Dec 28, 2008

Qada' Dan Qadar

If Allah guides whom he wills, then it's not really somebody's fault that they are not Muslim..or not a good Muslim.... ???? Because they haven't been guided yet right? I'm confused.

saya ditanya soalan di atas. boleh tak pihak tuan memberi jawapan supaya saya boleh menghuraikannya kepada sipenanya.

-------
Jawab:

Kita terjemahkan kenyataan itu untuk penjaring yg tidak fasih berbahasa Inggeris. "Jika Allah menunjuki sesiapa yg Dia kehendaki, maka sebenarnya bukan salah sesiapa jika mereka (orang kafir) belum menjadi Muslim..atau muslim yg baik (jika sudah Islam)? Sebab mereka belum lagi diberi hidayah?"

Jawapan kita:

Itu adalah saki baki faham Jabariah dan faham Jahmiyah yg mengikut aliran Jahm bin Safwan yg menetapkan faham jabari di mana manusia tertakluk sepenuhnya secara mutlak kepada paksaan Allah SWT. Manusia tidak perlu melakukan apa-apa semuanya ditentukan oleh takdir.

ASWJ bangkit meluruskan faham sesat ini dan menetapkan dalam urusan ketetapan Allah SWT (takdir), bahawa ada di sana unsur ikhtiar atau usaha anak Adam. Memanglah urusan kafir dan iman itu memang urusan takdir, tapi manusia diperintah untuk berusaha dan memaksimakan cara dan jalan supaya manusia beriman. Dalil: 'barangsiapa yg melakukan amal hatta sebesar zarrah niscaya akan melihat (hasilnya) Zalzalah: 7 (terjemahnya)

Maka menyambung tugas nubuwwah ialah dakwah dan tabligh yakni menyampaikan risalah Islam kepada manusia, hatta paling minima ialah menjadi muslim contoh teladan kepada orang lain (khasnya orang kafir) dan menzahirkan kebaikan Islam dalam tingkahlaku seharian. Inilah yg umat Islam kekurangan sangat pada hari ini..Contoh teladan yg baik.

Kemudian orang kafir itu hendaklah memiliki kemahuan atau iradah untuk beriman. Dalil:"bagi sesiapa di antara kamu yg ingin menempuh jalan yg lurus." atTakweer: 28
Bagi orang yg sudah pun Islam (muslim), tiada jalan lain untuk menambahkan iman dan amalnya melainkan terus belajar dan tingkatkan amal. Dalil: "Dia menguji kamu siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya." alMulk: 67 dari alhadis asysyareef: Muslim-Bukhari," jika Allah mengkehadaki kebaikan kpd seseorang diberinya dia faham akan agama."

Sebab itu RasuluLlah saw tidak dipersalahkan dengan keengganan pamannya Abu Talib kerana baginda telah berusaha. LagipunAbu Talib tidak ada minat kepada hidayah. Begitu juga Nuh AS, baginda tidak harus dipersalahkan dengan keengganan anak2 dan isterinya yg memilih kufur dari iman sedangkan Nuh telah berusaha keras untuk menjadikan mereka muslim. Ruj: Fatwa anil Iman wa arkanihi oleh Syaikh Saleh alUthaymeen, saudi Arabia. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment