Dec 29, 2008

Apakah Iblis Dan Syaitan Juga Mati?

Salam

Apakah iblis dan syaitan juga mati ?

Sekian. Wassalam.

--------------
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawabnya dengan kadar yg mampu soalan sdr mlar, Insyallah.

Iblis dan Syaitan seperti juga manusia, adalah merupakan makhluk Allah swt yang tidak dapat tidak akan dimatikan kelak. Firman Allah swt didalam surah Aal-Imran ayat 185:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ المَوْت

"Setiap yang bernyawa(hidup) akan merasai mati"

Dan firman Allah swt lagi didalam surah Al-Rahman ayat 26-27:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَى وَجهُ رَبِّكَ ذُو الجَلاَلِ وَالإِكْرَام
"Semua yang ada didalam bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan"

Cuma menurut ulama, kematian Iblis ditangguh sehingga apa yang dikatakan "hari yang ditentukan waktunya". Ini dapat dilihat didalam firman Allah swt :

قَالَ رَبِّ فَأَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ * قَالَ فَإِنَّكَ مِنْ الْمُنظَرِين * إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُوم
"Iblis berkata :'Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka di bangkitkan'. Allah berfirman :'Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang diberi tangguh. Sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya" -[Saad 38:79-81].

Ulama berselisih perndapat mengenai "hari yang ditentukan waktunya" {يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُوم }:-

a. Ada yang mengatakan sehingga hari Kiamat
b. Ada yang mengatakan ditentukan oleh Allah umurnya.

Kebanyakkan ulama' mentafsirkan "hari yang ditentukan waktunya" ialah hari dimana semua makhluk akan mati, dimasa tiupan sangkakala yang pertama[1] (Jalalain, 605) dan bukannya tiupan yang kedua. Firman Allah swt :

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الأَرْضِ إِلا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang dilangit dan dibumi kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berlari menunggu" - [al-Zumar 39:68]

Al-Qurtubi (Tafsir 10/27) apabila mentafsirkan ayat diatas mengatakan :

: " قال ابن عباس : أراد به النفخة الأولى . أي حين تموت الخلائق . وقيل : الوقت المعلوم الذي استأثر الله بعلمه ويجهله إبليس فيموت إبليس ثم يُبعَث ؛ قال الله تعالى : ( كل من عليها فان ) "
"Ibnu Abbas berkata : Dimaksudkan dengan tiupan sangkakala pertama - semua makhluk akan mati. Dan telah berkata : waktu maklum yang Allah simpan pengetahuannya dan dimana Iblis tidak mengetahuinya. Maka Iblis akan mati. Firman allah swt : 'Semua yang ada didalam bumi itu akan binasa.'".[2].

Kesimpulannya ialah Iblis dan Syaitan akan mati sebagaimana makhluk Allah yang lain. Cuma hari kematiannya ditangguhkan oleh Allah swt kepada hari yang dimaklumkan. Kerana setiap yang hidup, pasti akan menghadapi maut.

-waallahu 'alam-

wassalam

==================
Rujukan :

1. Imam Jalaluddin Muhammad dan Imam Jalaluddin Abdul Rahman. Tafsir Jalalain. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2002.
2. Imam Al-Qurthubi. Tafsir Al-Qurthubi : Al-Jami' Al-Ahkam Al-Quran. DKI, 2000.

1 comments:

Anonymous said...

Adakah syaitan, jin, dan malaikat benda yang hidup? Tidakkah benda yg hidup semuanya dijadikan dari air?

Post a Comment