahasa membawa maksud perintah. Millah bersangkut paut dgn para Nabi, yg kepada mereka agama diwahyukan. Perbezaan millah dgn deen ialah:
Deen dihubungkan dengan Allah Yang mewahyukan agama, millah dihubungkan dengan Nabi yang kepadanya agama itu diwahyukan.

3 comments:

Z said...

penampakan nama saya disitu hihihi

Firdaus said...

Assalamualaikum.. Maaf bertanya..
Sesuai ke kalau kita letak nama anak.atau bayi dengan nama addeen

syafiqah said...

assalamualaikum..boleh sy tahu..sama ada boleh atau tak letak nama bayi sengan nama addeen?

Post a Comment