Jan 23, 2009

Dakwaan Syiah Al Quran Tak Lengkap

Salam

1) Benarkah ada dakwaan yang mengatakan bahawa Al-Quran yang dipegang oleh pihak sunni tidak selengkap Al-Quran pihak Syiah? Berdosa besar atau murtadkah kita sekiranya Al-Quran yang dipegang oleh puak Syiah itu sebenar-benarnya wahyu Al-Quran sedangkan puak sunni seperti tidak mengakuinya?

*************
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mie dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Soalan 1 : Benarkah ada dakwaan yang mengatakan bahawa Al-Quran yang dipegang oleh pihak sunni tidak selengkap Al-Quran pihak Syiah?

Benar, ada dikalangan puak2 Syiah ini mendakwa bahawa al-Quran yang ada pada tangan orang2 Islam sekarang ini tidak lengkap dan terdapat juga beberapa ayat2 yang telah diubah2. Malah, mereka mengatakan yang ada cuma 1/3 sahaja. Ini bererti puak2 Syiah ini kehilangan 2/3 al-Quran!

Dakwaan2 ini boleh dilihat didalam Kitab2 hadith mereka, al-Kafii fi Ushul, mengetengahkan sebuah riwayat dari Abu Bushair yang mengatakan sebagai berikut:

"Pada suatu hari aku datang ke rumah Abu 'Abdullah a.s. Kukatakan kepadanya: "Aku ingin menanyakan suatu persoalan, tapi apakah ada orang lain yang mendengarkan kata-kataku?" Abu Abdullah kemudian mengangkat sebuah aling-aling yang memisahkan rumahnya dari rumah orang lain. Setelah melihat-lihat sebentar ia berkata: "Tanyakanlah apa yang kau inginkan!" Aku mulai bertanya: "Para pengikut anda mengatakan bahwasanya Rasul Allah saw mengajarkan kepada Ali suatu Bab yang dapat membuka seribu Bab (yakni: mengajarkan suatu ilmu yang melahirkan seribu cabang ilmu). Benarkah itu?" Abu Abdullah menjawab: "Ya, Rasul Allah telah mengajar Ali seribu Bab yang masing-masing Bab-nya melahirkan seribu Bab." Aku berkata kagum: "Demi Allah itulah ilmu!" "Hai Abu Muhammad (nama panggilan Abu Bushair), kami mempunyai sebuah jami'ah (kumpulan ayat-ayat Al Qur'an), tahukah engkau apakah jami'ah itu" Aku menyahut: "Tak tahulah aku." Abu Abdullah menerangkan: "Sebuah Shahifah (kitab) panjangnya 70 hasta Rasul Allah saw, diimla'kan (catat) kepada Ali dari ucapan beliau dan ditulis oleh Ali dengan tangan kanannya. Di dalamnya terdapat segala hukum mengenai yang halal dan yang haram serta segala sesuatu yang perlu diketahui oleh ummat manusia, sampai soal mengenai kulit lecet." Ia lalu menyentuhkan tangannya pada badanku, sambil berkata: "Kulit yang lecet ini pun ada hukumnya!" Aku menyahut: "Demi Allah, itu benar-benar ilmu!" Ia berkata: "Ya, itu ilmu yang tiada taranya!" Ia diam beberapa saat, kemudian ia berkata: "Kami mempunyai Jafar, tahukah engkau apa arti Jafar?" Aku balik bertanya: "Apakah yang dimaksud dengan Jafar?" Abu Abdullah menerangkan: "Jafar adalah sebuah wadah dari kulit. Di dalamnya terdapat ilmu para Nabi, para penerima wasiat Nabi, dan ilmu para pendeta Bani Israil pada masa dahulu." Aku menanggapi: "Itulah ilmu!" Ia menyahut: "Itu memang ilmu yang tiada taranya!" Ia diam lagi beberapa saat, kemudian berkata lebih lanjut: "Kami mempunyai Mushhaf (Qur'an) Fatimah?" Aku balik bertanya: "Apakah Mushhaf Fatimah itu?" Ia menjawab: "Mushhaf yang berisi tiga kali lebih banyak dari Qur'an kalian! Tetapi demi Allah, tak ada satu huruf pun yang dicantumkan dalam Qur'an kalian ... dan seterusnya." ["Al Kafii Fil Ushul" Kitab Al Hujjah Bab yang menyebut soal-soal Shahifah, Jafar, Jami'ah dan Mushhaf Fatimah, hal. 239, 240, 241, Jilid I, Cetakan Teheran]

Banyak sekali hadith2 khayalan dan rekaan mereka yang menyokong hakikat al-Quran tidak lengkap dan ia mengalami perubahaan. Kesemua hadith2 ini kita tidak akan berjumpa didalam kitab Shahih Imam2 Bukhari, Muslim, Tirmudzi, Abu Daud dll.

Didalam Kitab Al Kafii Fil Ushul juga menceritakan bahawa jumlah ayat2 al-Quran adalah berjumlah 17,000, sebagaimana riwayat :-.

"Dari Hisyam bin Salim, ia menerimanya dari Abu 'Abdullah as. yang mengatakan: "Al Qur'an yang dibawa malaikat Jibril kepada Muhammad saw terdiri dari tujuh belas ribu ayat." ["Al Kafii Fil Ushul" Kitab Fadhul Qur'an, Bab Nawadir, hal. 634 Jilid II, Cetakan Teheran 1381H]

Yang ada pada tangan orang Islam sekarang adalah kompilasi yang penuh dengan pendustaan belaka, kecuali yang di kumpul dan disimpan oleh Ali ra. Demikianlah 2 contoh dakwaan puak Syiah Rafidah.

Hakikatnya :

Terdapat 3 pembahagian pandangan ulama' Syiah berkenaan dengan al-Quran :-

1. Terdapat banyak riwayat2 Syiah yang mengatakan bahawa al-Quran telah diubah.
2. Ada dikalangan ulama' Syiah Rafidah mengumumkan bahawa al-Quran tidak lengkap.
3. Ada dikalangan ulama' Syiah Rafidah ingkar bahawa al-Quran diubah secara taqqiyah (pembohongan untuk menyelamatkan diri) dan bukan secara hakikat.

Apabila dilihat dari segi pandangan ulama' mereka terhadap al-Quran sahaja sudah jelas menunjukkan wujudnya sesuatu kekeliruan yang amat besar! Ulama2 Islam selain dari Syiah tidak pernah meragui akan lengkapnya al-Quran, mereka sepakat akan terpeliharanya al-Quran yang ada, sebagaimana Allah swt menjamin bahawa al-Quran akan sentiasa terpelihara (lihat surah al-Hijr ayat 9 dibawah).

Dengan mengamalkan taqqiyah, ulama2 Syiah membenarkan orang Syiah menggunakan al-Quran yang ada pada orang2 Islam sekarang sementara menunggu kedatangan al-Quran mereka. Realitinya mereka masih tidak berjumpa dengan al-Quran yang dikatakan mempunyai 17,000 ayat.

Realitinya menurut Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mereka masih menggunakan al-Quran yang dipakai oleh ahli Sunnah tetapi tidak mengakui menggunakannya. Syeikh al-Qaradhwi menggaris 5 contoh realiti yang ada :-

1ـ أنهم جميعا متفقون على أن ما بين دفتي المصحف كله كلام الله، الذي لا يأتيه الباطل من بين يديه ولا من خلفه.
2- أن المصحف الذي عند الشيعة في كل العالم اليوم هو: المصحف الذي يوجد عند أهل السنة، فالمصحف المطبوع في إيران هو نفسه المطبوع في السعودية وفي مصر وفي باكستان والمغرب وغيرها من بلاد العالم الإسلامي.
3- أن هذا القرآن ـ الذي يدعي البعض تحريفه ـ هو الذي يفسره مفسرو الشيعة من قديم إلى اليوم، لا يوجد قرآن غيره يقومون بتفسيره، وهو الذي يتحدثون عن بلاغته وإعجازه إلى اليوم.
4- أن هذا القرآن هو الذي يستدلون به على معتقداتهم في كتبهم العقائدية، وهو الذي يحتجون به على الأحكام في كتبهم الفقهية.
5- أن هذا القرآن هو الذي يعلمونه لأولادهم في المدارس الدينية والحكومية، وعلى شاشات التلفاز وغيرها.
"1. Mereka semua bersetuju diantara dua sudut bahawa al-Quran itu kesemuanya adalah Kalam (Perkataan) Allah, yang tidak datang ditangannya kebatilan dan tidak dari belakang.

2. Sesungguhnya al-Quran yang ada disisi orang2 Syiah diseluruh dunia adalah : al-Quran yang berada di tangan ahli Sunnah (Sunni), iaitu al-Quran yang dicetak di Iran sendiri, di Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Maghribi dan lain2 dunia Islam.

3. Sesungguhnya al-Quran ini - yang didakwa terdapat beberapa perubahan - iaitu yang ditafsir oleh ulama2 tafsir Syiah yang terdahulu hingga kini, tidak ada al-Quran lain yang membawa tafsiran tersebut, dan merekalah yang bercakap mengenai balaghah dan 'ijaznya sehingga kini. (kamin :- ada dikalangan pentafsir mereka masih memuji kelebihan al-Quran yg ada).

4. Al-Quran inilah yang menjadi buku ideologi mereka, dan kitab inilah mereka ambil darinya hukum2 sebagaimana didalam kitab2 fiqh mereka.

5. Al-Quran inlah yang terdapat di Sekolah2 Agama dan Sekolah2 Kerajaan, di kaca TV dan lain2nya."

Persoalan : kenapa masih ingin berdalih lagi???????

==========
Soalan 2 : Berdosa besar atau murtadkah kita sekiranya Al-Quran yang dipegang oleh puak Syiah itu sebenar-benarnya wahyu Al-Quran sedangkan puak sunni seperti tidak mengakuinya?

Ini merupakan persoalan aqidah. Kita tidak boleh meragui langsung al-Quran yang ada sekarang! Ini adalah pegangan ahli Sunnah....Tidak timbil perkataan 'mungkin', atau 'sekiranya' dakwaan mereka benar.

Sikap kita

a. Kita wajib beriman bahawa al-Quran yang ada sekarang lengkap! Kita tidak boleh meragui langsung akan lengkapnya al-Quran, kerana Allah swt sendiri menjaga al-Quran tersebut. Firman Allah swt :-

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." [Surah al-Hijr : 9]

إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ. فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ. ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ.
"Sungguh, Kamilah yang akan mengumpulkannya (ayat-ayat Al Qur'an) dan membacakannya, maka apabila telah Kami bacakan ikutilah pembacaannya, kemudian Kamilah yang akan menjelaskannya." [Al Qiyamah: 17,18, 19]

لَا يَأْتِيهِ الْبَاطِلُ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَلَا مِنْ خَلْفِهِ تَنْزِيلٌ مِنْ حَكِيمٍ حَمِيدٍ
"Tidak disentuh oleh kebatilan dari depan ataupun dari belakang (secara terang-terangan ataupun secara samar-samar). Ia (Al Qur'an) diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji." [Fushshilat: 42]

b. Kita percaya bahawa Al-Quran berada di hati sahabat2 yang menghafalnya, ia ditulis di pokok2, batu2 putih sehinggalah ke zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ra. Semasa perang Riddah, ramai dikalangan sahabat2 yang menghafal al-Quran telah mati, maka Abu Bakar ra. khawtir akan hilangnya al-Quran. Dia berbincangkdengan para2 sahabat yang lain mengenai cadangan mengumpulkan keseluruhan al-Quran menjadikan satu buku. Tanggung jawab tersebut diserahkan kepada al-hafiz besar Zayd ibn Thaabit yang menulis al-Quran tersebut. Riwayat ini terdapat didalam Kitab Shahih Bukhari. Kitab al-Quran ini ada pada Abu Bakar sehinggalah beliau mati, berada ditangan Umar ra sehingga sepanjang hidupnya dan kemudian kepada Hafsah bt Umar ra.
=========

Kesimpulannya memang terdapat dikalangan puak Syiah yang mendakwa bahawa al-Quran yang ada tidak lengkap dan telah ditukar. Akan tetapi dikalangan mereka juga berselisih pandangan mengenai al-Quran tersebut. Sehingga kini, mereka masih lagi menggunakan al-Quran yang ada pada seluruh umat Islam. Mereka cakap sahaja bahawa al-Quran tidak lengkap dan telah diubah, akan tetapi pada realitinya, tidak wujud langsung dakwaan mereka. Kita wajib beriman bahawa inilah al-Quran yang telah lengkap, yang telah dikumpulkan oleh Abu Bakar al-Siddiq ra. Tidak boleh ragu2 akan lengkapnya al-Quran. WA.

wassalam
=======
Rujukan :

1. Jemaah Mufti Islam Online. موقف الشيعة من تحريف القرآن. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619542

2. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. . هل قال الشيعة بتحريف القرآن؟. URL : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528622694

0 comments:

Post a Comment