Feb 1, 2009

Yang Baik Datangnya Dari Allah

Salam

Minta ulas sedikit tentang yg biasa dengar penceramah cakap “ Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk juga datang daripada Allah swt jua .Akan tetapi dizahirkan dlm diri saya. Benarkah pernyataan yang buruk dr Allah jua sedangkan keburukan yang berlaku adalah pilihan manusia sendiri ?

*********************
kamin
Panel Feqh

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Biasanya yang kita selalu dengar adalah kenyataan:

الخير من عند الله والشر من أنفسنا
“Kebaikkan itu datang dari Allah dan keburukan adalah dari diri kami sendiri”

Berikut saya ambil petikan kiriman Ustaz Izrail yang beliau diambil dari kata-kata Imam Nawawi rh :-

َلأن أهل الحديث يقولون : الخير والشر جميعا الله فاعلهما ولا إحداث للعبد فيهما , والمعتزلة يقولون : يخلقهما ويخترعهما وليس لله فيهما صنع . ولا يسمع القول بأن الخير من عند الله والشر من نفسك إلا همج العامة , ولم يقله أحد من أهل العلم لا سني ولا بدعي .
“Ahli Hadith mengatakan: kebaikan dan keburukan semuanya Allah adalah pembuatnya dan tiada penciptaan bagi hamba pada kedua-duanya. Muktazilah pula mengatakan: hamba yang membuat dan mencipta kedua-duanya dan bukan bagi Allah ciptaan kedua-duanya. Dan tidak didengari kata-kata: "bahawa kebaikan datang dari Allah dan keburukan datang dari diri kamu", kecuali hanya orang awam sahaja dan tiada seorang pun yang menyebut demikian dari ahli sunnah atau ahli bid'ah.” (al-Majmuk Syarh al-Muhazzab: 3/275)

Sekian, wassalam

3 comments:

yusnizal said...

cuba cari ayat Quran. ada diterangkan kata-kata Rasulullah saw dalam dakwah pada kafir. katakanlah wahi Muhammad "yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kamu sendiri."

Anonymous said...

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
(An-Nisaa' 4:79)

Unknown said...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

JAZAKALLAHU KHAIRAN YA SAUDARA2 BERDUA TEMASUK YANG MEMILIKI BLOG INI.. APA2 PUN ANE SAUDARA MUSLIM ANDA YANG MASIH BARU DAN DALAM SEDANG BELAJAR2 MENGENALI MANHAJ SALAF ATAU SALAFI..SKIAN WAULLAHUA'ALAM BISSAWAB.ASSALAMMUALAIKUM.☝👆

Post a Comment