Jan 23, 2009

Amalan Bakar Telur

Salam
Ana nak tanya pihak AAN akan perbuatan nenek ana yang membakar telur selama tujuh hari. Apa yang ana tahu nenak ana kata ada orang p jumpa sorang tok guru untuk mintak pertolongan tapi ana tak kenal siapa dia dan orang tu suruh nenek ana bakar telur selama tujuh hari. Sehari sebiji. Ana tak tahu macam mana nak beritahu nenek ana mengenai berbomoh ni. Ana tahu bahawa berbomoh dibenarkan tetapi ana tak boleh nak terangkan kepada nenek ana ciri2 bomoh yang dibenarkan sebab nenek ana selalu tanya soalan yang ana tak boleh nak jawab.
jazakallahu khaira. Wassalam

*********
al-jawhar
Panel Feqh
al-hamdulillah...

al-Jawab...

Amalan membakar telur selama tujuh hari berturut-turut adalah satu amalan yang menyerupai amalan hindu.Malah , masyarakat melayu amat sinonim dengan perubatan menggunakan telur , terutama telur ayam kampung.Ini kerana dalam masyarakat melayu telur dianggap sebagai simbol suatu kelahiran yang tabi'ie dan ianya dipercayai mempunyai semangat yang tertentu mengikut niat seseorang semasa melakukan proses rawatan.Ia juga melibatkan amalan kebatinan yang mana telur digunakan sebagai perantaraan antara pesakit dengan kuasa ghaib tertentu..

(Temubual dengan Pak Nawi , 25 Feb 08 , Jam 1.17 am , bomoh Melayu , cheras , Selangor )


Berdasarkan kepada temubual saya dengan Pak Nawi tersebut , jelas disini bahawa amalan yang dilakukan oleh nenek saudara adalah amalan yang tidak ada asasnya dalam Islam yang mana ianya boleh menjerumuskan kita kepada bahaya syirik dan menyetukukan Allah swt.Maka nasihat yang boleh kami berikan ialah agar saudara menerangkan kepada nenek saudara kedudukan amalan perbomohan melayu yang menyimpang dari syariat Ilahi serta hendaklah dengan segera meninggalkannya dengan bertaubat kepada Allah swt sebelum terlewat..

WA

0 comments:

Post a Comment