Jan 23, 2009

Benarkah Nabi Tak Pernah Jumpa Iblis

asssalamualaikum..

ana ada sedikit kemusykilan,adakah benar dakwaan sesetengah pihak bahawa nabi tak pernah berjumpa iblis laknatullah?mereka mendakwa bahawa hadith2 yg menjelaskan mngenainya adalah daif dan rekaan semata2?..benarkah demikian,,?

sekian ,wassalam

**************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah

Tidak benar hal demikian. Terdapat riwayat didalam hadith-hadith sahih bahawa Nabi saw melihat Iblis. Telah diriwayatkan didalam hadith sahih bahawa Abu Al-Darda' ra berkata :

" قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ . ثُمَّ قَالَ : أَلْعَنُكَ بِلَعْنَة اللَّهِ ، ثَلاثًا ، وَبَسَطَ يَدَهُ كَأَنَّهُ يَتَنَاوَلُ شَيْئًا . فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ الصَّلاةِ قُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ سَمِعْنَاكَ تَقُولُ فِي الصَّلاةِ شَيْئًا لَمْ نَسْمَعْكَ تَقُولُهُ قَبْلَ ذَلِكَ ! وَرَأَيْنَاكَ بَسَطْتَ يَدَكَ ؟! قَالَ : إِنَّ عَدُوَّ اللَّهِ إِبْلِيسَ جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي ، فَقُلْتُ : أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ، ثُمَّ قُلْتُ : أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللَّهِ التَّامَّةِ فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ ثَلاثَ مَرَّاتٍ . ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ ؛ وَاللَّهِ لَوْلا دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ "
"Rasulullah saw berdiri, dan kami mendengar beliau berkata : 'Aku memohon perlindungan dari Allah daripada Kamu'. maka baginda berkata :'Aku melaknat kamu dengan laknat Allah' tiga kali, dan di merenggangkan tangan seperti dia ingin mencapai sesuatu. Maka setelah solat berakhir, kamu berkata, 'Ya Rasulullah saw, kamu telah mendengar kamu berkata sesuatu didalam solat kamu sesuatu yang kami belum dengar selama ini! dan kami lihat anda merenggangkan tangan', Baginda menjawab, 'Musuh Allah Iblis datang dengan bakaran api untuk melontar ke mukaku, dan aku berkata, 'Aku memohon perlindungan dari Allah daripada Kamu' sebanyak 3 kali. Kemudian aku berkata,'Aku melaknat kamu dengan laknat Allah sepenuhnya' 3 kali, akan tetapi tidak berundur. Kemudia akun mahu menangkapnya, Demi Allah, kerana tidak disebabkan do'a saudara kita Sulaiman, dia telah diikat pagi tadi dan kanak-kanak Madinah boleh bermain dengannya" - [Hadith riwayat Muslim #843, Al-Nasaa'i #1200].

Telah diriwayatkan oleh Abu Sa'ed al-Khudri :

" أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ فَصَلَّى صَلاةَ الصُّبْحِ وَهُوَ خَلْفَهُ ، فَقَرَأَ فَالْتَبَسَتْ عَلَيْهِ الْقِرَاءَةُ ، فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ قَالَ : لَوْ رَأَيْتُمُونِي وَإِبْلِيسَ فَأَهْوَيْتُ بِيَدِي فَمَا زِلْتُ أَخْنُقُهُ حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ لُعَابِهِ بَيْنَ إِصْبَعَيَّ هَاتَيْنِ الإِبْهَامِ وَالَّتِي تَلِيهَا ، وَلَوْلا دَعْوَةُ أَخِي سُلَيْمَانَ لأَصْبَحَ مَرْبُوطًا بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ يَتَلاعَبُ بِهِ صِبْيَانُ الْمَدِينَةِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ لا يَحُولَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ أَحَدٌ فَلْيَفْعَلْ "
"bahawa Rasulullah saw bersolat Subuh dan Abu Sa'ed berada dibelakangnyya. Dia membaca dan menjadi kecamuk bacaannya. Setelah selesai solat, baginda bersabda : 'Kalaulah anda melihat aku dan Iblis, Aku menangkapnya dan cuba mencekiknya sehingga terasa sejuknya air liurnya pada 2 jari ini. jari ibu dan yang selepasnya. Kalaulah bukan kerana do'a saudaraKu Sulaiman, dia mungkin telah diikat kepada tiang masjid pagi tadi, dan kanak-kanak Madinah boleh bermain dengannya. Sesiapa dikalangan kamu dapat menghalangnya dari datang diantara kamu dan Kiblat, maka hendaklah dia lakukan" -[Hdith riwayat Ahmad #11354]

Namun demikian, terdapat berapa riwayat yang mengkisahkan beberapa dialog antara Nabi dan Iblis yang terkandung didalam hadith Mauwdhu' (rekaan), akan tetapi tidaklah mengandaikan semua riyawat adalah dha'if datau mawdhu', dan juga menolak hadith sahih diatas dengan menyatakan bahawa Nabi saw pernah berdepan dengan Ibis yang cuba menggangu beliau saw. WA.

wassalam

1 comments:

Elliot said...

Hello mmate great blog post

Post a Comment